Sudahkah Anda Bersedia Untuk Berkahwin


Anda mungkin telah bertemu dengan pasangan yang anda cintai. Tetapi masalahnya anda masih belum punya keyakinan untuk mengakhiri hubungan percintaan itu ke jinjang pelamin. Ada perasaan ragu-ragu untuk melangkah ke alam rumah tangga yang penuh dengan tanggungjawab dan pelbagai dugaan.
Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Anda harus menyediakan diri dengan banyak perkara. Kerana mengingatkan semua perkara inilah ramai yang masih belum berani berkahwin walaupun telah bertahun-tahun bercinta.
Tulisan di bawah ini bukan untuk menakut-nakutkan anda yang masih bujang tentang perkahwinan tapi sekadar ingin memberitahu beberapa perkara yang harus dipertimbangkan sebelum membuat keputusan mengakhiri zaman solo.
Fikirkan perkara-perkara di bawah tapi jika anda sudah yakin dengan pilihan anda, tunggu apa lagi!
Ada alasan kukuh berkahwin
Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri kenapa anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin anda perolehi daripadanya? Apa kesannya pada diri anda, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat anda pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat anda sehingga anda benar-benar yakin.
Harus sedia berkongsi
Anda harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan juga emosi.
Sedia untuk sakit hati
Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan anda.
Sedia untuk berfikiran terbuka
Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Adakalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik jika anda selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin.
Sedia untuk kompromi
Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan pasangan anda. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan anda. Maka meningkat diri untuk bertoleransi, saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga.
Sedia untuk berpisah
Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagian. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda melafazkan akad, anda harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan.
Sedia menerima malu
Anda tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihan anda. Oleh sebab itu, anda harus berani mati dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.
Soal anak
Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara anda sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga anda. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. Anda tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun.
Artikel Cinta ini telah dikongsikan oleh saudari Yankumi di Forum Tentang Cinta.

17 Perkara Yang Pegantin Baru Harus Buat Untuk Menambat Hati Pasangan

17 Perkara Yang Pegantin Baru Harus Buat Untuk Menambat Hati Pasangan

Tahun-tahun pertama perkahwinan adalah tempoh paling bahagia bagi pasangan suami isteri, namun dengan selarinya peredaran waktu, kasih sayang yang dirasakan selama ini dirasakan semakin memudar.
Ada isteri yang merasakan suaminya sudah tidak menyayanginya lagi. Tidak, jangan melulu menyalahkan suami. Mungkin anda jugalah penyebabnya.
Mari kita semak kembali apa yang kebanyakan suami sukakan dan mahukan daripada isterinya. Berikut adalah 17 perkara yang pasangan pegantin baru  perlu beri perhatian dalam menambat hati suami:

1. Mengambil berat tentang penampilan suami

Ada suami gemar diberi perhatian akan hal-hal remeh yang berkaitan dengan dirinya. Dia akan senang jika isterinya mencadangkan baju apa hendak dipakai, mengenakan kancing bajunya, mengemaskan tali lehernya, mengelap kasutnya, memotong kukunya dan sebagainya.
Walaupun suami anda bukan jenis yang begini, tiada salahnya anda mencuba dan lihat kesukaannya.
Dari situ anda akan mengetahui apakah suami anda jenis suka dimanja atau suka berdikari. Kita tidak tahu bagaimana ibu melayaninya dahulu. Anda kena lebih baik daripada layanan yang diterima daripada ibunya.
Berasa banggalah melihat suami anda segak setiap hari. Jangan berfikiran negatif, bimbang suami ditackle orang, sebab sekiranya anda ikhlas, keikhlasan itu akan dibalas dengan kejujuran yang lahir dari lubuk hatinya, bukan berpura-pura.
Lagipun anda mendapat pahala berbuat begitu.
Ini bukan hendak menjadikan anda hamba. Sesetengah isteri memang merasakan begitu.
Padahal perkara ini ada disebut dalam hadis, “Ya Fatimah, barangsiapa wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya serta memotong kumisnya dan mengerat kukunya, Allah akan memberinya minum air dari sungai-sungai di Syurga, diringankan baginya sakaratul maut, akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman Syurga, Allah mencatatkan baginya bebas dari api Neraka, dan selamat dari Titian Sirat.”

2. Menambat hati suami dengan bersegera pergi jika dipanggil

Pernahkah anda ‘dipanggil’ suami ketika sedang memasak atau melakukan pekerjaan lain?
Anda wajib memenuhi ‘panggilannya’ itu. Tinggalkan semua pekerjaan dan tunaikan ‘permintaannya’. Tapi jangan tengah goreng ikan, anda pergi berlari tunggang-langgang kepadanya untuk ‘tugas’ baru.
Minta dia tunggu sebentar. Kemaskan diri dan pergilah kepadanya.

