Empat kos utama perkahwinan yang perlu anda pertimbangkan




Majlis perkahwinan impian ialah permulaan bagi kebahagiaan sesebuah pasangan.

Walau bagaimanapun, kos majlis perkahwinan semakin meningkat berikutan kenaikan kos hidup di negara ini.

Oleh itu, lebih banyak bakal pengantin memilih untuk berjimat cermat dalam merancang perbelanjaan majlis perkahwinan mereka.

Namun, ramai mendapati bahawa bajet yang telah ditetapkan tidak mencukupi kerana terpaksa menanggung beberapa caj ‘tersembunyi’ yang sering dilepas pandang.


1) Kursus kahwin dan majlis nikah

Seperti yang kita maklum, setiap pasangan beragama Islam yang hendak mendirikan rumah tangga hendaklah menghadiri kursus perkahwinan untuk mendapatkan sijil kursus pra-perkahwinan yang dikeluarkan oleh jabatan agama Islam di negeri masing-masing.

Walaupun kos kursus ini boleh dianggap rendah, iaitu sekitar RM100 ke RM150 seorang, ia tetap menjadi beban kepada pengantin yang kurang berkemampuan.

Kos tambahan seperti kos pengangkutan ke lokasi kursus, kos penginapan and kos makan minum juga perlu diambil kira sekiranya bakal pengantin bekerja di luar negeri atau luar negara dan terpaksa menghadiri kursus ini di daerah asal mereka.

Selain itu, terdapat juga pengantin yang ingin mengikut trend terkini, lalu melangsungkan majlis akad nikah dan majlis resepsi pada hari yang berlainan.

Kos bagi majlis akad nikah boleh mencecah sehingga RM5,000, termasuk bayaran pakej pelamin, pakaian pengantin, fotografi dan katering makanan.

Kos fotografi dianggarkan dari RM800 sehingga RM2,500, seperti yang dinyatakan dalam laman planetpengantin.com.

Bayaran katering makanan bagi 300 tetamu, dianggarkan boleh mencapai di antara RM2,000 ke RM5,000.

Walaupun majlis akad nikah dipandang ringkas, ianya memerlukan kos yang agak tinggi.

Oleh itu, bakal pengantin perlulah mengambil kira kos majlis pernikahan ini, selain perbelanjaan untuk majlis resepsi  sekiranya kedua-dua majlis diadakan pada hari dan di tempat yang berbeza.

Pengantin setentunya boleh menjimat wang sekiranya kedua-dua majlis ini dijalankan dengan serentak atau akad nikah diikuti denan majlis resepsi di lokasi dan hari yang sama.

2) Barang Hantaran

Selain itu, kedua-dua pihak perlu mengambil kira kos yang diperlukan untuk membeli barang hantaran sebagai pemberian kepada pasangan masing-masing.

Kos pembelian barangan hantaran ini tidak termasuk dalam wang hantaran.

Mengikut perkembangan semasa, kebanyakan pengantin akan memilih hantaran dalam bentuk pakaian, aksesori, set wangian, buah-buahan dan manisan serta barang kemas terutamanya untuk pengantin perempuan.

Kos barangan hantaran ini mungkin melonjak tinggi sekiranya hantaran yang berjenama dipilih.

Oleh itu, pastikan kos barangan hantaran dimasukkan dalam bajet perkahwinan, dan pastikan barang yang dibeli berpatutan dengan kos yang anda mampu.

3) Makanan dan minuman

Penyediaan makanan dan minuman adalah aspek penting dalam persediaan sesuatu majlis perkahwinan.

Di sini, bakal pengantin mempunyai dua pilihan, iaitu sama ada menggunakan khidmat katering atau menyediakan sendiri makanan secara ‘rewang’ atau gotong-royong.

Kedua-dua pilihan mempunyai perbelanjaan tersembunyi masing-masing.

Pihak pengantin perlu berhati-hati ketika memilih pakej katering agar tidak terperangkap dengan caj tambahan seperti sewaan kanopi, pelayan, peralatan hidangan, kek dan sebagainya.

Jangan terpedaya dengan pujukan penyedia katering untuk menambah jumlah makanan ataupun perkhidmatan lain seperti bufet manisan, sudut pencuci mulut, trak aiskrim, dan sebagainya dengan caj berganda.

