Didik Pasangan Mengikut Acuan Kita , Bukan Tinggalkan



Bila kita nak cari pasangan, pada awalnya kita tak kisah dengan gaya dan sifat pasangan kita, tapi lama kelamaan kita cuba membentuk dia mengikut acuan kita yang akhirnya mengakibatkan pasangan kita akan rasa stress dan terkongkong dan akhirnya menyebabkan konflik dalam hubungan.


Sebab itu peraturan pertama dalam sebuah hubungan terutama hubungan suami isteri adalah "Terima pasangan anda seadanya, jangan berharap mereka untuk menjadi orang lain dan berubah mengikut acuan dan kehendak kita". Sebagai contoh:
Di awal hubungan:
Lelaki: Saya suka dengan awak sebab awak ni jenis sempoi, lasak, tough, berdikari.

Setelah beberapa lama:

Lelaki: Awak ni boleh tak pakai tudung cantik sikit macam Hana Tajima tu, pastu jadikla feminin dan lemah lembut sikit, jeles saya tengok bini Adam tu bukan main manja dengan laki dia.
* Kalau rasa nak perempuan yang lemah lembut, yang pergi cari awek lasak tu kenapa?
Di awal hubungan:
Lelaki: Awak suka lukis kartun ye, kreatif la awak ni, berbakat betul, tak pernah saya jumpa ada perempuan yang minat kartun2 ni.
Setelah beberapa lama:
Lelaki: Boleh tak awak stop lukis kartun2 tu macam budak2. Saya tengok bini kawan2 saya mana ada suka lukis2 kartun, tengok kartun ni, malu la saya.

* Kalau dah tak suka perempuan yang minat kartun macam budak2, kenapa dulu beriya2 nak ngurat dia?
OPEN BOOKING PHOTOGRAPHER FOR SLOT 2017!!
Booking Now Setia Picture Photography Whatsapp 013-4906122

Di awal hubungan:

Lelaki: Saya minat lagu2 rock, awak pula minat Siti Nurhaliza. Walau minat kita tak sama tapi saya OK je.

Setelah beberapa lama:

Lelaki: Tak habis2 la awak ni dengan Siti Nurhaliza. Ada kawan saya kat ofis perempuan jugak tapi boleh je layan lagu rock macam saya. Kenapa awak tak boleh minat apa yang saya minat?

* Kalau rasa nak awek rock, kenapa ngurat awek dari kelab peminat Sitizoners?
Di awal hubungan:
Wanita: Wah banyaknya koleksi2 figura Gundam awak, unik betul hobi awak. Nanti dah kahwin bolehla beli rak khas untuk robot2 Gundam awak ni.

Setelah beberapa lama:

Wanita: Tak habis2 lagi ke kumpul Gundam tu? Daripada awak kumpul Gundam tu baik awak tolong kumpulkan koleksi pinggan mangkuk.

* Kalau suka lelaki yang suka kumpul pinggan mangkuk, jangan terima lelaki yang minat toys jadi pasangan.
Di awal hubungan:
Wanita: Suka la awak ni, cool, pandai main gitar, ada band sendiri.

Setelah beberapa lama:
Wanita: Dah awak tak payah la nak main2 band lagi buang masa je, lagi satu saya tak suka tengok awak lepak dengan geng2 band awak tu sorang2 gaya macam hisap ganja je. Cubalah berkawan dengan si Burhan tu sejak dia masuk MLM dah kaya dah dia.
* Kalau tak suka lelaki yang main band dan ada kawan2 pelik, yang dulu minat kat dia kenapa?


Di awal hubungan:
Wanita: Awak baru balik dari surau ke? Tak sangka awak ni alim betul.

Setelah beberapa lama:
Wanita: Jiran2 lain semua saya tengok pakai baju smart2, awak asyik berjubah setiap masa, tak payahla alim2 sangat, relaks2 sudah. Ni sampai orang lain dah gelarkan awak Ustaz Azhar Idrus celup, malu la saya.

