Inilah aku. Untuk menjadi aku dan hidup sebagai aku kerana aku adalah aku

Tak perlu nak ikut cara dan cuba menjadi orang lain dan berusaha tiru seperti mereka. Jauh lebih baik kita jadi diri kita sendiri.

Jadilah diri kita sendiri. Tidak ada gunanya kita menjadi orang lain. Sadar bahwakita ini istimewa. Tuhan membuat kita semua istimewa. Ada kelebihan dan ada kekurangan. Kelebihan tidak membuat kita menjadi sombong. Kekurangan jangan membuat kita menjadi down dan selalu berusaha menjadi seperti orang lain. Jadilah diri kita sendiri. Kekurangan dan kelebihan kita gunakan untuk saling melengkapi, kerana dengan itu hidup ini menjadi INDAH.

Inilah aku. Untuk menjadi aku dan hidup sebagai aku kerana aku adalah aku



8 Waktu 'Sweet' Untuk Pegang Tangan Isteri Anda

Nak ambil hati isteri ini mudah saja. Mulakan dengan pegang tangannya...



#1: Apabila berjumpa. Masa anda jumpa isteri anda lepas kerja ke, lepas isteri anda balik daripada mana-mana ke, lepas anda baru balik rumah ke, pegang tangan isteri anda. Bukan yang stail pegang lama-lama. Genggam dengan lembut dua saat macam itu. Macam nak bagitahu isteri anda: 'Sayang, I rinduuu..' tanpa beritahu isteri anda secara terus. Okay...boleh imagine tak?
#2: Apabila lintas jalan. Cara paling mudah untuk kelihatan macho dan memang macho adalah dengan memegang tangan isteri anda ketika hendak melintas jalan. Contoh sebenar seorang suami yang protective dan sweet. Jangan lintas jalan seorang diri dan tinggalkan isteri anda di belakang tau. 
#3: Apabila mahu lepaskan pegangan tangan. Sebelum lepaskan genggaman anda itu, jangan main tarik saja tau. Macam kasar pula. Anda genggam sedikit baru lepaskan. Atau anda pegang tangan isteri anda dengan dua tangan anda lepas tu baru lepaskan. Itu macam 'silent signal' nak bagitahu yang tangan anda dah berpeluh ke, anda nak lepaskan tangan ke. Macam itu lah. (GIF: Tumblr)

#4: Apabila keadaan sukar, dan isteri anda mencari ketenangan pada anda.Mungkin anda tidak tahu, anda sebenarnya ada super power yang boleh menyembuhkan kesedihan isteri anda. Cubalah. Peluk sedikit untuk ekstra super power. 
#5: Apabila berada di tempat yang ramai orang. Masa ini kena pegang tangan. Nanti hilang. Rimas pula nanti nak kena call dan mesej untuk mencari isteri anda. Lebih-lebih lagi di tempat ramai orang, line telefon selalu tiada.
#6: Apabila tiada sebab, pegang sahaja secara tiba-tiba. Contoh terbaik seperti ketika anda berdua sedang menonton wayang, atau waktu anda memandu, atau waktu anda berdua baru sedang berjalan ke arah kereta selepas berjogging. Bila-bila masa sahaja, secara tiba-tiba. Buat isteri anda terkejut sedikit. 
#7: Apabila anda mahu tidur. Sebelum anda melelapkan mata itu, walaupun isteri anda ada di sebelah anda sahaja, genggam sedikit tangan isteri anda dan cakap selamat malam. Seronokkan, sudah tidak perlu mesej malam-malam untuk ucapkan good night? Boleh beritahu terus
#8: Apabila isteri anda nampak sale. Waktu ini memang anda perlu pegang tangan isteri anda. Kalau boleh, pegang pursenya sekali agar tidak berbelanja lebih.

5 Kelebihan Membuat Perancangan Keluarga



#1: Faktor kewangan

Dengan membuat perancangan keluarga, anda juga boleh merancang kewangan keluarga anda dengan lebih baik. Mungkin dengan adanya jarak antara kelahiran anak-anak anda, anda boleh memberi penumpuan lebih kepada pembesaran anak yang sedia anda dan memberinya yang terbaik. Bilangan anak yang bertambah juga bermaksud komitmen kewangan yang lebih tinggi berbanding sebelumnya. Jadi, apabila anda dan pasangan sudah lebih stabil dan bersedia, mungkin masa itu sesuai untuk anda menambah ahli keluarga.

