Kenapa perlu istikarah ? Istikarah untuk memilih jodoh.


Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Biasanya solat istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya.
Maka untuk itu, dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Perlaksanaannya sama dengan solat-solat sunat yang lain. Dalam sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah saw. pernah mengajar kami cara untuk meminta petunjuk Allah Taala dalam beberapa urusan yang penting. Rasulullah menyatakan;
“Apabila kamu merancang sesuatu perkara, maka dia melakukan solat sunat dua rakaat”.
(Hadis ini direkodkan daripada Bukhari)
Hadis ini hadis umum. Tidak disebutkan hukum wajib melakukan istikharah. Ini terbukti, apabila Rasulullah sendiri, tidak pula melakukan istikharah dalam beberapa hal. Kemudian, tidak pernah direkodkan apabila Rasulullah sudah membuat keputusan, nabi beristikharah lagi.
Untuk Sebarang Pertayaan dan Tempahan Call/Whatsapp 018402456
Istikarah bukan sahaja untuk memilih jodoh.
Istikharah ini sebenarnya bukan satu perkara khusus untuk mereka yang mahu berkahwin semata-mata. Bukan ‘alat pencari jodoh’. Bukan juga alat ‘penentu’ siapa yang menjadi pasangan kita. Istikharah ini adalah apa yang terdidik oleh Rasulullah kepada kita dalam membuat apa-apa sahaja keputusan.
Namun, apabila sesetengah pihak mula mengganggap ia ‘alat pencari jodoh sebenar’ yang kononnya tepat 100 peratus, maka istikharah menjadi satu punca kekeliruan hati. Istikharah bukan lagi membantu menenangkan jiwa dan menetapkan hati kita.
Fitnah istikharah jika tidak memahami dengan betul.
Dalam situasi pergerakan ke arah rumah tangga ini, istikharah juga mampu manjadi satu fitnah. Bagaimana? Saya berikan beberapa situasi yang popular.
Contoh 1;
Fulan bin Fulan bertunang dengan Fulanah bin Fulan. Kemudian Fulan bin Fulan ini pergi beristikharah lagi selepas bertunang. Tiba-tiba dia ‘nampak’ wanita lain dalam mimpinya. Terus dikatakan itu adalah ‘petunjuk istikharah’ dan kemudian dia mahu memutuskan pertunangan dengan Fulanah binti Fulan, kerana dirasakan Allah menunjukkan pertunangan itu satu kesilapan.
Contoh 2;
Fulan bin Fulan sedang mencari seseorang bagi dijadikan isteri. Akhirnya, dia beristikharah. Dia nampak Fulanah binti Fulan. Terus dia menyatakan hasratnya kepada Fulanah binti Fulan itu. Namun, Fulanah binti Fulan menolak. Bagaimanapun, Fulan bin Fulan ini berkeras dan mengugut yang Allah memang sudah takdirkan mereka bersama, berdalilkan istikharahnya. Ini membuatkan Fulanah bin Fulan serba salah menolak ‘wahyu Ilahi’ ini.
Maka, oleh kerana ketidak fahaman kita mengenai soal istikharah tadi, kita sebenarnya telah memberikan gambaran yang salah dan menyebabkan berlakunya fitnah. Hal ini merupakan sesuatu yang malang dan memberi nama buruk kepada islam itu sendiri.
Berkait dengan hati.
Kita kena faham, bahawa Istikharah itu sangat berkait rapat dengan hati. Kalau hati kotor, mana mungkin akan mendapat petunjuk yang baik. Kalau hati bersih, InsyaAllah ilhamnya nanti juga baik. Ada orang, bersungguh-sungguh solat Istikharah, tetapi maksiat tetap tak tinggal, solat wajib tunggang langgang, maka bagaimana hendak mengharap kepada petunjuk yang baik dan molek ?
Justeru, satu proses yang paling penting dalam bab Istikharah ini adalah membersihkan hati terlebih dahulu. Jika anda sudah benar-benar melaksanakan proses ini, maka barulah anda boleh mengharap datangnya petunjuk yang benar kepada hati anda. Jika tidak, berkemungkinan petunjuk itu hanyalah bayangan daripada Syaitan.
Istisyarah atau mesyuarat.
Manusia dianugerahkan akal untuk membuat pertimbangan. Justeru ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk berfikir, menganalisa dan mencari jalan. Islam menganjurkan bermesyuarat atau meminta pendapat orang berpengalaman sebagai kembar kepada proses Istikharah itu sendiri. Maknanya, kita tidak boleh seratus peratus bergantung kepada proses Istikharah semata-mata hinggakan ada yang menunggu-nunggu mimpi dan sebagainya.
Sebaliknya, dengan bermesyuarat pun kita akan mendapat kekuatan untuk membuat keputusan. Timbanglah dengan akal yang matang akan kesemua pilihan yang ada di depan mata, dan belajarlah untuk menjadi berani membuat keputusan. Itu kan sunnatullah dalam kehidupan.
Kesimpulan.
Sebagai penutup, istikharah merupakan suatu saranan yang baik daripada Nabi Muhammad jika kita berhadapan dengan pilihan. Maka, mintalah kepada Allah supaya diberi petunjuk. Namun, istikharah tanpa usaha merupakan satu perbuatan yang tidak selari dengan makna sebenar istikharah. Istikharah merupakan jalan yang terakhir apabila kita berhadapan dengan pilihan setelah semua usaha dilakukan dengan harapan semoga pilihan kita adalah yang terbaik dan tepat.