* Kalau tak suka lelaki alim macam Ustaz Don, carikla lelaki yang jahat dan nakal.
Kalau at the end anda nak ubah pasangan anda menjadi orang lain mengikut acuan anda, kenapa bercinta dengan dia in the first place? Kenapa masa awal2 tak cari orang yang memenuhi kriteria acuan anda? Awal2 anda boleh terima mereka seperti itu, kenapa lepas lama2 anda suruh mereka berubah? Sekali anda dah pilih pasangan yang tidak memenuhi kriteria anda, jangan terlalu memaksa dan jangan terlalu meminta dia berubah untuk mengikut acuan atau cara kita. Sebab bila pasangan asyik komplen itu tak kena, ini tak kena, jadikla macam orang tu, jadikla macam orang ni, maka suatu hubungan tu agak susah untuk berjaya.

Tapi tak salah untuk minta pasangan berubah menjadi yang lebih baik, contohnya dari tak pernah solat minta dia solat, dari tak pakai tudung minta dia pakai tudung, dari dia malas nak kemas rumah, minta dia rajin kemas rumah dan sebagainya. Cuma don't overdo it, nasihat baik2, bagi mereka masa dan insya Allah mereka akan berubah perlahan2.

Belajarlah menghargai mereka dan terimalah pasangan anda seadanya, bukan nak jadikan mereka seperti orang lain serta membanding2kan mereka dengan orang lain, kelak pasangan anda sakit hati, anda sendiri yang merana.

Anda Harus Bijak Dalam Memilih Pasangan Hidup


Dalam berkawan takde istilah memilih. Kamu sayang aku apa, aku sayang kamu apa. Tidak ada istilah itu. Kawan adalah kawan yang berhak atas kebaikan kita.
Beri yang terbaik, maka kita akan dapat yang terbaik daripadanya. Apa lagi untuk urusan jatuh cinta.
Bijak dalam memilih orang yang harus kita cintai bukan bererti perlu banyak untuk memilih atau mempertimbangkan aspek harta benda, miskin kaya, pangkat atau melarat dan lain sebagainya,
Bukan seperti itu yang dimaksudkan.

OPEN BOOKING PHOTOGRAPHER FOR SLOT 2017!!
Booking Now Setia Picture Photography Whatsapp 013-4906122

Yang dimaksudkan adalah kita perlu bijak memilih dalam membezakan apakah cinta yang kita semai dalam kategori halal atau haram?
Hidup adalah pilihan. Maka pandai – pandailah memilih. Memilih cinta untuk ditekuni, memilih hati untuk direngkuh dan memilih kebersamaan yang melahirkan kesempatan berbagai.
Bila memang cinta itu dilarang bagi kita, maka lebih baik tinggalkan dan pilih yang benar. Meskipun ia pernah ada, tetapi ia tidak selalu harus bersama kita.
Sekarang memang bukan zaman Siti Nurbaya. Sekarang zaman muslimah moden yang faham bagaimana menjadi seseorang yang bijak dalam menyingkap segala irama hidup.
Jangan mudah dibuai oleh rayuan maut lelaki yang suka menipu. Bijaklah dalam mengelolakan cinta, letakkan cinta pada tempatnya.
Bagaimanakah jodoh terbaik? baca artikel ini : Itu Jodoh Terbaik? Lupakan Saja
Mencintai lelaki sehebat apa pun dia, mencintai perempuan secantik apa pun dia, harus tetap terkawal. Jangan sampai menggelapkan mata hati. Harus bijak, matang dan dewasa.
Ketika dilimpahi hadiah, maka jangan berfikir itu sebagai sebuah barang percuma kerana tiada yang percuma di dunia ini, dan kepentingan peribadi yang diselitkan di celah kad dan hadiah yang kita terima.
kalau kita tidak sensitif dan menganggap itu sebagai sesuatu yang biasa, maka berhati-hatilah kerana boleh jadi itu adalah tanda awal masuknya hati ke dalam perangkap.
.

Memilih untuk Menerima

Terimalah orang yang memang sudah dipilihkan Allah untuk kita, Terima apa yang menjadi kekurangannya, sebagaimana kita menerima setiap kelebihannya.
Nikmatilah setiap proses mengenal peribadi, mengukuhkan setiap persamaan dan mencari titik temu dalam setiap perbezaan. Manusia bukan batu keras dan susah berubah.
Manusia boleh berubah sesuai dengan proses yang membentuknya untuk berubah.Berilah kesempatan bagi orang yang kita terima untuk menyesuaikan diri.
Jangan cepat bosan atau cepat menilai bahawa proses itu gagal. Tetapi cubalah berfikir tenang bahawa proses ini memerlukan kesabaran.