#2: Kesihatan isteri

Wanita walaupun nampak sudah sihat daripada segi luaran, bahagian dalaman wanita memerlukan masa untuk sembuh. Cara terbaik untuk memberi masa secukupnya untuk isteri sembuh adalah dengan merancang. Mengandung dan melahirkan anak bukan mudah. Bincang dengan pasangan elok-elok dan capai persefahaman bersama. Jagalah isteri anda dengan penuh kasih dan ehsan.

#3: Anak

Tentunya anda mahukan yang terbaik untuk anak anda. Bukannya mahu mengehadkan atau langsung tidak mahukan zuriat, tapi mungkin dengan menyusun jarak yang sesuai adalah baik untuk keharmonian rumah tangga anda. Kos sara hidup kini kian meningkat. Jika jarak antara kelahiran anak agak dekat, mungkin tanggungan kos ini lebih terasa. Mungkin anda mahu berikan yang terbaik daripada segi pendidikan, tempat tinggal, makanan, pendek kata daripada semua segi kepada anak anda. Jika anda merasakan yang anda dan pasangan mempunyai keinginan sebegini namun belum berkemampuan, tidak salah jika anda merancang. 

#4: Karier isteri

Seperti anda, isteri anda juga mempunyai cita-cita dan impian. Rata-rata wanita sekarang berpendidikan tinggi dan mempunyai karier masing-masing. Beri ruang untuk isteri anda mengembangkan kariernya juga. Kehamilan bukan saja mengubah fizikal isteri anda, malahan turut melibatkan corak perkembangan karier beliau juga. Lebih-lebih lagi jika kehamilan yang berturut-turut. Ada masa beliau perlu bercuti untuk berpantang, alahan yang teruk boleh mengganggu prestasi kerjanya dan sebagainya. Sebab itulah persefahaman antara pasangan penting dalam hal ini. Toleransi amat penting. 

#5: Anda & Pasangan

Anda fikir tentang diri anda sendiri. Ada masanya kita perlu berfikir secara matang. Jika selalunya kita fikirkan tentang kemahuan kita, apa kata kali ini anda fikirkan tentang kemampuan anda dan pasangan?
But then again, kun fayakun. Jika Allah berkehendakkan sesuatu maka jadilah ia. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Sesungguhnya, Allah S.W.T adalah sebaik-baik perancang.

Wanita Solehah Menerapkan Tiga Perkara Ini Dalam Kehidupan

Pernikahan dalam Islam adalah kontrak kehidupan antara lelaki dan wanita yang penuh berkah. Kerana, ini juga sebahagian daripada ibadah, Allah SWT juga menjanjikan syurga bagi yang menjalankan dengan syariatnya.

Terutama untuk wanita, jika ingin menjadi isteri yang solehah terapkan tips berikut ini.


#1 Rajin solat dan mengaji
Semua muslimah pasti tahu perkara ini. Untuk menjadi isteri yang solehah sudah sepatutnya selalu memohon keampunan kepada Allah dan meminta keberkatan dalam rumah tangga yang sedang dijalani.
#2 Memahami hak dan menghormati suami
Sebagai isteri anda harus memahami apa saja hak-hak suami yang harus dipenuhi dan hormatilah beliau sebagai pemimpin dalam hidup anda. Dalam Islam keperluan suami sangat diberi keutamaan, namun dalam masa yang sama seorang suami juga perlu menghargai setiap apa yang dilakukan oleh isterinya.

#3 Menerima seadanya
Seiring berjalannya waktu seorang suami pasti akan berubah, terutama pada fizikalnya. Jika anda ingin menjadi isteri yang solehah, maka terimalah dia seadanya, dukunglah apa yang dia lakukan selama itu positif dan bermanfaat untuk keluarga serta sesuai dengan syariat agama.
Sumber: wikiHow

6 Sebab Kenapa Merisik Ketika Hari Raya Sering Berjaya

Merisik adalah salah satu adat di mana pihak lelaki biasanya akan menghantar wakil untuk bertemu dengan ahli keluarga pihak wanita bertujuan untuk memaklumkan bahawa si lelaki berniat untuk memperisterikan si wanita.