5 Tujuan Sebenar Perkahwinan Yang Anda Perlu Tahu


Untuk Sebarang Pertayaan dan Tempahan Call/Whatsapp 018402456




8 Fakta Akal Wanita Yang Lelaki Wajib Faham



                                                    
Untuk Sebarang Pertayaan dan Tempahan Call/Whatsapp 018402456


8 Halangan Jodoh Tak Kunjung Tiba



Setiap manusia punya takdir jodoh yang berbeza-beza. Ada yang cepat, ada yang lambat dan tak kurang juga yang langsung tak ketemu jodoh hingga ke akhir hayat.
Namun yang pasti setiap jodoh itu adalah urusan Allah, malah jika tiada jodoh juga merupakan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah.
Selain kehendak Allah, tanpa anda sedar mungkin ada antara perkara-perkara yang telah anda lakukan menjadi penghalang untuk anda mempercepatkan jodoh anda.

1. Melakukan perbuatan syirik

Melakukan perbuatan syirik merupakan dosa besar kerana ia menyekutukan Allah dengan yang lain. Baikilah hubungan anda dengan Allah dengan memperbanyakkan ibadat dan mintalah pertolongan kepada-Nya agar diberi jalan yang mudah untuk mendapat jodoh. Jangan mengharapkan bantuan daripada tukang ramal, bomoh atau sebagainya yang tidak mengamalkan ajaran Islam.

“Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya daripada azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya daripada azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya, janji Allah itu adalah benar, jangan lah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan janganlah kamu diperdayakan oleh bisikan Syaitan.” (Al-Luqman, ayat 33)

2. Tidak bersolat dan sering menundakan solat

Solat merupakan tiang agama yang diwajibkan Allah kepada setiap manusia. Jika anda tidak bersolat maka Allah tidak dapat mendengar rintihan anda sekali gus memakbulkan doa anda. Begitu juga kepada mereka yang sering melambatkan solat ke penghujung waktu maka tidak hairanlah jika Allah tidak mengutamakan doa-doanya.

“Maka kecelakaan besar bagi orang yang solat (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya. (Al-Maa’un, ayat 4-5)

3. Berzina

Berzina merupakan perbuatan keji yang sangat dimurkai Allah. Dalam kisah Nabi Musa terdapat penolakan taubat seorang wanita yang sebelumnya telah melakukan zina. Ini memberi maksud bahawa perbuatan zina akan merosakkan hubungan manusia dengan Allah termasuk urusan jodoh. Jika anda pernah melakukan zina, segeralah memohon keampunan kepada Allah atas dosa yang pernah anda lakukan.
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’, ayat 32)

4. Derhaka kepada orang tua

Cuba renungkan adakah anda pernah melakukan dosa terhadap kedua orang tua? Allah sangat murka kepada mereka yang melakukan dosa terhadap kedua orang tua atau salah seorang daripadanya kerana ia akan menutup segala sumber rezeki termasuk jodoh.
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’, dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (al-Israa, ayat 23)

5. Memutuskan hubungan silaturahim

Jika anda mengalami kesulitan dalam urusan jodoh sebaiknya anda periksa bagaimana hubungan silaturahim anda dengan saudara mara dan orang sekeliling. Bersikap sombong dengan memutuskan silaturahim turut memberi kesan terhadap jodoh.
“Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.” (Al-Hujuraat, ayat 10)

Untuk Sebarang Pertayaan dan Tempahan Call/Whatsapp 018402456
https://www.facebook.com/SetiaPicture/

6. Makan harta yang haram

Mengambil sumber haram atau melakukan perbuatan haram juga dapat menjauhkan seseorang daripada jodoh. Jika rezeki yang anda peroleh halal, periksa semula adakah anda sudah mengeluarkan zakat. Ini kerana dalam harta kita terdapat hak-hak orang lain yang harus kita keluarkan.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” (An-Nisa’, ayat 29)

7. Suka mengadu domba dan membuat fitnah

Fitnah dan mengadu domba juga termasuk dalam perkara yang menjauhkan anda daripada jodoh. Perkara yang terarah kepada adu domba ini jauh lebih buruk kerana ia boleh membawa kepada fitnah.