Sebaik-baiknya, kamu perlu menyelidik terdahulu harga servis tambahan sekiranya dilanggan secara berasingan.

Makanan majlis yang disediakan sendiri menpunyai kos yang tidak dijangka termasuk bayaran tukang masak, bayaran tukang cuci pinggan dan sewa peralatan untuk menghidang.

Selain itu, makan dan minum anggota rewang perlu ditanggung semasa penyediaan makan dan minum untuk majlis perkahwinan.

Untuk mengelakkan perbelanjaan melangkau jauh daripada bajet anda, bakal pengantin perlulah peka akan kos-kos ini, selain daripada kos belanja ‘hangus’ dalam pembelian bahan basah serta risiko peningkatan harga bahan mentah terutama sekali sekiranya majlis perkahwinan dijalankan pada waktu puncak seperti musim perayaan dan cuti sekolah.

Sebaik-baiknya, pihak pengantin perlu membuat tinjauan harga barangan mentah, dan barangan-barangan masakan boleh dibeli secara pukal untuk mendapatkannya pada harga borong yang lebih murah.

4) Bunga telur dan uncang hadiah (goodie bag)

Pemberian bunga telur kepada tetamu amat sebati dengan majlis perkahwinan Melayu dan dianggap sebagai suatu elemen yang menunjukkan kesantunan dan budi pekerti masyarakat Melayu.

Bunga telur juga menjadi tanda penghargaan kepada tetamu yang datang.

Pada masa yang sama, trend perkahwinan terbaru ialah pemberian bunga telur yang disertakan bersama uncang hadiah atau goodie bag.

Uncang ini biasanya diisi dengan hadiah seperti buku surah Yasin, tasbih, gula-gula, coklat, sapu tangan kecil dan sebagainya.
Kos pembelian bunga telur dan uncang hadiah sering dipandang remeh an tidak dimasukkan ke dalam bajet perkahwinan.

Puan Ida, 27, daripada Selangor menyatakan bahawa beliau sangat terkejut apabila menyedari yang beliau dan bakal suaminya telah membelanjakan ribuan ringgit untuk uncang hadiah dan bunga telur sahaja.

Ulasnya, “kami membeli bunga telur terdahulu sebelum membeli bahan-bahan lain seperti beg kertas, botol kaca, kacang, dan gula-gula.

Kami juga menambah kandungan goodie bag kami dengan membeli coklat pada saat akhir, dan tanpa disedari kos goodie bag kami telah mencecah RM5,000, iaitu RM5 bagi setiap goodie bag untuk tetamu”.

Untuk mengelakkan perbelanjaan luar jangka seperti ini, bakal pengantin boleh membuat inventori dan senarai yang tepat bagi setiap bahan yang hendak dimasukkan ke dalam uncang hadiah.

Sebaik-baiknya, bahan Tuntuk uncang hadiah dibeli secara pukal untuk mendapatkan harga borong. Elakkan juga penambahan item pada saat-saat akhir.

Kesimpulannya, terdapat banyak aspek yang perlu dipertimbangkan dalam perancangan bajet perkahwinan.

Oleh itu, bakal pengantin perlulah peka akan kos majlis perkahwinan, terutamanya kos-kos yang disenaraikan di atas.

Dengan perancangan yang teliti, majlis yang sederhana belanjanya juga boleh berlangsung dengan meriah dan eksklusif.

Tidak Semestinya Kita Memiliki Banyak Persamaan Bermaksud Kau Adalah Jodoh Ku



Perhubungan atau bercinta dengan seseorang yang memiliki banyak persmaan dengan kita rasanya membuat kita semakin yakin yang dia betul-betul orang yang kita cari di saat ini adalah jodoh kita. Dan kita selama ini  pernah mendengar kata bahawa ““Jodoh Itu Adalah Cerminan Dari Diri Kita Sendiri””.

Jangan terlalu  percaya dengan kata-kata yang dianggap sebagai kata para leluhur dan sudah banyak terbukti itu sebenarnya kita sudah melakukan sesutu yang akan mengelirukan diri kita kerana telah meyakininya. Kerana sebenarnya  memiliki banyak persamaan dengan seseorang yang kita suka itu tidak bermakna kamu berdua akan  berjodoh . Mengapa demikian?