Merisik bukan lah rukun wajib berkahwin, ianya sekadar adat dan adab Melayu yang sangat digalakkan supaya keluarga kedua-dua belah pihak akan lebih kenal mengenali.
Merisik tidak memerlukan perbelanjaan yang besar. Tidak perlu diadakan jamuan besar-besaran. Ianya cukup sekadar menghidangkan minuman dan kudap-kudapan kepada rombongan yang datang merisik dan sebentuk cincin tanda sebagai hadiah kepada si wanita.

Zaman dulu biasanya si lelaki ditegah untuk menyertai sessi merisik ini, cukup sekadar menghantar ibubapa atau bapa dan ibu saudara untuk mewakilkan diri si lelaki. Tetapi, kini telah berubah. Masyarakat kita lebih terbuka dan bakal pengantin boleh bersama-sama berada di dalam perbincangan.

Bilakah waktu yang sesuai untuk merisik? Hujung minggu? Masa musim cuti sekolah?
Melalui survey yang telah kami lakukan, Hari raya Aidilfitri adalah masa yang sesuai merisik. Biasanya hari terbaik untuk merisik adalah 3 atau 4 hari selepas 1 Syawal. Bulan Syawal dapat menghimpunkan ahli keluarga seperti ibu dan bapa saudara bersama. Jadi bila dah berkumpul, senang sikit untuk bakal pengantin dan ibubapa membuat persiapan dan perancangan untuk merisik.

6 sebab utama Hari Raya adalah hari terbaik untuk merisik adalah:

1. Hari raya merupakan musim cuti dan memudahkan untuk keluarga berkumpul

2. Sambil merisik, sambil beraya.

3. Adat merisik adalah adat warisan Melayu, maka baju raya boleh digunakan ketika merisik.

4. Biasanya promosi potongan harga barangan kemas seperti cincin (cincin belah rotan sebagai ‘cincin tanda’) diadakan pada musim raya. Dapat lah berjimat sikit.

5. Hari raya umumnya adalah hari semua orang bergembira. Pasti sessi merisik tersebut akan membawa kepada kejayaan.

6. Aidilfitri merupakan hari bermaaf-maafan. Mungkin sebelum ini pengantin pernah terkasar bahasa dengan bakal mertua, jadi gunakan peluang beraya sambil merisik ini untuk bermaafan.

Contoh promosi yang diadakan oleh penjual barangan kemas ketika musim perayaan.

Benarkah Syaitan Dan Iblis Dirantai Pada Bulan Ramadhan?

Kenyataan yang menyebut bahawa  bukannya datang dari ayat Al-Qur'an, akan tetapi hadis Nabi Muhammad SAW.





Sabda Rasulullah SAW, "Apabila datang Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan dirantai." (Hadis riwayat Al-Bukhari 1899 dan Muslim 1079)

Menurut bekas mufti besar Arab Saudi, Syeikh Ibn Utsaimin, tidak semua syaitan itu diikat atau dirantai, sebagaimana sabda Nabi SAW di dalam hadis yang lain, "Datang kepada kamu Ramadhan bulan mubarak yang difardukan Allah SWT puasanya, dibukakan pintu-pintu neraka dan diikat syaitan yang kuat.." (Hadis Sahih riwayat al-Nasaa' 2105)



Syeikh Ibn Utsaimin menyatakan bahawa hanya syaitan yang kuat bernama Maarid yang dirantaikan.

Cuma beliau menegaskan bahawa hadis ini berbicara dengan perkara ghaib, maka kita hendaklah menerima seadanya dan tidak membincangkan lebih lanjut.

Ini lebih selamat kepada akidah seseorang.

Wallahu a'lam.