Memilih Untuk Menolak 

Kuasa memilih memang ditangan pihak lelaki. Tetapi kuasa menolak adalah berada ditangan perempuan, Maka tolaklah dengan sopan, tidak kasar, dan lembut.
Berilah alasan yang tidak mengusutkan tetapi mudah diterima oleh akal sihat. Sikap tegas adalah berbeza dengan dengan sikap kasar. Tegas tidak harus kasar.
Jika tidak, kita akan dianggap main-main dan tentunya lebih parah. Tetapi apabila kita menolak dengan tegas, si dia akan segera sedar bahawa dia tidak perlu lagi untuk terhegeh – hegeh.
Nota Rujukan:
– Kerana Cinta Harus Memilih ( Ust. Burhan Sodiq )

Syarat Wajib Untuk Bahagia Bercinta, Mesti Kena Ada Ilmu.

kasih sayang
Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”- (Surah al-Nur 24: ayat 26).

CINTA – Penangannya sungguh berbisa. Masakan tidak. Ianya menjadi isu yang tetap energetic terutama dikalangan remaja, mahasiswa dan mahasiswi.
Bila sebut saja perihal cinta semua ada definisinya. Pandangannya, mungkin pengalaman, mungkin sejarah silam dan 1001 lagi cerita.
Cinta, orang akan bercakap senang tentang perkara ini.
Semua orang boleh komen itu, komen ini, cakap itu dan cakap ini. Hakikatnya yang merasai tetap orang itu, kan.
Umur begini macam ni pandangannya terhadap cinta, umur macam ni sebegini pula. Boleh berubah-ubah. Senang cakap macam ni la. Semua orang ada fasa-fasa tumbesarannya.
Kita setuju itu dan kita kena meraikan setiap pandangan itu. Mungkin sahaja, dari situ kita lebih memahami realiti hidup remaja hari ini, dan cara seseorang memandang cinta itu.
Namun cinta bukan sekadar cakap-cakap sahaja dan cinta bukan sekadar komen-komen sahaja, dan berjanji-janji sahaja.

Nak bahagia dalam bercinta mesti kena ada Ilmu.

OPEN BOOKING PHOTOGRAPHER FOR SLOT 2017!!
Booking Now Setia Picture Photography Whatsapp 013-4906122


Kita mesti kena banyak membaca. Kena banyak meneroka. Kena banyak mendengar. Kena banyak memerhati. Kena banyak muhasabah. Kena banyak berfikir.
Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”- ( Surah Al-Hasyr, 59: Ayat 18)

Naluri rasa cinta itu fitrah. Skop cinta itu luas. Jangan disempitkan.

Namun tidak dinafikan bab cinta antara lelaki dan perempuanlah yang menjadi menonjol di kalangan pemuda pemudi selama ini. Namun sejauhmana kita pernah terfikir mengenainya dan duduk merenungi serta berbincang perihal cinta ini.
Akhir-akhir ini, Saya melihat dan memerhati, dan saya menemui sesuatu bahawa persekitaran, kemahuan serta kesungguhan seseorang itu dalam memahami sesuatu hal dapat meluaskan lagi pandangannya terhadap sesuatu perkara.

Seluas mana pemahaman kita mengenai CINTA?

Atau kita selama ini menyempitkkan skopnya, tahu tapi buat-buat tidak ambil endah? Kita buat lenggang kangkung isu cinta ini?
Tenyata kita perlukan vaksin. Cuba buka mata luas-luas.
Mustahil kita hidup berundur ke belakang. Mustahil kita sebegini saja. Cinta awak terhenti bila si dia dah mati?
Matlamat cinta awak terhenti setakat untuk didunia sahaja?
Kalau boleh panjang-panjangkanlah, biar hingga ke syurga ya.. baru la awesome!!
Bila berbicara mengenai cinta, pernah awak terfikir mengenai tanggungjawab yang awak akan galas?
Brothers sisters sekalian dan diri saya juga, tanggungjawab kita  di dunia besar kaitannya dengan akhirat kita.
Termasuk juga bab cinta-cinta ni. Awak nak buat lenggang kangkung ke? Terjun ke alam itu tanpa persediaan? Tanpa usaha?
Di sayangi, menyayangi, gembira, tersengih, kadang kala menangis, bergaduh. Itu saja?
Beginilah, kita tolak tepi semua tu sebentar, mari kita fikir mengenai ini.
Awak jatuh cinta. Ada awak fikir mengenai perhubungan awak? Ada awak fikir tentang Allah redha atau tak. Ada awak fikir, sejauhmana awak nak bawa cinta tu? Ke syurga?
Alhamdulillah jika ya.