“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujuraat, ayat 12)

8. Kedekut dan jarang bersedekah

Salah satu cara untuk mendapatkan jodoh adalah dengan memperbanyakkan sedekah dan menjauhkan sifat kedekut dalam diri sendiri. Dengan bersedekah juga akan memberi jalan mudah untuk Allah salurkan rezeki kepada anda.

Dengan mengetahui lapan halangan ini membolehkan anda memperbaiki diri ke arah yang lebih baik sekali gus berusaha dan berdoa agar anda dikurniakan jodoh dan pasangan yang terbaik.

Merancang kewangan bersama barulah sweet , Tak salah Isteri Control duit Suami

Jika sejak berkahwin baki duit gaji kita hanya mampu bertahan 2 -3 minggu sahaja maka sudah tiba masanya melantik isteri kita sebagai Gabenor Bank Keluarga. Kita sebagai suami jadi Ketua Keluarga sahaja. Bukannya nak longgokkan amanah dan tanggungjawab kepada isteri tetapi ini demi kebaikan bersama.

Jangan Risau, Ini Perkara Biasa Buat Pengantin Baru

Adalah normal kalau ada masalah kewangan masa awal-awal kawin, hampir semua pasangan lalui benda yang sama. Hanya dalam drama TV saja bila kahwin terus ada rumah fully furnished, kereta BMW.
Tidak salah jika lantik isteri bertindak sebagai gabenor bank keluarga. Kena terima hakikat bahawa seorang wanita sebenarnya lebih teliti daripada lelaki. Maka si isteri boleh berfikir lebih jauh daripada si suami. Jika isteri yang pegang duit bukan bermaksud queen control!
Ini masa depan rumah tangga anda, pedulikan kata orang.
Jika suami tidak menghiraukan bajet kewangan keluarga, seharusnya isteri melantik diri sendiri sebagai gabenor bank keluarga. Apa salahnya melantik diri sendiri kan?
Menyediakan bajet kewangan tidak begitu susah. Perkara asas yang boleh dilakukan ialah dengan memantau ke mana duit gaji pergi.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan :

1. Senaraikan Pendapatan

  1. Senaraikan gaji kasar suami / isteri yang diterima setiap bulan.
  2. Senaraikan gaji bersih setelah dipotong KWSP, SOCSO dan Potongan Cukai Berjadual (jika ada).

2. Tentukan Kategori Perbelanjaan

  1. Perbelanjaan tetap seperti pembiayaan perumahan, ansuran kereta dan hutang lain yang harus dibayar setiap bulan seperti PTPTN.
  2. Perbelanjaan berubah seperti kos makan minum, barang dapur, pakaian, petrol dan sebagainya.

3. Buat Anggaran Perbelanjaan Sebulan

  1. Perbelanjaan seharusnya tidak melebihi pendapatan.
  2. Bezakan antara keperluan dan kehendak.
  3. Utamakan keperluan terlebih dahulu.
  4. Jika pembelian melibatkan kos yang besar, bawa berbincang sama ada ia diperlukan ataupun tidak. Contohnya kalau nak beli sesuatu barang yang bernilai lebih RM1,000, berbincang terlebih dulu sebelum buat keputusan membeli. Selagi tak berbincang, selagi tu tak boleh beli.

4. Merekodkan Perbelanjaan

  1. Buat senarai barang yang hendak dibeli dan beli apa yang disenaraikan sahaja.
  2. Rancang pembelian supaya tak perlu selalu ke pasar raya.
  3. Beli barangan mengikut keperluan terlebih dahulu.
  4. Simpan resit pembelian supaya dapat monitor jumlah perbelanjaan bulanan. Boleh update dalam WhatsApp setiap kali duit keluar juga boleh. Tak kiralah duit beli rokok ke apa ke…semua mesti update. Boleh juga guna tracker apps percuma dalam App Store.
    .