Nak kahwin tapi duit tak cukup lagi? mulakan dengan 13 tips ini



1. Buatlah tabung kahwin walaupun belum ada calonnya. Dengan harapan, bila muncul saja putera idaman atau puteri kayangan, boleh terus kahwin selepas berkenalan.
2. Terlalu ramai yang menyesal sebab tak buat tabung kahwin awal-awal. Ambil iktibar, jangan ulangi kesilapan mereka. Pelik sungguh kalau couple sampai 10 tahun, tapi tabung kahwin RM5,000 pun tak pernah wujud. Contoh.
3. Lelaki atau perempuan, dua-dua kena mulakannya sekarang. Kalau majlis yang anda rancang perlukan RM20,000, setiap seorang kena sediakan RM10,000. Berani? Ajak pasangan baca posting ni sama-sama. Lagi seronok, ajak mertua sekali.
4. Barulah adil, saksama dan sekufu. Dua-dua bijak merancang kewangan. Yang lelaki kumpul duit kahwin untuk membuktikan yang dia mampu dan kuat berusaha. Lepas kahwin nak jadi ketua keluarga kan.
5. Yang perempuan, untuk buktikan yang dia sudi susah senang bersama lelaki tu. Ini kalau sebelum kahwin pun sanggup tengok lelaki bergolok gadai seorang diri, macam mana pula selepas kahwin nanti.

6. Kalau kita terpaksa ambil pembiayaan peribadi untuk beli sesuatu, sebenarnya kita belum mampu memilikinya. Apatah lagi tujuannya untuk berkahwin. Berkahwinlah guna mana-mana duit yang ada saja.
7. Sebelum kahwin kita dah kata yang komitmen kita tinggi, dan tak mampu buat simpanan. Jangan ingat lepas kahwin hidup akan jadi lebih mudah. Baru sebulan kahwin, isteri dah start morning sickness. Faham-fahamlah.
8. Jika sebelum kahwin tak mampu menyimpan RM500 sebulan, jangan pula ambil pembiayaan peribadi dengan ansuran bulanan RM500. Senak nak bayar nanti. Lupakanlah pembiayaan peribadi tu.
9. Jenis yang lepas kahwin baru sedar nak beli rumah, jenuhlah nak kumpul deposit. Hutang kahwin tak habis-habis, bayangan rumah sendiri langsung tak kelihatan. Jauh dan semakin menjauh.
10. Orang kahwin, murah rezekinya insyaAllah. Tapi kita tetap perlu merancang dengan baik. Sama ada yang kita rancang tu menjadi atau tidak, itu rahsia Allah. Kita merancang, Allah jua sebaik-baik perancang.
11. Jom bantu Cik NH. Lagi 7 bulan nak kahwin, tapi belum cukup duit. Cadangan saya, nak tak nak, buatlah simpanan RM1,000 setiap bulan bersama pasangan. Atau kurangkan kos lain yang tak wajib dan tak perlu.
12. Jangan bergantung kepada satu pendapatan yang sedia ada. Buat jualan online yang memerlukan modal kecil atau yang tanpa modal, dropship, affiliate, Uber, Grabcar dan lain lain.
13. Pelamin DIY, kurangkan jenis lauk, tapis jemputan, fotografer tak perlu sampai 3 orang, kalau tak mampu buat 2 majlis asing, buat 1 majlis sekali pun boleh, jimat 50% belanja. Bridesmaid tak payah wujud langsung kalau kita yang kena tanggung.
14. Ada cadangan lain? Saya juga sudah buntu. Saya bukanlah pakar sangat bab kahwin ni. Kalau ikut pengalaman sendiri, baru sekali saja pernah kahwin. Haha. – HF
Sumber: penpatah

Bagaimana Untuk Mendapat Ketenangan Dan Kebahagiaan Hati?