Namun hakikat sekarang. Kita harus perhati perbuatan yang dalam bercinta tu.

Nak senarai memang banyak. Tapi saya senaraikan beberapa.
Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk”.- (Surah al-Isra 17: ayat 32)
  • Bermesej.
  • Bercalling.
  • Bervideo call.
  • Hantar gambar.
  • Keluar jalan-jalan.
Bukan sehari dua. Itu awak sendiri tahu.
Awak guna duit siapa? Banyak mana deria awak guna? Berbelit-belit kan?

Tenang-tenang. Mari saya jelaskan.

Jika awak masih belajar, ada awak pernah fikir tentang duit itu. Mungkin awak meminjam atau dipinjamkan oleh PTPTN, biasiswa kerajaan Negeri, MARA, JPA,  dan mungkin dari FAMA( father dan mother).
Bagaimana pula dengan amanah masa yang sepatutnya kita gunakan dengan baik, namun habis sia-sia begitu saja? Ada sedar?
Ingatkah kita dengan hari dimana Allah akan persoalkan setiap apa yang kita lakukan. Deria-deria kita menjadi saksi apa yang kita lakukan. Saat mulut dikunci. Deria yang lain akan patuh dan menceritakan perihal kita dihadapan Tuhan.
Mungkin ya, ada yang merancang untuk berkahwin. Namun muhasabahlah, atas dasar rasa suka sahajakah awak membina perkahwinan itu?
Kita pernah dengar ini. Jika benar cinta hendak bersama ke syurga– Hilal Asyraf.
Saya amat tertarik dengan kata-kata ini. Benar. Apalah ertinya cinta jika menghumban dan membawa kita ke neraka. Apalah namanya cinta jika sambil lewa.
Tanggungjawab dan amanah yang ada terabai. Bagai melepas batuk ditangga?
Seolah-olah ini tidak akan dipersoalkan diakhirat kelak. Begitu?
Asyik fikir kahwin, namun persediaannya dan usaha itu ke laut? Tak boleh juga.
Belanja bertunang, belanja hantaran, belanja kad jemputan, khemah, dewan, belanja makanan, belanja karaoke, belanja door gift, belanja pelamin, belanja baju kahwin, dan belanja jurugambar.
Ada pernah fikir?

Itu baru untuk kos kahwin. Pernah fikir yang lebih besar dari itu?

Haaa…Amanah yang kau galas selepas itu.
Nak jalan macam mana? Ilmu dah ada? Planning dah ada? Planning untuk tahun pertama macam mana? Planning untuk 5 tahun akan datang?  Nak tinggal dekat mana? Bil air, belanja makan minum, kereta, nafkah. Semua itu perlu duit.
Bukan saya nak kita pandang pada duit semata-mata. Namun lebih kepada amanah itu dan alam realiti. Jangan hanya tahu berfantasi. This dunya is just temporary.
Awak nak keluarga yang bahagia, itu saya rasa semua orang pun menginginkannya. Cakap saja tidak guna juga kan.
Tapi usaha ke arah itu?

Maka dengan ilmu jawapannya. Belajarlah.