Suatu Hari Kamu Akan Tahu Bahawa Kamu Tidak Akan Pernah Serasi Satu Sama Lain

Terkadang banyak memiliki persamaan antara kamu dan dia itu hanya persamaan sebagai teman saja, bukan sebagai pasangan. Jika pun saat ini kamu dan dia ada dalam hubungan cinta bukan tidak mungkin dikemudian hari kamu akan menemui sedikit perbezaan, jika kamu sudah menemui titik itu hubungan kamu dan dia pasti akan langsung berakhir. Dan baru pada saat itulah kamu akan sedar jika sebenarnya kamu dan dia tidak serasi untuk menjadi pasangan tapi hanya sesuai sebagai teman saja.

Pertengkaran Pasanagn yang Memiliki Banyak Persamaan Itu Pasti Berbeza

Ia akan berbeza dengan pasangan yang memang tidak memiliki keserasian kerana mereka yang tidak memiliki kerasian akan lebih banyak berusaha untuk belajar saling mengerti perbezaan satu sama lain. Sementara kamu yang sudah memiliki banyak persamaan memang sukar untuk bertengkar tapi ketika bertengkar kamu akan langsung bertengkar hebat dan tak jarang akan memilih untuk mengakhiri pertengkaran dengan memutuskan hubungan. Alasannya kerana kamu sudah saling mengerti itu sendiri.

Memiliki Banyak Persamaan Membuat Salah Satu Dari Kamu Harus Lebih Banyak Mengerti

Pasangan yang banyak memiliki perbezaan akan sama-sama berjuang untuk saling mengerti perbezaan satu sama lain. Sementara pasangan yang sudah mengetahui banyak memiliki persamaan akan lebih senderung ‘menuntut’ salah satunya lebih mengerti, entah kamu yang harus mengerti dia atau dia yang harus lebih mengerti alasannya kerana memang persmaan antara kamu dan dia. Percayalah meski pun sebelumnya kamu dan dia tidak memiliki komitmen untuk siapa yang harus lebih di mengerti, namun hal ini akan kamu lakukan tanpa sepengetahuan kamu sehingga tanpa kamu sadari.

Blog Aktikel  : Rahsia Kahwin Muda

Pertemuan Itu Ada, Tetapi Jodoh Tetap Kekal Sebagai RahsiaNya

Duhai hati yang lara, 
Secebis perasaan itu yang membuatkan kau terluka,
tetapi kenapa kau terus mengejarnya ?
cinta itu fitrah jangan jadikan ia fitnah
pertemuan itu pengalaman
perpisah itu satu suratan
Percayalah bahawa jodoh itu rahsia Allah.
Dia sedang merancang sesuatu yang terbaik untukmu.

Bersabar..



Semua orang mengatakan bahawa jodoh itu rahsia Allah. Tetapi berapa ramai yang mempercayai dan mempraktikkan apa yang di lafazkan ?

Mencari tidak salah tetapi janganlah sehingga keterlaluan dalam mencari cinta. Katanya mahukan cinta yang sempurna padahal setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan yang tersendiri.

Bercinta bagai nak rak pun belum tentu dia jodoh kita. Memang kita berusaha ,tapi usaha bagaimana kita lakukan ? 


Berselfie berdua dan meminta doa agar bahagia hinnga ke jannah ?

Adakah itu caranya ?

Pada acik cara yang terbaik adalah melalui doa dan berusaha untuk memperbaiki diri. Jika benar sukakan dia, kumpul duit dan pinang dia. 

Ramai yang tertanya siapa jodoh kita ? Penat cinta tapi berkali di sakiti ?

Andai kita dah tau siapa jodoh kita, tak seronoklah. Sebab tu Allah bagi kejutan pada kita. Biar kita ternanti-nanti siapa jodohku ?

Berkenalan dan bertemu seseorang itu adalah pengalaman bagi mematangkan kita dan memperbaiki diri kita.

Jodoh itu pekara unik kerana boleh jadi jodoh kita pada dulunya orang kita benci kini jadi paling kita sayang. Kita pernah tersempak 2,3 kali tetiba dia masuk meminang, alhamdulilah berkekalan, anak dah 6 orang.Cinta melalui salah no telefon, berkawin sudah 40 tahun.