3. Menambat hati suami dengan sentiasa berhias untuk suami

kebanyakan lelaki cukup cerewet dengan kebersihan. Mereka akan bosan apabila isteri menyambutnya dengan rupa dan rambut yang kusut masai, anak-anak yang comot dan rumah yang ‘bak kapal pecah’.
Sesibuk mana pun anda, persiapkan diri sebaiknya tatkala menyambut kepulangan suami. Hadiahkan dia senyuman.
Kalau dia bermasam pun tak mengapa, anda sudah mendapat pahala sedekah dengan memberikannya senyuman.
Rugi ke senyum?

4. Layan suami seperti raja

Sesetengah suami suka dilayani seperti raja. Dia suka jika isterinya membantu mengelap peluhnya, menyediakan keperluannya untuk mandi dan berdiri ketika ia hendak pergi atau kembali.
Ungkapan-ungkapan seperti, ‘Bang, nak makan dulu atau nak mandi dulu atau nak tidur dulu?’ cukup untuk membuat suami tersenyum dan mengurangi penatnya.

5. Ucapkan terima kasih setiap pemberian suami

Lelaki kadang-kadang suka dipuji.
Jangan lupa hargai setiap barang pemberiannya meskipun tidak seberapa nilainya.
Sekadar ucapan terima kasih dari seorang isteri ketika menerima pemberian, sangat bermakna dan membekas di hati suami.
Kalau rasa tak suka dengan pemberian itu, ucapkan dulu terima kasih, baru beritahu. Misalnya, “Terima kasih bang, belikan Nor kain, cantiknya, Nor suka. Tapi kalau lain kali abang nak beli Nor nak warna kelabu pulak”
Suami tak akan tersinggung, malah faham bahawa dia masih belum mengerti kegemaran isteri dan akan cuba memperbaikinya.

6. Jangan berleter!

Suami akan bosan jika isterinya ‘cerewet’ dan selalu bertanya, hendak ke mana, acara apa, bila balik, kenapa lambat balik, jumpa siapa tadi dan sebagainya.
Banyak tanya tu lebih kurang macam berleter juga. Mana ada suami yang suka isterinya berleter.

7. Menambat hati suami dengan menemaninya makan

Jika anda menghidangkan makanan untuk suami tetapi tidak menemaninya makan, sama halnya seperti memberi makan kucing. Ini pun ada disebut dalam hadis.
Sebaik-baiknya temanilah dia meskipun sekadar satu suapan, tak pun duduk sambil minum-minum sementara menanti dia selesai.
Thabit al-Banni berkata, “Terdapat seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya, yang sangat baik pekertinya terhadap suaminya. Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegang pelita sampai suaminya selesai makan. Pada satu malam, pelitanya kehabisan sumbu, lalu diambil rambutnya untuk dijadikan sumbu. Esok harinya, matanya yang buta kembali melihat. Allah memuliakannya kerana rasa hormatnya kepada suami.”
Inilah cara paling ampuh untuk menambat hati suami, bermula dari dapur. Baca artikel ini berkenaan menambat hati suami melalui perutnya

8. Tingkatkan ilmu pengetahuan

Suami senang dengan kefasihan isterinya dalam berkata-kata, bijak dalam bertindak dan menjadi partner yang baik dalam berdiskusi. Tingkatkan kualiti intelektual anda dengan banyak membaca buku dan gali pelbagai informasi.
Hal ini jadi lebih penting jika anda suri rumah sepenuh masa. Sesetengah suami memang memandang rendah sedikit isteri  yang berstatus begini.
Jadi anda kena tingkatkan pengetahuan dengan mengambil tahu mana-mana yang patut.
 9. Jangan terlalu kuat membangkang
Jangan kuat membangkang pendapat suami. Kebanyakan suami tak suka pendapatnya dibangkang. Walaupun agak salah, sebaik-baiknya terima dahulu. Kalau nak membangkang pun tengok nada suara dia dan perhati nada suara anda.
Ingat, anda ibarat perdana menteri dan dia raja. Mana ada raja yang boleh terima kalau asyik dibangkang oleh perdana menteri.
Isteri yang kuat membangkang memang sengaja mencari kebencian suami. Anda tinggal sebumbung dengannya. Sudah tentu anda perlu sependapat dengannya dalam semua isu.
Kalau tak sependapat pun, simpan sendiri dan keluarkan balik sedikit-sedikit mengikut kesesuaian masa dan tempat. Pendek kata, seboleh mungkin, sentiasa tunjukkan anda sependapat dengannya.

10. Jadilah bidadari yang menenangkan fikiran

Suami mahu isterinya sebagai penenang fikiran. Jadi, berperananlah sebagai bidadari, bukan duri yang asyik menyucuk perasaan suami sehingga rumahku menjadi nerakaku.
Kalau isteri sudah tidak bersifat penenang, suami akan mencari pengganti.