Dengan masa yang ada dan Allah pinjamkan ini, maka belajarlah mencari ilmu tersebut. Sekurang-kurangnya kita berusaha.
Berusaha nak cari redha Allah. Bila Allah redha, InshaaAllah berkatNya juga bersama.
Lagi satu. Jika ditakdirkan awak ada rezeki zuriat. Ada pernah awak fikir bagaimana nak didik dia?
Adakah awak akan cepat melenting, dengan emosi semata-mata. Marah-marah. Bersedia dengan tangisan budak-budak? Karenah-karenah dia?
Kita sekarang diabad ke 21. Kena sedar. Cabarannya makin ekstrim hebatnya. Anak kena dididik dengan agama. Kena kenalkan dengan Allah. Mendidik kena ada ilmu.
Contohi sedaya mampu gaya Rasulullah s.a.w dalam mendidik.
sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu”.-(Surah Al-Ahzab 33: ayat 21).
Manusia ada fasa-fasa tumbesarannya.
Tahap umur begini, macam ni cara didiknya, tahap umur begini macam ni pula cara didiknya. Ada kita kisah selama ini mengenai itu? Ada kita usaha untuk belajar dan cari ilmu tentang itu?.
Awak salah jika awak hanya lepaskan tugas mendidik kepada guru dan pihak sekolah. Pernah awak bayangkan jika anak awak tanya mengenai bab-bab agama? Allah dekat mana?
Ayah, ibu, ceritakanlah mengenai nabi Muhammad? Kenapa kena solat? Pernah awak bayangkan jika anak awak tanya, kenapa ibu ayah tak solat? Cikgu kata…? kenapa perlu begini, begitu..pernah awak terfikir.
Bagaimana awak akan jawab, berhikmahkah? Tahukah awak cara yang sesuai?. Fikir-fikirkanlah.
Akhir sekali, saya menyeru, diri saya terutamanya, remaja, mahasiswa, dan mahasiswi, Perhatikanlah wajah ibu dan ayah Kita. Kenanglah mereka.
Ingatlah juga, Kita masih belajar. Fokus dan buatlah yang terbaik dalam pelajaran.
Perhatikan juga hubungan Kita dengan Allah. Dekatilah DIA. Cari wasilah-wasilah yang boleh meningkatkan kecintaan kita padaNya. Jaga solat, dan perbaiki ibadah-ibadah wajib.
Binalah diri ke arah yang lebih baik hari demi hari. Andai pernah tersilap langkah, bertaubatlah, banyakkan istighfar dan jangan diragui kasih sayang dan pengampunan Allah.

Jika kita jatuh cinta, maka fikirlah dengan ilmu.

Banyakkan soal-jawab dengan diri, Allah redha atau tidak apa yang aku buat ni? Terlalai dan melalaikan aku kah cinta ini? Pahala atau dosakah dengan perbuatan aku ini?
Dahagalah akan ilmu, belajarlah. Berkasih sayanglah dengan keluarga, guru-guru, dan sahabat serta perbaiki dan jaga juga hubungan sesama manusia.
Dan akhir sekali, sibukkanlah diri dengan usaha pembinaan diri, dengan aktiviti berfaedah.
“Ketika cinta menyapamu, janganlah silau dengan indahnya dia, tetapi lihatlah apakah cinta itu akan membuatmu semakin dekat kepada Allah atau tidak?”
Selama kita menjaga diri, menguatkan diri dengan akhlak islam, menjaga kehormatan diri dan hati, maka Allah akan pilihkan pasangan yang tepat untuk kita.
Bukan sekarang, bukan juga esok pagi, tetapi bila tiba saatnya.

Single.Bertunang.Berkahwin – Setiap Hubungan Itu Ada Halangannya

Bertunang | Gambar by Setia Picture Photograpy
Buat tatapan para pembaca yang single.. bertunang dan berkahwin..
Single
“Ah! bosan tol single,hp xde org text,hp baling ke laut je r!!”
Bertunang
“Ah! nak kawen belum cukup modal!!”
Berkahwin
“Mana dengan bil-bil, mana dengan makan hari-hari, belanja transport anak-anak pula!!!”
Bila kita renung semula, setiap apa yang berlaku dengan kita semuanya ada sebab yang tersembunyi dan kita tidak ketahui. Mungkin orang yang berkahwin sekarang merasakan mereka inginkan kehidupan yang single. Tapi orang yang bertunang pula tak sabar nak kahwin.
Namun pernah ke tidak kita berfikir kenapa setiap hubungan itu ada halangannya masing-masing?? Kenapa kita? mengapa kita?
Sebab Allah nak uji sejauhmana kita bersabar, jadi seorang yang ikhlas. Hanya Allah yang tahu sama ada kita sudah bersedia atau tidak!
Tapi sejujurnya Allah sangat tidak menyukai hambanya yang memilih untuk sentiasa berseorangan “single”.
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
surah ar Rum ayat 21 

Pasangan Bertunang

OPEN BOOKING PHOTOGRAPHER FOR SLOT 2017!!
Booking Now Setia Picture Photography Whatsapp 013-4906122


Ingin saya ingatkan di sini Allah mencipta kita berpasangan terpulang pada kita untuk memperbetulkan bagaimana. Bagi pasangan yang bertunang belajar untuk saling menerima dan memahami.
Konteks lebih tepat bukan hanya menerima dan memahami pasangan sahaja tetapi juga keluarga pasangan. Walaupun hakikatnya sukar tetapi belajar untuk memahami dan saling menghormati itu penting.

