KEJADIAN PETANG TADI

KEJADIAN PETANG TADI




Petang tadi semasa saya pulang dari kerja , sampai sahaja tol keluar dari lekas tiba-2 jalan jem lebih kurang 1 km . Rupanya ada satu kemalangan berdekatan tol keluar Lekas Nilai yang melibatkan bangsa india dan bangsa Cina . Bangsa cina tu membawa kereta yg agak mewah yg berumur 19 tahun dan india tu pulak seorang pemandu teksi . Memang teruk keadaan teksi tu kerana kerana dari depan break mengejut dan kereta belakan terus langgar dari belakang. Saya terkejut apabila pemandu teksi tu meminta lesen untuk tegok , alangkah malangnya lelaki cina itu tiada lesen dan terus kena terajang berkali-kali tanpa di halang oleh sesiapa pon. Yang lagi parahnya apabila kawan kepada pemandu teksi datang dan tiba-tiba memukul lelaki itu. Memang ramai yang tegok kemalangan tadi terutamanya orang melayu yang berhenti. Tapi saya agak pelik antara ramai orang yang berhenti masa tu tak seorag pon yang tolong lelaki berbangsa Cina tu sampai teruk dibelasahnya. Dan saya bertanya kepada seorang pak cik yg berumur 30 an.
Saya "Kenapa tak nak tolong?"
Pak cik " Biarkan masalah dorang , bukan bangsa kita ? kalau melayu tadi memang pak cik tolong dah"
Saya rasa pemandu teksi tu menggunakan kesempatan untuk memukul mangsa kerana tiada lesen dan kalau di bawah ke makamah mungkin ingat dia boleh menang ? Tapi dia lupa , dari segi pakaian dan kereta yang pakai kemungkinan dia nie anak orang kaya , bagi dia mungkin tak ada masalah kalau dia nak bawa kes nie ke makamah sebab dia mampu membayar Lowyer.
Tapi yang aku paling tak puas hati kenapa ada dikalangan rakyat Malaysia yang masih ada lagi sikap ke kauman. Aku bukan tak nak tolong tadi tapi aku pon takut tegok driver tu tegah marah terok... hehehhehee

MUTIARA KATA DARI ULAMA-ULAMA MALAYSIA

MUTIARA KATA DARI ULAMA-ULAMA MALAYSIA





✅ MUTIARA KATA DARI ULAMA-ULAMA MALAYSIA

Tiada had umur dalam perjuangan Islam kerana penamatnya ialah MATI.
-Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat-


...Walaupun ilmu kita tinggi,jangan sampai akal mengatasi Syari'at...
-Tuan Guru Haji Abdul Hadi-


Berhati-hatilah dengan urusan dunia kerana Halalnya dihisab, Haramnya diazab.
-Ustaz Zahazan Mohamed-


Soalan peperiksaan yang sebenarnya kita mesti lulus dengan cemerlang 
ialah SPM,iaitu 'Soalan Padang Mahsyar.
-Ustaz Azhar Idrus-

Orang kafir terhalang kebaikannya kerana kekafirannya,
Orang Islam terhalang kebaikannya kerana tidak SOLAT.
-Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz-


Hadiah terbaik untuk Sahabat adalah DOA,
Hadiah terbaik untuk Musuh adalah kemaafan.
-Dato' Dr.Haji Mohd Fadzilah Kamsah-


Jangan segan-segan ketika minta kepada Allah,jangan minta yang kecil,
tetapi mintalah yang terbesar sekali.
-Habib Ali Zainal Abidin-

Sesiapa anak yang meninggalkan doa untuk kedua ibubapanya,
sesungguhnya dia telah telah memisahkan dirinya dengan rezekinya.
-Ustaz Hazlin Baharin-

Kalau cari Akhirat,Dunia akan dapat,
tetapi kalau cari Dunia,Akhirat tak akan dapat.
-Dato' Ustaz Ismail Kamus-

Guru yang baik berwatak ibubapa,
Ibubapa yang baik berwatak guru,
Dan masyarakat akan menjadi sekolahnya.
-Ustaz Pahrol Md Juoi-

Jangan terlalu cepat mencari kesilapan dan kekurangan orang lain,perbaiki diri sendiri dahulu.
-Irfan Khairi-

Renung-renungkanlah
Fikir-fikirkanlah
Sebar-sebarkanlah

[Top 5 Rakan facebook saya yang paling saya Bangga dan Teruja]