11. Sambut kepulangan suami dengan ketenangan

Kalau anda ingin suami berlama-lama dirumah, jangan sambut kepulangannya dengan pelbagai masalah anak-anak dan urusan dapur yang remeh-temeh.
Mulailah pembicaraan yang menyenangkan, kerana suami perlukan freshener setelah seharian dengan masalah di tempat kerja.

12. Sediakan tempat tidur yang eksklusif

Tempat tidur bukan sekadar menyimpan rahsia-rahsia suami isteri, melainkan juga tempat ternyaman mereka untuk saling mencurah perasaan dan saling membuktikannya dengan perilaku.
Jadikan ia kamar yang eksklusif dan peribadi. Kebanyakan suami tidak suka tempat tidurnya dimasuki orang tanpa izinnya. Kreatif sedikit dalam menghias bilik tidur ini.
Berikan warna-warna yang digemari oleh suami. Susun kembali bunga supaya tidak jemu memandang. Untuk lebih romantik letakkan gambar-gambar perkahwinan disini.

13. Elakkan gangguan

Pantang bagi kebanyakkan suami jika tidurnya terganggu. Jauhkan anak-anak darinya ketika dia sedang tidur. Tunggu dia terjaga dahulu sebelum memblander atau menumbuk sambal. Kecilkan suara tv.

14. Isteri yang manja tapi bukan mengada-ngada

Suami suka isteri yang pandai bermanja-manja tapi jangan sampai mengada-ngada. Disitulah cantiknya perhubungan suami dan isteri.
Isteri yang pandai bermanja-manja bukan sahaja mendapat semua yang dikehendakinya, malah menyenangkan suami dan membuatkan suami teringat-ingat.
Kalau dah suami teringat-ingat, takkanlah dia nak cari lain.

15. Jangan kuat merajuk

Jangan kuat merajuk dan tarik muka masam terutama tatkala suami sedang berserabut dengan masalah. Merajuk tak bertempat ini hampir sama dengan mengada-ngada.
Anda kena ingat, merajuk jawapanya adalah pujuk. Jika suami sedang serabut dengan masalah, bolehkah dia memujuk?

16. Beri pendapat bila ditanya sahaja

Dan jangan pula banyak tanya, biarkan suami isteri meminta anda memberi pandangan. Sebab pandangan anda yang tidak tepat dan bertentangan dengan pendapatnya akan membuahkan perasaan geram.
Setakat geram tidak mengapa, kalau dia marah sudah tentu dia tidak akan meminta pandangan anda lagi pada masa akan datang.

17. Jangan memperkecilkan kemampuan suami

Selalu merangsang prestasinya. Kalaupun dia lemah dan ada masalah jangan perkecil-kecilkan kemampuannya itu.
Dorong dia dengan kata-kata motivasi dan letakkan dihatinya bahawa anda sentiasa percaya suatu hari nanti masalah itu dapat diatasi. Usahakan rawatannya tanpa berputus asa.

Penutup:

Kebahagian rumah tangga adalah bergantung kepada kedua-dua belah pihak, baik dari pihak si isteri mahupun suami. Semuanya memainkan peranan yang penting.
Yang penting kedua-dua belah pihak berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pasangan masing dan berusaha mengekalkan keharmonian serta kehangatan dalam rumah tangga.
Mungkin saranan-saranan diatas dirasakan tidak sesuai dan sukar dilaksanakan oleh anda. Mungkin juga anda merasakan tidak adil kerana mengapa wanita sahaja yang harus membuat semua ini?
Mungkin ada terdapat satu dua point diatas anda tidak bersetuju kerana anda juga penat bekerja seperti suami.
Jangan risau, artikel seterusnya saya akan menulis pula peranan seorang suami kepada isterinya dalam rumahtangga Islam.
Mungkin anda mempunyai pandangan tersendiri yang ingin disuarakan kepada kami. Tinggalkan pandangan anda diruang komen dibawah.

Apa yang Perempuan Mahu Sebenarnya Dari Bakal Suami?

Apa yang Perempuan Mahu Sebenarnya Dari Bakal Suami?

Dengar..

Walaupun anda sudah menjalankan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri..

… itu tidak bermakna tugas anda telah selesai.
Itu masih belum cukup bagi perempuan yang bergelar isteri.
Sebagai lelaki, saya akui memang sukar untuk memahami apa yang perempuan mahukan daripada kita sebenarnya.
Tindakan mereka selalu bercanggah, dan kata-kata mereka selalu mengelirukan.
Mereka tidak memberitahu kita apa yang mereka mahu dari kita.
Mereka selalu mengharapkan para suami faham sendiri dan sentiasa hidup dengan berteka-teki tentang apa yang mereka rasa.
Perempuan bila tak dipujuk, dia marah. Dan bila dah dipujuk, dia semakin merajuk.
Ada masanya, isteri akan menjadi sangat sensitif. Tiba-tiba boleh menjadi pemarah, dan kadangkala menangis tanpa sebab yang pasti.
Memeningkan bukan?
Apa yang perempuan mahu sebenarnya?