“Ketenangan dan kebahagiaan hati adalah hembusan dari langit.. diturunkan ke lubuk hati orang beriman. Mereka akan tetap berhati teguh di kala orang lain dalam kegoncangan”
– Syed Qutb
Kita semua adalah makhluk Tuhan yang indah didalam dunia ini, yang sedang melalui jalan masing-masing.
Setiap hari, pasti kita akan menemui erti dan makna kehidupan kita satu persatu.
Ramai orang berharap untuk dapat menemui kebahagiaan hati dan ketenangan disepanjang perjalanan kehidupannya.
Bagi sesetengah orang, kunci kepada keinginan ini sudah berdering kuat dan jelas, dapat memandu apa yang harus mereka buat dan bagaimana mereka perlu lakukan.
Tapi sesetengah orang yang lain, benih keinginan ini terkubur sangat dalam..
..dan mereka jarangkali sedar.
Disinilah pentingnya muhasabah.
Merenung kembali sedalam-dalamnya setiap apa yang terjadi dalam kehidupan seharian kita sehari-hari.
Disepanjang kehidupan saya, banyak kali saya sedari bahawa amalan bermuhasabah ini lah yang menjadi titik kunci kepada kebanyakkan orang-orang yang hebat dalam meneroka jalan kebahagiaan hati dan mencapai apa yang mereka inginkan.
Kebahagiaan hati sebenarnya dapat dibina beransur-ansur bila kita semakin faham akan beberapa perkara dalam kehidupan.
Kita semua pasti akan menyedari kebenaran ini pada suatu masa dan dengan cara kita sendiri.
Dan apabila kita dapat kesemuanya, kita pasti akan menemui kebahagiaan hati dan kedamaian yang kita cari selama ini.
Jalan kehidupan kadangkala tidak seiringan dengan apa yang kita idamkan.
Kadangkala, sesuatu perkara itu memerlukan kita untuk mengalah, dan melepaskan ia pergi.
Namun, melepaskan bukan bermakna kita sudah berputus asa.
Melepaskan pergi adalah melepaskan semua ikatan dan kebergantungan terhadap orang tertentu, keputusan dan situasi.
Mampu untuk mengalah menunjukkan kita seorang yang matang, ingin menjadi diri sendiri yang terbaik, tanpa mengharapkan kehidupan menjadi seperti apa yang kita inginkan.
The energy of someone aspiring to create their dreams, teamed with surrender, is far more powerful than someone determined to create outcomes with a desperate ‘must have’ mentality.
Berdamai dengan takdir Allah akan membawa ketenangan dalaman dan kebahagiaan hati yang tak pernah kita rasakan.
La haula wala quwwata illa billah”
– Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Percaya lah setiap yang hadir mengajar tentang sesuatu, jatuh bangun dan luka itu beri pengajaran, menjadi manusia yang berpengalaman, yang lebih matang tentang kehidupan.
***

Menunggu Hadirnya Jodoh

Menunggu jodoh tak sepatutnya sampai gelisah,
Menunggu jodoh tak sampai dirasakan bagai beban,
Menunggu jodoh bukanlah satu penyeksaan.

Bila kita mampu menunggu ia dengan tulus dan ikhlas,
Bila kita mampu menunggunya dengan hati yang tawakal,
InshaAllah akhirnya nanti,
Jodoh itu akan datang.

Dengan berlalunya masa, usaha untuk baiki diri,
Supaya nanti kita dapat kebahagiaan yang hakiki.

Ada masanya Allah uji kita dengan lambatnya hadir seseorang yang dinanti,
Ada masanya Allah uji kita dengan penantian yang bagaikan tak pasti,

Hanya Dia yang tahu siapa sebenarnya jodoh kita nanti
Hanya Dia yang tahu waktu yang terbaik untuk mengakhiri penantian ini.

Jadi tunggulah dengan penuh kesabaran dan keikhlasan.

Sabarlah hati,Bahagia pasti menanti.

credit : Bercinta Selepas Nikah



Buat Si Dia Merindui Diri Anda

Ketika sedang hangat dilamun rasa cinta, rasa rindu pasti ada, untuk menjaga rasa itu perlu dilakukan usaha agar hubungan terus konsisten. Tentunya juga anda harus tahu cara membuatkan si dia agar hubungan anda semakin hari semakin romantis.

Cara anda membuat si dia rindu salah satunya membuatnya si dia akan selalu jatuh cinta terhadap Anda. Namun yang sebenarnya adalah dengan menjaga konsistensi keromantisan antara Anda dengan pasangan.
Berikut adalah cara membuat si dia agar terus konsisten dan tidak mudah bosan dengan anda:

Selalu Adakan Kejutan

Helah ini adalah satu helah yang mampu dilakukan dengan memberi hadiah-hadiah yang akan membuat dirinya terkejut. Tidak perlu hadiah mahal, cukup hanya dengan bersederhana tapi bermakna, sisipkan ucapan kata sayang dan nyatakan bahawa anda rindu padanya. Cara ini akan membuatkan si dia terus merindukan Anda.
Jangan Sering Berkomunikasi
Jangan terlalu sering berkomunikasi dengannya, sesekali lakukan percubaan supaya pasangan menghubungi anda terlebih dulu. Jangan sampai anda menunjukan kepada si dia anda seperti selalu mengejarnya. Cara ini akan mengakibatkan pasangan anda akan merasa risau dan rindu.

