:: KONSEP PAHALA DAN DOSA ::




5 hukum telah digariskan sebagai panduan : 
1. Wajib
2.  Haram
3. Sunat
4. Makruh
5. Harus (mubah)


A. Konsep pahala
Ganjaran baik yang di berikan oleh Allah s.w.t di hari akhirat kelak kepada mukmin yang 
taat dan patuh kepada Allah s.w.t  serta melakukan amalan-amalan soleh.


Perkara atau amalan yang boleh mendatangkan pahala
1. Sentiasa melaksanakan perintah Allah s.w.t dan menjauhi larangannya
2. Memperbanyakkan melakukan ibadat-ibadat sunat selain  beristiqamah 
menunaikan ibadat yang fardhu
3. Berusaha memperbanyakkan amal kebajikan 
4. Menjalin hubungan baik sesama manusia
5. Melakukan amar makruf nahi munkar


B.  Konsep dosa
- Balasan buruk yang di berikan oleh Allah s.w.t kepada hamba-nya yang tidak patuh 
(ingkar) pada perintah Allah dan melanggar segala larangan-nya
- Allah menjadikan dosa adalah sebagai satu tanda keadilan-nya dan sebagai 
peringatan terhadap hamba-nya di mana setiap perlakuan dosa itu akan 
dipertanggung jawabkan seterusnya akan mendapat balasan sebagaimana yang 
telah dijanjikan 


i. Jenis-jenis dosa manusia
1. Meninggalkan apa yang disuruh dan   melakukan apa yang di larang
2. Dosa anggota dan hati
3. Dosa dalam bentuk maksiat dan bid’ah
4. Dosa yang tersebar kesannya dalam skop tempat
5. Dosa yang tersebar dalam skop masa
6. Dosa yang berkaitan dengan hak Allah dan hak manusia


ii. Kategori dosa
Dosa yang dilakukan oleh hamba terhadap tuhannya
- Dosa jenis ini biasanya dilakukan oleh manusia kerana  meninggalkan hak-hak 
pencipta-nya yang meliputi segala suruhan dan larangan-nya.
- Dosa ini agak mudah dan lebih senang mendapat keampunan sekiranya 
memenuhi kesempurnaan bertaubat.
Dosa yang dilakukan terhadap sesama makhluk
- Ianya berlaku apabila seseorang  itu tidak dapat menunaikan atau melanggar 
hak-hak orang lain.
- Dosa ini lebih sukar dan berat untuk mendapat keampunan.


iii. Antara sifat buruk manusia yang mendorong melakukan dosa
1. Sifat ketuhanan dalam jiwa seperti riyak, suka dipuji dll
2. Sifat syaitaniyyah dalam jiwa sehingga menimbulkan sifat-sifat keji seperti hasad 
dengki, suka menganiaya dll
3. Sifat kebinatangan dalam jiwa yang timbul dari hawa nafsu yang tidak terkawal 
seperti sifat suka mementingkan diri, tamak dll
4. Sifat kebuasan dalam jiwa seperti timbul  sifat berunsurkan keganasan dan 
kekejaman


iv. Pembahagian Dosa


Dosa besar
- adalah segala perbuatan yang dilarang oleh  Allah s.w.t melakukannya 
sepertimana yang terdapat di dalam al-quran dan as-sunnah.
- sesetengah ulamak mengatakan sekiranya hendak membezakan dosa besar 
dengan dosa kecil adalah dengan melihat kesan kerosakan yang ditimbulkan 
disebabkan dosa-dosa tersebut.


Dosa kecil
- ialah kesalahan yang tidak diberi amaran azab yang keras di akhirat dan tidak 
diperuntukkan hukuman tertentu di dunia.
- dosa kecil ini adakalnya terhapus apabila melakukan kebajikan amal kebaikan
  
Contoh dosa besar


A. Berkaitan dengan hati
1. Syirik kepada Allah
2. Malakukan maksiat dengan rela hati
3. Berputus harap dari rahmat Allah
4. Merasai terlindung dari balasan dan ancaman Allah


B. Berkaitan dengan lidah
1. Bersaksi bohong
2. Menuduh zina
3. Sihir
4. Bersumpah palsu


C. Berkaitan dengan perut
1. Minum arak
2. Makan harta anak yatim
3. Makan riba


D. Berkaitan dengan alat kelamin
1. Zina 
2. Liwat


E. Berkaitan dengan tangan
1. Membunuh
2. Mencuri


F. Berkaitan dengan kedua kaki
1. Melarikan diri dari medan perang


G. Berkaitan dengan selainnya
1. Menderhaka terhadap ibu bapa
2. Meninggalkan solat
3. Memutuskan silaturrahim
vi. Kesan psikologi terhadap keyakinan tentang adanya pahala dan dosa
1. Beriman dengan rukun-rukunnya dengan sepenuh hati
2. Manusia akan berlumba-lumba buat kebaikan dan amal soleh
3. Manusia akan takut untuk buat kejahatan
4. Ikhlas dalam melakukan ketaatan 
5. Dunia akan aman damai
6. Sentiasa bertaubat dan beristighfar daripada dosa
7. Sentiasa berkorban harta, tenaga, fikiran dan nyawa untuk menegakkan agama 
Allah s.w

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?