Merupakan  usahawan ternakan ayam , pengedar Shaklee terhebat di Malaysia dan juga mentor motivasi kepada anak-anak muda kursusnya pelajar IPTS/IPTA. Walaupun beliau sentiasa sebuk dengan kerja harian beliau setiap hari , namun itu bukan lah penghalang bagi beliau untuk berkongsi ilmu beliau bersama-sama rakan facebook beliau . Malahan juga aktikel-2 yang dikongsikan sangat menarik dan kratif untuk menjadi pendoman dan iktiar kepada kita semua . Dengan kejayaan beliau pada hari ini sudah cukup bagi diri saya yang terasa ercabar dan mahu menjadi seperti beliau suatu hari nanti,

Website beliau http://www.mariafirdaus.com.my/



AziMart Burger Perang

Amat rugilah bagi mereka yg mendiami kawasan Parit Buntar (Perak)  yang tidak pernah merasai kelazatan burger perang yang terletak berdekatan MyDin (lebih tepat lagi depan hospital Parit Buntar ). Walaupun bermula dengan sederhana kini beliau telah memilik lori burger sendiri. Beliau banyak menceritakan dan berkongsi tentang suka duka kehidupan perniagan beliau , bagi saya ianya amat bermakna bagi anak muda sekarang yang mahu memulakan perniagan burger. Malahan aktikel-2 beliau juga tidak pernah terlupa untuk kita sama-sama mengingati Allah dimana jua kita berada. (Rezeki Allah dah tentukan). Beliau juga merupakan  CEO & Founder at ZI Option Sdn Bhd


Photo: Alhamdulilah...
Syukur dengan penambahan kenderaan bagi memantapkan lagi operasi kami.Terima kasih kepada anda semua yang turut mendoakan kejayaan kami..syukran....

#loriburgerperang






Seorang anak gadis yang pasti menjadi rebutan lelaki yang mahu menjadikan isteri (Trmasuk saya) Walaupun masih muda lagi , ianya bukanlah perhalang bagi seorang anak muda dari Parit Buntar ini untuk  mengembangkan pernigaan  "abaya" .  Dengan semangat dan kebolehan yang ada pada beliau , beliau telah menjadi kan facebook beliau sebagai medan untuk meluaskan lagi business beliau , sesuatu yang kagum terpesonanya apabila abaya yang beliau hasilkan mendapat tempahan yang meluas. Tidak hairan lah kenapa saya memilih facebook beliau kerana aktikel-aktikel beliau bukan sahaja untuk business semata-mata , tetapi berliau berkongsi serba sedikit cara menguruskan perniagaan beliau walaupun di usia yang muda.




Pertama kali bertemu di kedai beliau di kolej kediaman Utem pada bulan Mei yang lalu , beliau banyak menceritakan pengalaman beliau sehingga di ceritakan di dalam facebook , walaupun asalnya  hanya memilik sebuah kedai printer , tetapi anak kelahiran JDT ini telah Berjaya mempeluaskan kuasanya di serantau Melaka. Walaupun  aktikel yang beliau kongsikan di dalam facebook adalah mengarut yang berunsur politik, kehidupan dan agama , tetapi sebenarnya ianya memberikan maksud yang mendalam dan pengajaran yang berguna.  (Tak percaya Add lah ) .

Facebook https://www.facebook.com/yasin.silaturrahim?fref=ts





Siapa yang tidak  kenal sangatlah rugilah , Pengasas bagi blog akupenghibur.com yang memberikan saya banyak info-info terkini . Satu website persinggahan yang wajib saya baca bila tibanya aktikel-aktikel baru.  Malahan juga aktikel yang beliau kongsikan di facebook juga banyak memberikan nasihat yang berguna kepada kita. Aktikel yang dikongsikan kan juga berdasarkan isu  semasa . Bagi sayalah aktikel yang berliau kongsikan "works best" yang boleh saya kongsikan kepada orang lain.

Website or blog http://www.akupenghibur.com/






[APA MAKSUD LAFAZ YANG TERSIMPAN]

Hari nie aku adalah dengan satu lagu dari kumpulan UNIC tajuk lagu dia "Lafaz Yang Tersimpan", aku dengarlah lagu nie sampai habis memang sedap dan ada maksud yang tersembunyi , apa kaitan tajuk lagu nie dengan lirik lagu nie? apa yang dimaksudkan dengan "LAFAZ YANG TERSIMPAN" ? aku fikirlah lagu nie untuk sapa sebenarnya sebab aku boleh keyword kan kepada tiga kategori iaitu untuk 1) mak ayah kita 2) untuk diri kita 3 ) untuk buah hati kita . Sebab banyak gila lirik dia yang aku tak paham dan aku tak boleh tangkap. contohnya "Tak mungkin terlihat cinta yang merona Jika hanya renungan mata yang bersuara"? tapi setelah aku wat research kat youtube baru atau lagu mengisahkan tentang apa , banyak yang buat slide tentang orang tua dan di situ aku dah boleh tangkap kat mana keyword dia sebenarnya  





Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan

Menggantikan lafaz yang tersimpan 

[Cerita tangisan gambar di GAZA]

Assalamualaikum semua , nampaknya peperangan di GAZA belum berakhir lagi , mari kita bersama-sama berdoa akan keselamatan di GAZA , hari nie fahmie nak berkongsi beberapa gambar di GAZA yang menarik hati fahmie yang mempunyai kisah-kisah yang menarik.



"Semua tentera anda, semua pejuang anda,
Semua kereta kebal anda, dan semua askar anda,
terhadap seorang budak lelaki, memegang batu,
berdiri sendirian.
Di matanya, saya melihat matahari.

Dalam senyuman, saya melihat bulan.

Dan saya tertanya-tanya, saya hanya tertanya-tanya,
yang lemah, dan yang kuat?
yang benar, dan siapa yang salah?
Dan saya mahu, saya hanya mahu, bahawa kebenaran itu mempunyai satu lidah. 
"-Seorang kanak-kanak dari Gaza."



"Mayat mereka dibiarkan reput selama lebih 
daripada dua minggu di mana bau kematian mengetuai orang

 ramai untuk menemui mereka. Saya tidak boleh menanggung bau
 kematian seperti yang anda lihat mayat mayat busuk dan darah 
hitam di seluruh tempat"


Adik comel dari Ramallah ini menyatakan solidaritinya untuk 
sahabat- sahabat sebayanya di Gaza. Tertulis pada 
kertas di tangannya " Saya mahukan hak saya 
untuk hidup dan pendidikan".


Gaza | Seorang bapa meraikan kejayaan anak perempuannya yang 
mendapat tempat kesepuluh di salah sebuah sekolah menengah 
di sana. Mereka meraikannya di bawah runtuhan rumah mereka.


" Kami tidak akan berdiam diri terhadap kekejaman 
tentera Zionis, walau bagaimana pun kecaman yang datang 
darimu, ingatlah tentera-tentera Allah akan datang 
membunuhmu, takbir Allahu akbar!!

Sumber  : https://www.facebook.com/AmanPalestinOfficial
[Penghabisan Dunia Akhir Zaman  Bermula di Malaysia]

[Penghabisan Dunia Akhir Zaman Bermula di Malaysia]



Fasa 1

Keadaan umat Islam di Rusia makin merosot setelah Presiden Vladimir Putin menentang keras pemakaian tudung di persekitaran sekolah-sekolah. Ucapan Presiden Putin ini semakin menambah kontroversi yang berkembang di Rusia tentang larangan keras bagi murid perempuan Muslim yang bertudung untuk bersekolah.

Fasa 2

Terdiri daripada Bumi Syam meliputi Syria, Palestin, Jordan dan Lebanon. Syam merupakan benteng ummat Islam ketika berlakunya malhamah kubro [perang dahsyat akhir zaman].



Berlakunya konflik ke atas umat islam.


Selepas revolusi kebangkitan rakyat berjaya menggulingkan kerajaan Tunisia dan Mesir, protes pertama bermula di bandar selatan, Daraa pada pertengahan Mac tahun lalu berikutan penahanan sekumpulan kanak-kanak sekolah yang terlibat melukis grafiti antikerajaan.

Tunjuk perasaan itu akhirnya merebak ke beberapa bahagian lain di Syria selepas pasukan keselamatan rejim Assad mula bertindak ganas dan melepaskan tembakan rambang ke arah kumpulan penunjuk perasaan.

Sayang sekali masih ada diantara ummat Islam yang masih lelap dalam tidur yang panjang, enak dengan segala makanan, tidak ada sikap peduli sedikitpun, apalagi merasakan penderitaan dan kesusahan ummat Islam di Syria yang pada ketika ini dizalimi.

China juga tidak terlepas dengan konflik terhadap umat islam

Kini kerajaan China bertindak melarang umat Islam di wilayah Xinjiang daripada menunaikan ibadah puasa pada tahun ini, sama seperti tahun sebelumnya. Larangan itu dikeluarkan oleh Biro Keselamatan Awam di Beijing disampaikan kepada orang ramai melalui laman web beberapa agensi kerajaan kepada kakitangan awam, guru dan pelajar. Sebuah laman web lain menyebut: “Kami mengingatkan semua bahawa mereka tidak dibenarkan untuk berpuasa.” Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, larangan itu dikecam oleh kumpulan etnik Uighur yang melarikan diri dari China dan hidup dalam buangan.