Mengapa perempuan begitu?

Tapi secara realitinya, memahami hati seorang isteri sebenarnya tidaklah rumit.
Sebenarnya, apa yang wanita mahu adalah ingin berasa selamat, ingin rasa ada ikatan emosi dan merasa yakin bahawa kita akan bersama mereka untuk seumur hidup.
Sepanjang tempoh perkahwinan saya,  saya selalu memerhatikan gelagat isteri saya.
Kadangkala bertanya kepada dia apa yang dia mahukan secara berlapik, tanpa dia sedar.
Ada beberapa perkara menarik yang saya dapat kongsikan mengenai perempuan, khususnya isteri.
Berminat untuk tahu?
Teruskan membaca artikel ini..

1. Isteri laparkan perhatian

Berapa kali anda buat kerja lain apabila berbual dengan mereka?
Adakah anda selalu menjawab soalan mereka secara sambil lewa dan menjawab lain apa yang ditanya?
Sebenarnya sifat semulajadi wanita adalah mereka sangat menghargai setiap waktu yang mereka luangkan bersama kita.
Mereka mahu kita memberi perhatian dan terlibat sepenuhnya setiap saat dengan mereka. Dengan erti kata lain, mereka laparkan perhatian.
Sebagai suami, seboleh-bolehnya luangkan masa untuk isteri anda. Fokus kepada mereka.
Pada awal perkahwinan saya, saya selalu mengabaikan perkara ini. Saya selalu lebih fokus terhadap kerja, sepanjang hari dan sepanjang malam. (menulis mengambil masa yang banyak)
Perkara ini selalu membuatkan isteri saya rasa terabai.
Tetapi setelah mengetahui perkara ini, saya cuba mengimbangi masa bekerja dan masa untuk isteri.
Alhamdulillah, tindakan ini memberi impak kepada kemesraan kami kembali.
Saya tahu perkara ini mungkin agak sukar bagi suami yang selalu bekerja lebih masa, tetapi luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari akan memberi makna yang besar terhadap isteri.
Yang penting, gunakan waktu tersebut untuk perhatian sepenuhnya terhadap mereka.

2. Suami yang sentiasa tenang

Wanita menghargai seorang suami yang dapat mengawal emosi dan terbuka untuk membincangkan isu-isu tanpa meninggikan suara atau mengelakkan diri.
Kematangan emosi dan fikiran adalah apa yang wanita mahu dari kita lebih daripada apa-apa perkara lain.
Menurut Imam Ghazali, jadilah seorang suami yang halim.
‘Halim’ maknanya ialah “sabar”, tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal. Bilakah seorang isteri kurang akal? Yakni ketika isterinya sedang marah.
Lalu dia bersabar, maka itulah suami yang paling baik..
Jadi, perdengarkan apa yang dikatakan isteri tanpa prejudis dan ambil hati.
Mendengarkan akan membantu isteri melepaskan perasaan yang terpendam, yang mengganggu emosinya.
Walaupun anda tidak mampu menyelesaikan masalahnya – dengarkan dan fahamkan mereka dengan sepenuh hati.

3. Mampu merendahkan diri

Kebanyakkan suami (lelaki), kita tidak dapat lari masalah ego.
Memang benar, didalam rumah tangga kita adalah ketua keluarga. Kita mahu kelihatan lebih dihormati dan membuktikan kita adalah pemimpin terbaik.
Namun, jangan disebabkan ini, kita menjadi seorang yang angkuh, meninggi diri dan kasar.
Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.
– Hadis riwayat at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani
Apa yang isteri perlukan adalah seorang suami yang dapat merendah diri, adil dan sopan dalam melayani isteri.
Jangan sesekali memandang rendah atau menghina mereka dan juga ahli keluarga mereka. Isteri adalah sahabat kita, beri mereka penghormatan yang sewajarnya.
Jagalah hati mereka, insyaAllah dengan keberkatan akan hadir rumah tangga anda.

4. Boleh mempamerkan kelembutan (gentleman)

Memang bukan dalam sifat kita lelaki untuk lembut dan gemalai.
Secara normalnya, lelaki selalu sedikit kasar. Baik dari segi pergaulan, percakapan dan tindakan.
Tetapi apabila berkisar tentang rumahtangga, lemah lembut dalam perkataan, pemikiran, dan tindakan akan memberi banyak keharmonian dalam rumahtangga.
Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”
– surah al-Nisa’ ayat 19.
Layanilah isteri dengan penuh hormat. Berbuat baik dan bercakaplah dengan perkataan yang lembut.