Mesti kita akan cakap " Lah tak sangka awak jodoh saya" hehe..'' Patutlah kat Universiti dulu asyik bertembung ''...'' Buka home fb asyik nampak post dia '' macam macam pengalaman kan. Pertemuan tu ada, tetapi jodoh tetap kekal sebagai rahsiaNya.

Jadi rugilah bagi mereka yang tak sabar dalam soal jodoh dan sangat rugi bagi mereka yang sia-siakan hidup kerana di tolak cinta. Jodoh itu ada cuma cepat atau lambat. Ada tu berkali-kali terluka baru jumpa jodoh yang berkekalan. Paling penting adalah sabar .



Solat Istikarahku Terjawab Bahawa Dia Bukan Jodohku





Assalamualaikum 

Ya Allah akhirnya aku temui jawapan yang tersembunyi rapi dah bertahun ku nantikan. Kebahgian yang dulu aku rasai hanya mainan syaitan yang menduga untuk aku terus lalai demi sebuah cinta. Aku pernah khilaf dan jatuh cinta pada seorang wanita yang baik akhlak.

Dulu pernah kami bertemu untuk berkenalan , setelah berkenalan kami semakin akrab lebih dari seorang kawan. Dan akhirnya hati ini terpaut kepadanya. Walaupun kami menjaga jarak, kami tidak pernah seperti pasangan bercinta yang lain ,tidak berpegang tangan, naik motor berdua-duaan , mahupun berjalan berdua. Kami letak jarak itu bukan sebagai penghukum tetapi sebagai batas pergaulan.

Tetapi mungkin syaitan tak pernah berputus asa, semakin kami menjaga jarak kami semakin itu rindu yang bertaut di hati ini semakin kuat. Setiap hari aku merinduinya dan setiap detik hanya dia dalam ingatanku. Jika aku tak mampu melihat dengan cara yang nyata melalui laman sosial aku melihatnya.


Aku semakin hanyut terbawa oleh perasaan ini, sehingga aku aturkan pertemuan kami berdua, rupanya dia juga rasa benda yang sama. Tetapi semakin cinta itu mula mengukuh ,semakin hebat ujian untuk kami. Kami di duga dengan pelbagai pekara mungkin untuk melihat sekuat mana hebatnya cinta ini. Adakah mampu mencintai Allah dan Rasullulah sebagaimana aku mencintai seorang wanita itu ?

Pelbagai ujian yang hadir dari satu pekara ke satu pekara yang lain. Sehinggakan air matanya mengalir kerana aku menyakiti hatinya. Dan salah faham mula berlaku , ketika aku sedang keluar bersama kakakku dia terlihat dan dia mengatakan aku ada perempuan lain .Dan cemburu itu semakin membakar setelah ada pihak yang mengambil kesempatan. Di mana keadilan bagi pihakku ?

Setiap hari aku selalu berdoa dan bermohon kepada Allah agar satukan kami dan kuatkan jodoh kami. Aku berdoa agar aku menjadi lelaki yang terbaik untuk hidupnya. Kadang kala sehinggakan aku sendiri mendesak untuk mendapatkannya. Aku juga selalu berdoa jika dia bukan jodohku, kuatkan hatiku untuk aku ikhlaskan dan terima ini sebagai takdirku.

Itulah konon hebatnya cinta, tetapi siapakah aku untuk mengatur semua ini ? aku hanya mampu merancang , aku hanya mampu meminta tetapi yang penuhi hanyalah DiriMu Wahai Tuhanku!! Kalau dia jodohku pastinya Allah akan satu kami walaupun beribu halangan yang melanda. Tapi jika bukan jodohku walaupun apa jua caranya pasti tidak bersatu.

Ketika aku menanti , terus berharap dan istikarahku aku teruskan agar aku tahu dia adalah jodohku atau bukan ? . Aku tak pernah kenal erti putus asa.Dia wanita yang baik yang pernah aku temui, aku bersyukur pernah dapat kenal dia.

Baru sebentar tadi ,dia memberitahuku bahawa dia telah di pinang oleh rakan baik ayahnya untuk lelaki anaknya. Anak lelakinya seorang ustaz di sekolah menengah dan ibu bapanya terima dan dia terpaksa akur atas permintaan kedua ibu bapanya.Mereka telah pun bertunang.