Sudah 40 tahun kerajaan malaysia menjalinkan hubungan dengan kerajaan cina, atas dasar semua umat Islam itu bersaudara, ada baiknya kerajaan malaysia beri sedikit teguran kepada kerajaan cina supaya menghormati hak-hak umat Islam.

Fasa 3

Melibatkan konflik Politik di Negara Pakistan Barat (kini Pakistan), Pakistan Timur (kini Bangladesh) dan India.



kerajaan Bangladesh sanggup mengharamkan pertubuhan gerakan Islam tersebut pada bulan lepas. Sementara itu, hampir ke semua pemimpin tertinggi Jamaat-el-Islami ditangkap dan beberapa orang pemimpin telah dijatuhkan hukuman mati. Apakah ini bentuk demokrasi yang ingin disuburkan di Bangladesh?

Dikala saudaramu di Bangladesh dibunuh, diseksa, dikurung, ditindas oleh orang yang mengaku diri mereka Islam sendiri, dunia hanya membutakan mata, diam membisu, memekakkan telinga. Buang sentimen sempadan negara bangsa, semaikan sentimen aqidah Islamiah.

Fasa 4

Melibatkan negara-negara seperti Myanmar, Filipina, Kemboja dan Thailand . Berjuta-juta umat Islam sedang menderita , ditindas dan dibunuh.



Kekejaman yang berlaku di negara-negara tersebut secara umumnya adalah lebih dahsyat dan buas berbanding di tempat-tempat lain. Mereka tidak mampu untuk mem­bolehkan suara mereka didengari oleh dunia luar, dan mereka terus bergelut untuk me­neruskan penghidupan walaupun sebenarnya bagi kebanyakan kes, mereka sudah mati akal, manakala tanah dan harta benda pula telah dirampas. Usaha yang hebat telah dijalankan bagi menghalang mereka dari hidup ber­landaskan kepada agama yang dianuti, dan pihak berkuasa sedang berusaha untuk meng­asimilasi mereka dengan mengenakan tekanan dan sistem pemerintahan yang zalim.

Fasa 5

Terdiri daripada Malaysia , Indonesia dan Brunai yang kini timbul huru hara huru hara konflik terhadap islam .


Akan  terjadinya kebangkitan rakyat dan protes, seperti yang terjadi di negara fasa 2 dan 3. Apabila sampainya di tahap 5 maka dunia akan sampai ke penghujungnya.

Kalau anda perhatikan kajian di atas , segala konflik bermula dari atas (fasa 5) dan akan turun ke fasa 1 yang melibatkan negara Malaysia (Negara kita), Indonesia , Brunai dan singapura. Ini adalah disebabkan kesedaran dan pegangan di kalangan kita sendiri bahawa perubahan atau reformasi adalah lebih penting dari kuasa atau jawatan politik semata-mata.

Suatu hari nanti kita akan  sedar bahawa gerakan protes besar-besaran itu telah timbul secara spontan dan dianjur atau disusun oleh golongan muda yang tidak mempunyai apa-apa pertalian kepada mana-mana parti politik. Revolusi yang tercetus itu adalah bagaikan anak kecil yang mesti dibenarkan untuk membesar sendiri. Sekiranya Ikhwan atau mana-mana pertubuhan politik tergesa-gesa atau terlalu gopoh untuk mendakap anak kecil itu dan mendakwa anak kecil itu dia yang punya, sudah pastinya musuh-musuh revolusi akan membunuh anak kecil itu.

Orang awam akan mudah terpedaya apabila melihat kezaliman pemerintah ini, dan akan segera menyokong jika pemerintah itu mahu dijatuhkan. Masa ni, Kuasa-kuasa asing  sebenarnya telah menjadikan umat Islam sebagai sebahagian tentera mereka untuk menjatuhkan pemerintah-pemerintah yang tidak diperlukan dan menghalang mereka dalam membentuk satu sistem pemerintahan dunia yang baru di dunia ini.

Sekiranya apa yang berlaku di fasa 2 dan 3 itu adalah versi revolusi, apa yang terjadi di Malaysia pula ia adalah versi demokrasi, iaitu tentang bagaimana kuasa-kuasa asing yang tersembunyi ini cuba mengambil alih kuasa dengan menggunakan tangan-tangan orang lain.

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?