Berdikari

Tunjukan kepada si dia anda seorang yang berdikari, dalam erti hidup anda tidak akan selalu bergantung padanya. Anda juga harus meluangkan waktu untuk diri sendiri.

Berbual dan Mendengar

Anda harus mampu membuat si dia merindui anda dengan corak pemikiran anda. Tunjukkan kepadanya jika yang selama ini anda bualkan dengannya merupakan hal yang menarik dan membuat percakapan seru dan sangat lancar.

Apa Yang Dia Sukai?

Cara ini akan turut membantu anda untuk mengerti dan memahami dengan mendalami hal diri pasangan. Cara ini juga akan menjadikan anda lebih mudah masuk ke dalam kehidupannya. Lelaki tidak akan meninggalkan wanita yang mudah beradaptasi dengan kehidupan mereka.

Datanglah Kepada Ku Wahai Jodoh


Jodoh - Tolong jangan buat aku ragu dengan sesuatu yang dikatakan menunggu. Mungkin sangat mudah bagimu untuk datang lewat di waktu dan kembali padaku saat semua sudah siap. Tapi kenapa terasa sukar bagiku, untuk tetap percaya dan menunggu. Kalau rupamu pun aku tidak tahu seperti mana.

Tolong yakinkan, kalau aku pasti akan menemukanmu dari sekian banyak manusia yang hanya biasa memberikan harapan tanpa ada keberanian untuk menghalalkan. Jangan sampai aku menemukan cinta yang salah, kerana jatuh cinta yang tergesa-gesa. Bahagiaku cukup dengan menemukan cintamu dan hidup bersamamu, wahai jodohku.

Tidak ada jodoh yang datang terlambat, ia hanya mempertemuakn orang yang tepat di waktu yang tepat. Kerana pernikahan bukan sebuah perlumbaan, siapa yang cepat dia yang dapat. Tapi sebuah ujian ketabahan, siapa yang paling lama mempertahankan ia akan mendapatkan kebahagiaan. Dan semoga kebahagiiaan itu akan berlanjut di surga-Nya



Dear Jodoh, cepatlah datang ke rumahku. Ayah dan ibuku sudah ingin tau seperti apa rupamu. Darimana asalmu, dan kenapa kau jatuh cinta pada anak gadisnya. Perkenalkan lah dirimu sebaik yang kau biasa dengan penuh kejujuran, kerana usahamu dan keimananmu sangat lebih dihargai daripada yang kau miliki sekarang. Karena tugas ayahku, nantinya akan menjadi kewajibanmu.

Jangan lupa perkenalkan aku dengan keluargamu, ayah, ibu, serta saudaramu nantinya akan menjadi keluargaku juga. dulu, kita yang bukan siapa-siapa. akan menjadi sebuah keluarga yang besar karena suatu ikatan yang halal. Indah bukan..?!

Lamar aku dengan cara terbaikmu, semampu yang kau mampu. Kerana kita menjalankan sunnah tanpa terbebani oleh tradisi. Biarlah pernikahan kita tampak sederhana di mata manusia, tapi se-isi langit dan bumi memberikan doanya untuk kita. Jangan pernah jadikan pesta pernikahan sebagai alasan untuk menunda sunnah. Percayalah, cintaku padamu tidak melihat dunia yang kau miliki sekarang. Iman dan keyakinanmu untuk menghalalkanku sudah lebih dari cukup membuatku jatuh cinta berkali-kali. Dan mengucapkan “ YA “ saat menerima pinangan darimu.

   DATANGLAH PADA KU WAHAI JODOH..??