Aku akur dengan ketentuan takdir, dia memang layak mendapatkan lelaki yang jauh lebih baik dari aku, dia juga wanita yang baik selayaknya untuknya. Pastinya lelaki itu akan menjaganya lebih baik dan menjadikan dia wanita yang solehah.

Alhamdulilah istikarah ku terjawab, dan entah mengapa hati ini  lega dan ikhlasnya . Kerana aku tahu ini yang terbaik untuk diriku dan dirinya.

Wahai tuhanku Engkau berikan kebahgian dan keharmonian hidup kepada dia dan pasangannya.Berikan rezeki dan kuatkanlah perhubungan mereka sehingga ke anak cucu. Mudahkanlah perjalanan hidup mereka ya Allah.

Sumber : Blog Aku Penghibur



CARI JODOH JANGAN YANG CANTIK, CARILAH JODOH SEDERHANA NAMUN SESUAI DENGAN HATI KITA

Bagi sesetengah orang mencari jodoh itu adalah perkara  yang susah, tiap-tiap orang mempunyai langkah sendiri untuk mencari jodoh, karakter seorang dalam terima jodoh juga tidak sama, dari mulai penerima semua pasangan, sampai susah terima pasangan disebabkan terlalu memilih.


Untuk orang yang mempunyai masalah dari segi penampilan dalam  mencari jodoh membuatkan mereka berasa susah kerana mempunyai kekurangan yang membuatkan kita merasa malu untuk mendekati seorang, bahkan juga banyak di antara mereka lakukan segalanya untuk memperoleh jodoh yang didambakan, dari mulai memgubah penampilan  jodoh, sampai sehingga ada orang mencari jodoh on-line.

Sesungguhnya mencari jodoh itu mudah, yang membuatkan  kita susah cuma diri kita sendiri, memanglah kecantikan serta penampilan menjadikan sesuatu yang  disenangi oleh kebanyakan orang, tetapi jodoh yang tampan atau cantik menurut mereka, belum pasti baik buat mereka juga.

Walau sebenarnya bila kita sentiasa berupaya serta berpikir positif, bukannya mencari jodoh itu sesuatu yang mudah  dengan hati kita?



Seorang Yang Kekurangannya Boleh Kita Sukai

Bila kita dapat terima kekurangan pasangan kita, pasti hubungan kita akan dipermudahkan , kita pasti  bakal sama-sama menerima keduanya, sama-sama menghormati, bahkan juga bila pasangan kita tak terima kekurangan kita, bersabarlah,oleh itu kita bakal tahu begitu besar cinta kita dengan ingin terima kekurangan pasangan kita, mereka bakal menghormati itu.

Mencari Jodoh Janganlah Cantik Dari Segi Penampilan


Bukankan banyak pasangan di negeri lain mencari jodoh orang yang biasa-biasa  yang datang dari keluarga tak seberapa? Kenapa pasangan lain boleh menyukai seorang dari keluarga yang belum pernah bertemu? Lantaran cinta tak pilih mereka yang cantik, tetapi mereka terasa bersusuaian dengan karakter keduanya.

Beberapa orang berkorban mempunyai jodoh yang cantik cuma untuk pujian kecantikan dari pandangan orang lain, tetapi perceraian yang cuma didapat diakhir kecewaan itu.

BUAT APA KITA CARI JODOH YANG SEMPURNA, JIKA ADA JODOH TERBAIK YANG DAPAT MEMBUAT HIDUPMU LEBIH BAIK. 

Pasangan Yang Paling baik ialah yang Berani Menikahimu Lantas berjanji Membahagiakanmu, Bukanlah Untuk Sebaliknya

Serta yang paling penting ialah mencari jodoh untuk membuatnya pasangan selama-lamanya, bukanlah untuk sesaat dalam hitungan jam. Jodoh itu satu, mereka yang memperoleh pasangan tanpa ada hadirnya seseorang bekas akan melakukan keluarga yang lebih bahagia.

Meminang pasangan tidaklah mahal, cuma hanya cincin perkawinan saja telah cukup untuk menyatukan  kita berdua sah di hadapan saksi serta penghulu sesuai sama agama. Perlu ada kematangan dalam perhubungan yang harus ditempuh berdua sesudah kalian menikah, Jangan pernah anda membiarkan anak-anak yang Allah kurniakan kepada kita tanpa ada nikmati dan keberkatan begitu besar perjuangan dalam kehidupan ini.