5. Post Mortem, Menilai Semula, Baiki Bajet

  1. Semak rekod perbelanjaan pada akhir bulan.
  2. Pastikan perbelanjaan mengikut apa yang dirancang.
  3. Jika terlebih berbelanja, bulan depan mesti ganti balik jumlah yang terlebih tadi.
  4. Cari langkah penjimatan yang sesuai untuk meningkatkan lagi simpanan.
  5. Cari langkah yang boleh menambahkan pendapatan keluarga. Baca artikel Nikmat Isteri Zaman WiFi, Melekat di Rumah Juga Boleh ‘Masyuk’
Kalau suami bijak merancang kewangan, ajar dan bimbing isteri supaya sama-sama bijak. Begitu juga sebaliknya. Jangan asyik nak marah pasangan kalau dia tak pandai merancang kewangan. Hidup suami isteri harus saling melengkapi.


Merancang kewangan bersama barulah sweet.
Janganlah ada rahsia antara suami isteri tentang kewangan ini. Hal ehwal kewangan suami isteri mesti sama-sama tahu dan bersama-sama fikir jalan yang terbaik jika ada apa-apa masalah.
Share & Tag Isteri Kesayangan (atau Bakal Isteri) Anda

Persediaan Sebelum Beli Rumah Pertama Untuk Pasangan Baru Berkahwin. Ini Senarai Semaknya



“Bang, macam mana nak beli rumah? Maaf baru ada kesedaran. Tak nak menyewa sampai ke tua. Macam mana nak mula?”
Jadi ini posting panjang yang senang korang faham terutamanya kepada newbies.
Inilah aturannya jika korang nak beli rumah subsale;

1. Semak DSR

DSR = Debt Service Ratio adalah Nisbah Hutang Kepada Pendapatan.
Semakin tinggi nisbah, semakin banyaklah hutang / komitmen korang. Pihak bank mengambil kira faktor ini untuk menentukan berapa jumlah kelayakan pembiayaan rumah yang korang boleh dapat.
Pengiraan DSR ini berlainan setiap bank namun konsepnya tetap sama. Lain bank, lain SOP dia. Rajin-rajinkanlah diri ke bank untuk bertanya ya!
DSR CIMB Bank
DSR Maybank
Formula DSR = Jumlah Hutang + Ansuran Bulanan Rumah Mahu Beli / Pendapatan Bersih X 100%
*Ansuran rumah yang perlu dibayar boleh semak guna aplikasi iMoney dekat Google Play Store.
Biasanya maksimum DSR dibenarkan bank hanya 60%-70%.
DSR korang bawah 60%? Bagus. Baca nombor 2.

2. Semak Kelayakan Pembiayaan

Kena semak berapa pembiayaan perumahan yang bank boleh bagi berdasarkan pendapatan korang. Boleh pergi ke bank untuk bertanya. Bawa penyata gaji bersama.
Setiap bank lain prosedurnya. Paling senang kiraan kasar dia adalah:
Pendapatan bersih x 200.
Contohnya : Gaji korang lepas tolak komitmen tinggal RM 1,000. RM 1,000 x 200=RM 200,000. Jadi carilah rumah yang bawah RM 200,000.

3. Semak CCRIS & CTOS


Pernah buat loan dengan bank? Ada kad kredit? Bayaran ansuran cun? Kalau tak cun baik korang semak balik berapa tertunggak. Sebabnya bank takkan luluskan pembiayaan jika rekod laporan CCRIS (Central Credit Reference Information System) korang barai ataupun pembayaran balik tak tepat pada masanya. Sila semak laporan CCRIS ya.
Kadangkala korang tak sedar pun kena CTOS disebabkan menjadi penjamin pada adik-beradik ataupun saudara mara. Kalau dah kena CTOS ni wajib langsaikan dulu hutang tertunggak.
Cara-cara periksa rekod CTOS di hujung jari.

Langkah download laporan CTOS

  1. Download aplikasi “CTOS” di Apps Store Play Store.
  2. Tekan butang “Sign Up” untuk pertama kali.
  3. Isikan maklumat yang diminta.
  4. Upload gambar kad pengenalan untuk pengesahan.
  5. Selesai semua langkah, klik “Submit” untuk pihak CTOS hantarkan laporan (perlu tunggu 3 jam waktu bekerja).
  6. Laporan kewangan akan dihantar melalui emel.
  7. “Log in” aplikasi ini untuk lihat rekod kewangan (boleh tengok credit score meter sama ada Excellent atau Very Weak).

4. Semak Duit Pendahuluan

Sangat berminat nak beli rumah tapi duit pendahuluan pun tak ada susah juga. Nak beli rumah ni banyak kena keluarkan duit terlebih dahulu.
Ada kos guaman, kos penilaian harga rumah, kos duti setem dan lain-lain kos lagi. Pastikan ada tunai dalam 15% daripada harga rumah tu. Kalau rumah harga RM 120,000 paling tidak korang kena ada RM 18,000.