Bagi lelaki, jangan hanya inginkan perempuan memahami keluarga lelaki tetapi menjadi satu kewajiban lelaki untuk memahami keluarga perempuan juga.
Bukan apa, jadi bakal suami ini kita perlu tunjukkan keikhlasan dan tanda kita menghormati keluarga perempuan agar ibubapa perempuan lebih berkeyakinan kita mampu untuk menjaga dan mendidik anak mereka.
Begitu juga dengan perempuan, JANGAN bila sudah mempunyai keluarga yang baru keluarga yang membesarkan dan mendidik kita dari kecil ditinggalkan. Walaupun dalam apa keadaan sekalipun.

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;
surah an nisaa’ ayat 36 

Bagi yang telah berkahwin, apa sekalipun ujian dan cubaan Allah berikan bersabarlah dan ikhlas menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing. Hidup ini tidak sempurna dan yang sempurna hanya Allah.
Kita hanya mampu menjadi perancang tetapi rancangan Allah sebaik-baiknya rancangan. Allahualam. In sha Allah keluarga sakinah itu datang dari diri kita sejauhmana kita mengkehendakinya sejauh itu kita perlu berusaha kepada-Nya.
****
Hidup jangan seperti mendaki gunung tapi separuh jalan, melihat lautan hanya pada permukaan. Tapi jadilah manusia yang mendaki gunung hingga ke atas kerana pandangannya Ya Allah indahnya ciptaan-Nya. Begitu juga lautan, bila kita masuk ke dasarnya, Ya Allah…
Begitulah rencah kehidupan hanya dipandang tanpa penghayatan sama dengan hidup tanpa pedoman! fikirkan…

Panduan Ringkas Pertunangan Bajet




Majlis pertunangan adalah di mana rombongan pihak pengantin lelaki akan masuk merisik dan seterusnya meminang pengantin perempuan serta mengikat tali persetujuan sebelum majlis pernikahan diadakan.

Sekiranya anda tidak bijak dalam mengatur majlis pertunangan ini akan mengakibatkan anda menelan perbelanjaan yang banyak hingga menyebabkan perkahwinan diadakan agak lewat.

Sedangkan pertunangan itu tidaklah wajib dilakukan dan hanya untuk berkenalan di antara pasangan dengan kaum keluarga.

OPEN BOOKING PHOTOGRAPHER FOR SLOT 2017!!
Booking Now Setia Picture Photography Whatsapp 013-4906122

1. Tidak perlu untuk buat pelamin tunang. Memadai dengan menyarungkannya dalam bilik dan hiaskan bilik dengan cantik dan indah mengikut kreativiti anda.

2. Sekiranya pengantin ingin juga membuat mini pelamin untuk majlis bertunang ini, lakukan secara DIY tanpa mengeluarkan duit kepada perancang majlis.

3. Hantaran tidak perlu terlalu banyak. Memadai dengan memberikan hantaran makanan seperti kek, coklat dan sebagainya.

4. Tidak perlu menjemput tetamu yang ramai. Cukup sekadar saudara mara dan rakan terdekat sahaja yang dijemput kerana pertunangan hanya perlu dibincangkan sesama ahli keluarga kedua belah pihak.

5. Tidak perlu menempah katering. Mungkin lebih puas dapat menyediakan sendiri hidangan untuk tetamu.

6. Tidak perlu untuk upah mak andam bagi menata rias wajah pengantin. Cukup meminta rakan-rakan yang pandai mekap untuk menghias wajah anda agar kelihatan lebih berseri.

7. Cari rakan atau saudara sebagai jurugambar.

8. Pinjam dulang hantaran daripada rakan-rakan atau ahli keluarga yang sudah berkahwin.

9. Baju bertunang yang tidak terlalu mahal, memadai dengan memakai baju kurung atau songket.

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?