Sumber ; http://www.infomediaterhangat.com/2016/02/cari-jodoh-jangan-yang-cantik-carilah.html
Gambar Asal : Azmir Arshad

Menyesal Aku Kahwin Awal, Asyik Kena Control.


#Ini cerita aku…..

#Aku baru je kawin, ngan pilihan mak aku.

#Aku tak penah kenal pon dia.

#Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la.

#Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape.

Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha.

Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound.

“Jom la bang tido…”.

Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.

Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape.

Boleh makan best2, sebab beli kat kedai..

Tapi skarang, huhu..

Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan!

Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la, pedas la….

Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak.

Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia.

Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape..

Kira berbelanja tanpa waswas la.

Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata.

Hohoho..

Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli.

Tade dalam list, tak leh amik!!

Dah la berejam-jam pusing..

Leceh tol la orang pompuan nih.

Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall.

Aku je yang muka tensen.

Arghh, nyesal giler kawin…

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat..

Ala Korea bleh, ala Balotelli pon bleh buat, tade orang sound.

Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound..

Dia kata x hensem la, x kemas la..

Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh!!!

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang.

Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..)

ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja.

Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..).

Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi..

Arghhhh!!! first time kot rasa malu giler camtu.

Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja.

Sakit wooo bini aku cubit.

Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri..

Sume dah ready made.

Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket.

Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha.

Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..).

Pastu baju2 bergelimpangan atas katil...

Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang… hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je....

Yela, kira ade orang take care la. Total Care!! Hehehe..
..
Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la....

Maklum la dah ade P.A....

Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku.

Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran..

Hmm sejuk hatiku.

Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik.

Jadi kena ade yang tolong ingatkan.

Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat

Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang

abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang

Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu.....

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek? hihihi…

Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang.....

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang....

Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut.....

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang

Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge..

Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wanita Kena Tahu, 6 Perkara Yang Lelaki Idamkan Dalam Perhubungan!




Dalam perhubungan perlu ada tolak ansur dan saling memahami. Kalau tak ada dua perkara ni, memang goodbye la jawabnya!
Lelaki sama seperti wanita, inginkan sesuatu dalam perhubungan.

Jadi, untuk wanita-wanita diluar sana yang dalam fasa bercinta mahupun sudah berumah tangga, kena tahu apa sebenarnya yang lelaki idamkan dalam perhubungan.
“Barulah cik abang sayang!”

1. Kejujuran

1
Kejujuran ialah perkara paling penting bagi lelaki kerana mereka inginkan wanita yang boleh berkata benar walaupun dirinya melakukan kesilapan. Kalau kena dekat batang hidung sendiri pun sakit oi!

2. Hubungan bebas manipulasi & jangan nak mengkritik je

2
Lelaki tidak suka dimanipulasi oleh pasangan mereka. Oleh itu, jangan sesekali memanipulasi mereka, kerana lelaki tidak suka dipermainkan dan paling pasti janganlah asyik mengkritik.

3. Berdikari

3
Lelaki inginkan seorang wanita yang tahu berdikari serta bijak menguruskan diri. Gadis yang berdikari ini dilihat sangat sempurna di mata seorang lelaki. Tak ada la terlalu bergantung je.

4. Bijak, bertanggungjawab & matang

4
Lelaki suka melihat gadis bijak membangunkan dirinya sendiri,bertanggungjawab dan tahu mengawal emosi. Wanita sangka lelaki akan mencari pasangan yang cantik je dan bukannya seorang yang bijak. Silap tu.

5. Komitmen & kesetiaan

5
Sudah pasti kesetiaan menjadi perkara utama dalam perhubungan. Lelaki juga inginkan pasangan yang memahami komitmen serta setia di antara satu sama lain.

6. Pandai memujuk

6
Lelaki memang terkenal dengan sifatnya yang ego. Selain suka dipuji,lelaki paling tidak suka mengaku kesilapan yang dilakukannya. Jadi, kalau terjadi salah faham, wanita kena bijak main peranan untuk memujuk. Confirm cair punya la.

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?