Gambar Asal -  Zarul Phv II

Tanya Pada Diri Kita Sudah Tiba Masanya Aku Nikah

Menikah merupakan keputusan yang perlu dipikirkan sebelum berkahwin. Hal ini kerana tentu setiap kita menginginkan pernikahan sekali seumur hidup. Selain itu pernikahan bukan saja menyatukan antara dua orang akan tetapi menyatukan dua keluarga. Sehingga banyak hal yang harus dipertimbangkan sebelum memutuskan untuk menikah.
Pernikahan merupakan proses yang terbaik dan suci. Oleh kerana itu, sebelum menikah ada baiknya setiap kita menanyakan hal-hal berikut kepada diri kita,

1. Mengapa kita menikah ?
Pernahkah kita merenungkan pertanyaan tersebut? Ada baiknya sebelum menikah kita mengetahui tujuan kita menikah. Hal ini agar pernikahan kita bukan sekadar menikah kerana sudah menjadi tradisi. Akan tetapi dengan mempunyai tujuan menikah, pernikahan yang akan kita jalani memiliki arah dan tujuan yang jelas.
2. Apa manfaat menikah ?
Memahami manfaat sebuah pernikahan tentu sangat penting sebelum menikah. Hal ini agar kita lebih menikmat dan merasakan keindahan pernikahan tersebut. Sehingga kita lebih menghargai dan menjaga pernikahan kita.


3. Sejauh mana persipan kita?
Menikah bukanlah hal yang mudah. Kita memerlukan persiapan yang baik secara agama, fisik, mental, kewangan dan lainnya. Sehingga sangat penting baik kita mempersiapkan diri dari segalanya. Banyak hal yang dapat kita lakukan dalam mempersiapkan pernikahan, mulai dari mengikuti kursus Kahwin, membaca buku, maupun menanyakan pengalaman orang tua.
4. Apakah pengetahuan yang kita ada sudah cukup dengan islam?
Jodoh merupakan misteri. Kita tidak tahu pasti siapa jodoh kita. Akan tetapi jalan apa yang akan kita tentu? Tuhan telah menentukan jodoh kita masing-masing. Tinggal bagaimana kita menjemputnya, dengan ajalan di ridhoiNya atau jalan murka-Nya.
5. Bagaimana dengan restu orang tua kita?
Pernikahan bukan menyatukan dua orang saja, akan tetapi dua keluarga. Sangat besar peranan dari restu orang tua untuk menggapai rumah tangga yang bahagia.
Sumber
Buku Aku, Kau, dan Kua oleh @tweetnikah

NIKAH GANTUNG ADALAH COUPLE YANG HALAL


[●] Apa makna nikah gantung nie ??

Dalam bahasa arab dipanggil "nikah khitbah" , ia adalah pnikahan seperti yang lain , cuma selepas akad nikah pasangan berkenaan tak boleh tinggal sebumbung , dan suami tak wajib bagi nafkah zahir batin , ertinya isterinya itu masih dibawah tanggungan ayah nya sehinggalah keluarga pihak prempuan menghantar anak perempuan nya itu ke rumah keluarga lelaki itu .

[●] Apa istimewanya nikah gantung nie ??

Pasangan ini keluar bersama, berpegangan tangan , berpelukkan , cium2 dan sebagainya kerana mereka adalah suami isteri , sekiranya m'gandung sekalipun , anak itu adalah anak yg sah , bak kata budak-budak sekarag , couple yang halal ,


[●] Kalau pegang-pegang tangan , nanti tak timbul fitnah ke ??

Nikah gantung ni bukan nikah yang perlu disembunyi , bahkan kita perlu hebohkan pada umum bahawa kita telah berkahwin , jadi tidak timbul isu fitnah melainkan kalau orang tu jenis kaki fitnah .

[●] So siapa yang sesuai untuk nikah gantung eak ??

Nikah gantung amat sesuai bagi mereka yang masih belum berkemampuan dalamm kewangan , atau yang masih belajar , atau masih belumm mendapatkan kerja , masih dialam universiti ,

p/s : daripada korang duk dating , call tiap-tiap malam , mesej tu , lagi baik korang nikah gantung dulu , semua nya akn bertukar pahala , mesej-mesej dengan isteri dapatt pahala , pegang tangan dapat pahala , seronak kan ?? 

Nikah biasa pun baik juga.. dengan kos yg rendah.. inshaAllah.. lagi rendah lagi berkat.. inshaAllah.. semoga Allah juga redha..

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?