5. Suami yang kuat

Wanita sukakan lelaki yang kuat.
Tapi ini tidak bermakna kita harus memukul orang lain yang buat silap dan tergesa-gesa menyelesaikan masalah
Kekuatan yang sebenarnya adalah mampu bersabar, mampu mendengar luahan isteri, dan berupaya serta tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup yang muncul.
Tunjukkan kepada isteri anda bahawa anda sentiasa ada disisinya untuk setiap waktu.
Inilah kekuatan sebenar yang diperlukan oleh seorang isteri.

6. Sentiasa jelas dalam menyelesaikan masalah

Kebanyakkan lelaki cenderung untuk tidak fikir berlebih-lebih atau merumitkan sesuatu perkara.
Kita kurang bimbang tentang apa yang orang lain fikir dan tidak menghabiskan banyak masa risau tentang perkara yang kita tidak pasti.
Teruskan untuk memudahkan sesuatu perkara dengan mencari jawapan yang mudah dalam situasi yang kompleks.
Dan membawa perspektif yang jelas dalam sebarang masalah.

7. Humor

Life’s too serious already.
Kadangkala isteri mahu juga ketawa. Humor adalah cara yang baik untuk mengurangkan ketegangan.
Jika anda seorang yang pandai buat lucu, selalulah berjenaka dalam hubungan rumahtangga anda. Jika anda bukan jenis kelakar, maka berkongsilah perkara-perkara yang anda rasa lucu dengan isteri anda.
Ketawa mampu merapatkan jarak diantara dua hati.

8. Menunjukkan kasih sayang

Isteri sukakan perkara-perkara kecil, seperti gerak isyarat yang menunjukkan kepada mereka bahawa kita berfikir tentang mereka.
Ya, perkara ini mungkin seperti mesej whatsapp yang sweet yang tidak dijangka olehnya, belikan makanan kegemaran atau membuat sesuatu perkara untuknya tanpa perlu diminta.
Perkara lain yang mungkin boleh dilakukan adalah termasuk memberi hadiah tanpa sebab, menampalkan nota terima kasih di cermin atau bawa dia makan diluar sekali-sekala.

9. Beri penghargaan kepada isteri

Banyak yang pasangan kita lakukan dalam rumahtangga tidak akan sedari .
Kebanyakan suami (dan isteri) cepat menyalahkan pasangan mereka dengan rungutan dan bebelan, tetapi jarang pula untuk berkongsi apa yang mereka suka dengan pasangan mereka.
Isteri biasanya membahagikan masa pada banyak perkara dalam satu masa dan peranan mereka sering diambil mudah.
Tunjukkan penghargaan anda kepada mereka. Ucapkan terima kasih. Beri mereka pelukan.
Tunjukkan bahawa anda menyedari segala pengorbanan yang dia lakukan akan banyak membantu isteri rasa dihargai dan disayangi.

10. Menerima segala kelemahan Isteri

Daripada mencabar, mentertawakan isteri anda, atau mempersoalkan kelemahan isteri anda, mengapa tidak menerima sahaja semua itu dengan hati yang terbuka?
Jangan tunjukkan kelemahan dia, jangan disebut mengenai sifat-sifat tertentu yang jelik, atau membuat dia berasa sedih tentang sesuatu yang dia sudah merasa kecewa mengenainya.
Secara semulajadi, wanita memang selalu merasakan dinilai oleh orang lain. Dia rasa selalu diperhatikan.
Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.”
– Hadith riwayat Muslim
Jangan pernah menyesal dengan segala baik dan keburukan isteri kita.
Berhenti menghakimi mereka dan terimalah mereka apa seadanya. InsyaaAllah, perkara ini akan membantu mereka rasa disayangi dan selamat bila bersama-sama kita.

Penutup: memahami isteri bukannya sukar.. tapi..

Sebenarnya, bukanlah sukar untuk memenuhi kehendak isteri, cuma kita kadangkala perlu lebih peka dengan mereka.
Mereka ingin perhatian. Mereka ingin disayangi. Mereka ingin sentiasa mahu rasa ada seseorang disisi.
Tunaikan apa yang mereka perlukan ini, pasti ada kehangatan dan kebahagiaan dalam rumah tangga anda.
Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.”
– Surah an-Nisa, ayat 34
Tujuan saya menulis artikel ini bukanlah mendakwa saya suami yang baik, tetapi sebagai peringatan saya sendiri (dan kita bersama)  agar lebih menghargai isteri kita.
Semoga kasih sayang dalam rumah tangga anda membawa hingga ke syurga.
Photo by Adi Fotografer

Sekarang giliran anda..