5. Semak Pekerjaan

Bank adalah institusi kewangan yang berniaga. Mereka hanya akan berniaga dengan orang yang layak dan berkemampuan untuk membayar balik ansuran tepat pada waktunya. Bank susah nak berikan pembiayaan jika pekerjaan korang berisiko seperti bekerja secara kontrak.
Contohnya, bulan ni masuk gaji penuh, bulan depan masuk separuh. Tak konsisten. Jadi, bila korang yang baru bekerja tu, pastikan ada penyata gaji untuk 6 bulan.

6. Beri Kepercayaan Kepada Bank

Ada orang yang langsung tak ada hutang dengan pihak bank. Baguslah. Tak ada rekod CCRIS boleh mohon pembiayaan perumahan? Ya, boleh saja.
Biasanya bank akan tawarkan kad kredit juga kepada korang. Logik bank macam ni; Ada seorang datang jumpa korang yang langsung korang tak kenal. Lalu dia nak pinjam duit RM 5,000. Dia janji nak bayar ansuran setiap bulan, agak-agak korang bagi tak?
Jadi, laporan CCRIS berfungsi sebagai kebolehpercayaan pihak bank kepada korang. Jika korang ada kad kredit ataupun ASB Financing RM 50,000 dan bayaran bulanan cantik, barulah bank percaya keupayaan bayaran balik korang tu. Tapi ingat, ASB Financing akan dikira komitmen jika belum mencapai setahun dan kad kredit juga akan dikira sebagai komitmen 5% berdasarkan baki hutang.

7. Sediakan Dokumen Yang Lengkap

Jika LULUS semua perkara di atas, terus sediakan dokumen-dokumen berikut;
1) Salinan Kad Pengenalan: Pastikan jelas depan dan belakang.
2) Penyata Pendapatan Tahunan (EA: Swasta, EC: Penjawat Awam) (2 Tahun)
3) Surat Pengesahan Majikan (kalau penjawat awam boleh sertakan surat lantikan atau pengesahan jawatan)
4) Slip Gaji (3 bulan, nak letak 6 bulan pun OK kalau bulan tu ada terima bonus ataupun OT)
5) Penyata EPF (terkini)
6) Penyata Bank (3 bulan – 6 bulan, ikut nombor 4)
7) Dokumen Sokongan:
i. TH, ASB, Fixed Deposit
ii. Unit Amanah, simpanan, saham.
iii. Surat perjanjian hutang / komitmen kena bayar pada bank setiap bulan untuk perkiraan DSR.
iv. Sebarang dokumen yang boleh menampakkan kau mampu membayar ansuran bulanan.
v. Laporan CCRIS
Dah nampak sikit-sikit aturannya? Okay bagus.
Perbaiki profail kewangan terlebih dahulu. Pergi ke beberapa bank untuk semak kelayakan korang membuat pembiayaan perumahan.
Lain bank, lain polisi dia. Bawalah semua dokumen yang lengkap dan CCRIS sekali semasa jumpa pegawai bank yang menguruskan pembiayaan perumahan tu.
Masa lapang tu bukalah Mudah.my, Property Guru atau berkawan dengan REN (Real Estate Negotiator). Korang juga boleh berguru dengan orang yang berpengalaman dan orang yang positif serta minat dalam pelaburan hartanah.
Rumah murah
Tak perlu tunggu umur masuk 30-35 tahun baru nak beli rumah pertama. Carilah rumah yang berharga di bawah RM 150,000 untuk pelaburan hartanah dahulu.
Membeli rumah pertama adalah mudah jika korang tahu aturannya.
Kalau korang rasa masa muda ni nak pergi travel sana sini, jadi geng backpackers, silakan. Simpan dulu nota ni untuk korang baca masa umur 35 tahun nanti. Masa tu korang kata rugi tak beli rumah di usia muda.
Rumah makin lama makin mahal. Member korang yang gaji rendah daripada korang dah ada 2-3 rumah. Masa tu korang tengok je lah gambar travel korang sambil air mata mula menitis. Kah!

Penafian : Mengenai grafik DSR mungkin tidak tepat sepenuhnya. Hanyalah sebagai panduan asas dan untuk gambaran lebih jelas, boleh ke bank pilihan masing-masing untuk bertanyakan polisi bank. *Mungkin ada perubahan.

Kredit info DSR: Muhd Farid & Grafik: Shahizat Amir Ibrahim.
Sumber asal : Amir Syahir

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?