Sekarang saya mahu dengar daripada anda:
Apa yang anda fikir tentang checklist diatas?
Atau anda mempunyai persoalan yang bermain dalam fikiran.
Apa pun anda fikirkan, tinggalkan komen pada ruangan dibawah
Saya akan berada diruangan blog ini pada sepanjang hujung minggu ini untuk membalas segala komen dan menjawab persoalan.
Jadi jika anda soalan atau buah fikiran, pastikan anda meninggalkan komen sekarang.

“Jangan Tinggal Solat TIme Majlis, Kau Tu Raja Sehari Je Bukan Raja Seluruh Alam”


Sebagai seorang manusia memang menjadi naluri kita untuk mempunyai pasangan dan seterusnya membina kehidupan bersama. Tapi pasti kah kita sudah benar – benar bersedia. berkahwin sebenarnya bukan sekadar duduk bersama je. Kami ingin kongsikan coretan tulisan yang diambil daripada IIUM Confession. Bila baca ni betul juga ada point yang patut diambil kira.





Nak Kahwin Ke Atau Nak Beli Rumah Dulu? Ini Jawapannya


Posting ni agak panjang. Kalau anda spesis yang memang tak rajin nak baca, jangan mula membaca. Kalau tak, menyesal nanti. Nak LIKE saja pun takpa. Saya benarkan.
Beberapa kali saya dapat soalan,

“Beli rumah atau kahwin dulu?”

Soalan ni sebenarnya susah untuk saya jawab. Sebab saya dah kahwin dulu, kemudian barulah ada kesedaran nak beli rumah. Saya kahwin masa masih belajar lagi. Kerja pun tak tetap masa tu. Hanya fikir survival saja.
Macam ni, kalau malas nak fikir dan memang dah tak sabar sangat, atau dah sampai memang tahap wajib, kahwin sajalah. Siapa nak halang, kan?
Tapi, kalau kita awal merancang, sebenarnya kita ada banyak jalan yang kita boleh pilih. Rancang dan buat sajalah. Bukan susah pun. Jadi tak jadi, lain cerita. Sebab Allah jua sebaik-baik Perancang.

Simpanan bersama

Sebelum kahwin, buat simpanan sama-sama. Contoh target simpanan bersama adalah RM30,000. Dah cukup, kahwinlah. Kalau rasa RM30,000 tu banyak sangat, kurangkan kos kahwin mana-mana yang boleh.
Syaratnya jangan buat pembiayaan peribadi semata-mata nak tanggung bridesmaid, pelamin seindah singgahsana kayangan. Nanti anak dah masuk tadika pun, tak habis bayar lagi.
Gunakan sebahagian simpanan tadi untuk belanja kahwin, sebahagian lagi untuk modal deposit rumah pertama. Selagi tak cukup target simpanan, tak boleh kahwin (sebagai motivasi untuk gigih menabung).

Rumah dapat, kahwin pun dapat.

Satu lagi jawapan saya adalah beli rumah dulu. Kena ada modal jugalah. Secara ringkasnya, beli rumah subsale sekurang-kurangnya 15% bawah harga pasaran. Selepas selesai urusan jualbeli, boleh dapat cashback.
Dengan cashback tu boleh guna untuk belanja kahwin. Kalau tak faham berkaitan rumah bawah harga pasaran dan cashback, rujuk post saya yang sebelum-sebelum ni. Dah banyak kali saya kongsikan.

Simpan deposit rumah masa bujang.

Bujang digalakkan simpan 30% untuk tabung rumah. Yang dah berkahwin digalakkan simpan paling kurang 10% gaji. Lagi banyak, lagi bagus sebenarnya.
Kalau nak menyimpan deposit rumah, mulalah masa tengah bujang. Sebab nanti selepas dah kahwin, memang bertambah komitmen, lagi susah nak menyimpan.
Iya. Lepas kahwin rezeki memang bertambah insyaAllah. Tapi cabaran yang datang juga lebih besar. Masa tulah nak merasa dating sana, dating sini. First honeymoon, second honeymoon, third honeymoon.
Sebelum kahwin tak pernah dating la katakan (bercinta selepas nikah).
“Habis tu, sebelum kahwin pun kitorang nak dating juga. Macam mana nak simpan duitnya?”
Fikirkanlah sendiri jawapannya. Korang yang sedap dating, aku pula yang kena fikirkan masalah korang ke?

Rezeki anak.

Belilah rumah segera jika ada peluang. Bila dah lahir anak pertama, bertambah lagi komitmen. Lahir pula anak kedua, bertambah lagi komitmen.
Andaikata, masa tu simpanan masih juga kosong, rumah pun belum ada lagi. Nak salahkan anak? Jangan. Anak yang lahir, datang bersama rezeki mereka sendiri. Kita yang menumpang rezeki mereka tau.
Kita jadilah pengurus yang baik kepada rezeki anak-anak. Jangan pula kita yang boros buat belanja tukar sport rim setahun berkali-kali atau beli beg tangan LV dan Gucci. Faham?
Nampak tak kenapa kena mula simpan duit deposit rumah dan beli rumah masa bujang? Belilah 1 rumah dulu sebelum kahwin. Nanti boleh masukkan dalam ‘resume’ masa datang meminang anak dara orang.
“Pak cik, saya dah ada rumah untuk kami duduk bersama selepas kahwin. Sudikah Pak Cik jadi bapak mertua saya?”

Lelaki paling suka poin nombor 3.

1. Buatlah tabung kahwin walaupun belum ada calonnya. Dengan harapan, bila muncul saja putera idaman atau puteri kayangan, boleh terus kahwin selepas berkenalan.
2. Terlalu ramai yang menyesal sebab tak buat tabung kahwin awal-awal. Ambil iktibar, jangan ulangi kesilapan mereka. Pelik sungguh kalau couple sampai 10 tahun, tapi tabung kahwin RM5,000 pun tak pernah wujud. Contoh.
3. Lelaki atau perempuan, dua-dua kena mulakannya sekarang. Kalau majlis yang anda rancang perlukan RM20,000, setiap seorang kena sediakan RM10,000. Berani? Ajak pasangan baca artikel ni sama-sama. Lagi seronok, ajak mertua sekali.
4. Barulah adil, saksama dan sekufu. Dua-dua bijak merancang kewangan. Yang lelaki kumpul duit kahwin untuk membuktikan yang dia mampu dan kuat berusaha. Lepas kahwin nak jadi ketua keluarga kan.
5. Yang perempuan, untuk buktikan yang dia sudi susah senang bersama lelaki tu. Ini kalau sebelum kahwin pun sanggup tengok lelaki bergolok gadai seorang diri, macam mana pula selepas kahwin nanti.
6. Kalau kita terpaksa ambil pembiayaan peribadi untuk beli sesuatu, sebenarnya kita belum mampu memilikinya. Apatah lagi tujuannya untuk berkahwin. Berkahwinlah guna mana-mana duit yang ada saja.
7. Sebelum kahwin kita dah kata yang komitmen kita tinggi, dan tak mampu buat simpanan. Jangan ingat lepas kahwin hidup akan jadi lebih mudah. Baru sebulan kahwin, isteri dah start morning sickness. Faham-fahamlah.
8. Jika sebelum kahwin tak mampu menyimpan RM500 sebulan, jangan pula ambil pembiayaan peribadi dengan ansuran bulanan RM500. Senak nak bayar nanti. Lupakanlah pembiayaan peribadi tu.
9. Jenis yang lepas kahwin baru sedar nak beli rumah, jenuhlah nak kumpul deposit. Hutang kahwin tak habis-habis, bayangan rumah sendiri langsung tak kelihatan. Jauh dan semakin menjauh.
10. Orang kahwin, murah rezekinya insyaAllah. Tapi kita tetap perlu merancang dengan baik. Sama ada yang kita rancang tu menjadi atau tidak, itu rahsia Allah. Kita merancang, Allah jua sebaik-baik perancang.
11. Tahun depan nak kahwin, tapi belum cukup duit? Cadangan saya, nak tak nak, buatlah simpanan sekurang-kurangnya RM1,000 setiap bulan bersama pasangan. Atau kurangkan kos lain yang tak wajib dan tak perlu.
12. Jangan bergantung kepada satu pendapatan yang sedia ada. Buat jualan online yang memerlukan modal kecil atau yang tanpa modal, dropship, affiliate, Uber, Grabcar dan lain lain.
13. Pelamin DIY, kurangkan jenis lauk, tapis jemputan, fotografer tak perlu sampai 3 orang, kalau tak mampu buat 2 majlis asing, buat 1 majlis sekali pun boleh, jimat 50% belanja. Bridesmaid tak payah wujud langsung kalau kita yang kena tanggung.
Sumber : Harith Faisal

‘Jika Dia Jodohku, Jaga Dia Dalam Kebaikan Dan Pertemukan Kami Di Waktu Yang Tepat’



Pernah juga terjadi, pasangan kekasih yang telah berpisah suatu masa dahulu berjumpa balik dan berkahwin! Itu juga namanya jodoh. Berpisahlah macam mana pun, jika Allah tetapkan jodoh itu milik korang, maka ia milik korang.
Mungkin Allah mahu korang berpisah untuk memperbaiki diri masing masing dan menguji rasa cinta antara korang. Hakikat ayat ini, “kalau jodoh, ia tetap jodoh” sentiasa menguatkan hati manusia tentang persoalan jodoh. Memang sangat menyakitkan jika jodoh korang bukan bersama seseorang yang korang cintai. Tapi bersangka baiklah kepada Allah.
Dia akan mengurniakan seseorang yang baik untuk korang. Tidak mudah, korang perlu menjadi seseorang yang sangat kuat dan tabah. Tapi ingatlah, jika si dia memang jodoh korang, tiada satu manusia pun dapat halang dia menikah secara sah dengan korang. Tapi jika bukan, buatlah macam mana pun, dia tetap bukan milik korang.
Jalan penyelesaian yang baik untuk menghindar kita dari berasa sedih dan was was mengenai persoalan jodoh adalah kembali kepada Allah. Dia yang mencipta segala jenis perasaan yang ada di muka bumi ini. Dia yang memberikan kebahagiaan kepada semua hamba hambaNya. Minta lah kepada Nya sedikit kebahagiaan, InsyaAllah jika kita ikhlas dan redha menerima segala ketentuan Allah, kita akan tenang dan hidup bahagia. Buatlah solat istikharah dengan cara yang betul.
Dia akan membantu korang dalam membuat keputusan. Jika korang dah cukup berusaha, dan takdir menentukan sesuatu yang berbeza untuk korang, terimalah dengan sabar dan ikhlas. Memang sukar tetapi kan Allah itu Maha Mengetahui. Sakit yang korang rasa sekarang adalah bayaran untuk kebahagiaan untuk korang di masa akan datang nanti InsyaAllah.
Sewa Dulang Hantaran
Jangan serahkan pada takdir semata mata
Soal jodoh memang lah milik Allah, tapi kita tidak boleh duduk diam tanpa berbuat apa apa dan tunggu bulan jatuh ke riba. Allah benci orang yang suka berputus asa dan tidak mahu berusaha . Ada yang kata jodoh tak perlu di cari, tetapi ia datang sendiri.
Benar, tapi tetap juga kita perlu berusaha. Bagaimana? Persiapkan diri kita menjadi seseorang yang lebih baik dari hari ke hari. Berkawan dengan ramai orang tidak kira lelaki dan perempuan, asalkan korang tahu batas batasnya dan luaskan lah pandangan terhadap kehidupan. Jangan kurung diri korang daripada cinta kerana beranggapan jodoh korang sudah ditentukan.
Hiduplah dengan normal dan bersosiallah seperti orang lain. Asalkan korang tahu jaga batas, itu sudah mencukupi. Tidak mustahil korang akan berkenalan dengan seseorang dan bertemu jodoh dari situ. Elakkan mengamalkan sikap duduk diam dan tunggu tanpa berusaha apa apa. Mungkin korang adalah seorang lelaki yang sedang meminati seorang gadis dalam diam.
Korang mahu memperisterikan dia. Jadi apa yang korang perlu lakukan? Duduk diam? Salah tu. Sekurang kurangnya korang harus mencuba. Tak cuba tak tahu kan? Allah tidak menghadirkan seseorang dalam hidup kita tanpa sebarang sebab. Ia adalah sama ada Allah mahu kita belajar sesuatu dari orang orang yang kita jumpa dalam hidup kita ataupun Allah menghadirkan seseorang itu sebagai tanda kita akan hidup bersama nya selama lamanya!
Jadi jangan lepaskan setiap peluang yang ada. Tidak salah untuk kita berusaha dalam soal jodoh ni. InsyaAllah jika kita berusaha keras, ia akan jadi milik kita. Yang penting cubalah dulu. Jangan awal awal dah putus asa.
Jodoh itu milik Allah, tapi ia dicipta khas untuk manusia agar kita dapat menikmati nikmat bahagia hidup di dunia ini bertemankan seseorang yang sangat kita sayangi. Ada orang yang dapat jodoh dengan orang yang dicintai, ada yang tidak. Semua itu kuasa Allah, kita tak layak mempersoalkannya.
Tetapi kita boleh belajar daripada pengalaman yang kita dapat. Bila dah dapat jodoh dengan seseorang yang kita cinta tu, jagalah elok elok. Jangan lancang sangat untuk bercerai jika ada konflik berlaku. Walau apa berlaku sekalipun, belajarlah cara untuk mempertahankan rumah tangga korang. Allah telah mengurniakan satu jodoh untuk korang. Orang lain yang terlalu berharap tak dapat, tapi korang dah dapat.
Kenapa kena sia siakan? Jaga hubungan elok elok. Hargai apa yang ada sekarang. penceraian adalah sesuatu yang paling dibenci Allah walaupun ianya tidak salah. Takdir takdir memang takdir tapi usaha usaha tetap usaha. Persoalan jodoh itu sangat sulit, tetapi manusia boleh mencuba dan terus mencuba.
Allah tidak kejam. Dia Maha Menyayangi. Pasti Dia akan mendengar setiap doa dan rintihan kita sekaligus menghadiahkan jodoh yang terbaik untuk kita semua, InsyaAllah.
Gambar Asal Adlee Mustakhim

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?