Jodoh Dengan Si Bisu. Apa Yg Berlaku Selepas Perkahwinan Kami Buat Aku BAHAGIA !!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sebenarnya confession aku ni lebih kepada sekadar berkongsi. Cerita dia macam ni. Aku dengan isteri aku baru berkahwin 2 tahun baru. Baru baru ni kami ada tengok satu movie anime “koe no katachi” sebenarnya aku dulu minat juga anime. Tapi lepas busy jarang dah tengok atau baca Manga. Jadi waktu tengok tu, isteri aku menangis. Yerlah wanita kan. Tapi sebenarnya isteri aku bukan menangis setakat tengok cerita tu. Tapi sebenarnya isteri aku sama macam karakter dalam cerita tu. Ye, bisu.


Gambar Sekadar Hiasan. Hasil Carian Google Images.

Imbas balik 2 tahun lalu, sebelum kami berkahwin. Sebenarnya perkenalan kami secara tak sengaja. Waktu tu kereta isteri aku ni dia tertinggal kunci dalam kereta. Jadi aku secara takdir parking sebelah dia. Sekali bila aku keluar dia buat simbol berhenti. Aku terkejut tanya kenapa. Dia tunjuk kereta dia. Aku tanya balik. Lepastu barulah dia keluarkan telefon dan tulis. Lepastu aku baru faham. Tapi waktu tu aku tak tahu dia bisu lagi sebenarnya. Nasib lah aku dulu pernah sekali buka lock kereta tu. Jadi aku tolong dan dapat. Lepastu dia buat simbol “terima kasih” aku pun angguk je. Padahal tak faham. Lepastu bila aku nak beredar dia bagi no telefon dia dekat aku. Dan hantar mesej “terima kasih. ,maaf saya tak boleh bercakap” Lepastu baru aku dalam hati “Allahu” bisu rupanya. Aku cepat cepat minta maaf. Perkenalan kami tak lama dalam beberapa bulan dan terus rancang nak kahwin. Awal tu aku kena reject dengan dia. Down terus aku apahal reject ni. Lepastu masing masing berdiam lama juga sebulan dua. Tapi selama berdiam tu aku dalam diam belajar bahasa isyarat tu semua. Dalam sebulan tu banyak juga dapaat. Jadi aku tak puas hati aku ajak lagi dia ni keluar. Lepastu slowtalk semua. Lagi satu jangan silap, isteri aku dia cuma bisu tapi dia tak pekak. Aku membebel panjang. Sekali dia hulur aku surat.

Panjang sebenarnya surat tu. Tapi secara ringkas surat tu ceritakan. Kesan masa hadapan aku kahwin dengan dia. Dan dia suruh aku fikir masak-masak. Sebab dia takkan dapat kasi se-sempurna gadis noemal luar sana. Aku bincang dengan family aku terus. Pada aku okay je tak jadi masalah. Selang 2 bulan kami kahwin.

Selama kami berkahwin tu, nak komunikasi tak jadi masalah sebenarnya. Kalau tengah tengok tv tu ke dengar suara aku sorang-sorang. Gelak sorang-sorang. Ada sekali tu aku tergurau kasar. Ye memang silap aku pun sebenarnya. Waktu tu tengah gurau-gurau ni. Aku tercakap “yerlah dah buat kelakar tak ada orang nak gelak”. Haha merajuk malam tu. Tapi aku hantar dia mesej. Lepastu ada sekali dia marah aku. Dia kasi macam-macam bentuk isyarat. Aku faham “awak faham tak ni” aku angguk je. Padahal tak faham semua. Bila jumpa orang pun dia setakat senyum. Sebelum ni dia mengajar dekat sekolah agama. Tapi tak lama, sekarang dah jadi suri rumah sepenuhnya.

Tapi isteri aku ni wanita kan. Perempuan. Walaupun aku rasa dia perfect. Tapi dia mestilah ada rasa insecure semua. Kadang-kadang tu sebelum tidur . Dia tulis nota minta maaf sebab tak dapat teman berbual. Aku sebenarnya tak kisah pun. Aku jawab tak ada apa lah tu. Asalkan teman duduk sebelah sudah. “Tak dengar suara pun tak apa lagipun lawak saya hambar juga.” Bila aku tanya isteri aku soalan. “Eh lepas masuk ni kita masuk ni eh. Kenapa tak masuk yang tu erk dulu.” Nanti dah beberapa saat aku pun jawab balik oh macamtu. Padahal tak kena respon pun haha.

Ada sekali tu, dia reverse kereta tapi tiba2 motor laju dari belakang. Jadi motor tu nak elak dan terjatuh. Yang brader tu pula marah. Yerlah eksiden siapa tak marah. Dia marah macam-macam. “Ada lesen ke tak”, reti bawa kereta ke tak. Jadi isteri aku dia takut sampai nak nangis. Dia mesej aku cakap “abang tolong” aku pun laju datang. Aku slowtalk dengan brader tu semua hantar repair dan bagi dia duit untuk luka semua. Bila balik tu dalam kereta. Dah mengalir air mata pula. Aku usap-usap kepala dia cakap tak ada apa lah tu.

Tapi belum rezeki kami untuk dapat zuriat. Mungkin InshaAllah tak lama lagi siapa tahu kan. Sebenarnya aku kongsi ni lebih nak ceritakan pengalaman aku sendiri. Sebab aku tahu luar sana banyak pasangan yang alami macam aku. Kawan aku sendiri pun. Dia kahwin, isteri dia ni buta. Tapi tengok okay je diorang. Anak 2 orang. Pengalaman semua lain-lain. Bagi aku tak dengar suara isteri aku pun tak apa. Tengok muka dia yang innocent dengan muka konfius, gelak senyum tu pun dah cukup. Apa lagi waktu dia marah guna bahasa isyarat. Hahaha. Terima kasih sudi membaca. Isteri/suami ni untuk selamanya jadi terimalah setiap kekurangan masing-masing. Walaupun awalnya payah. Lambat laun Alhamdulilah dah terbiasa.
                                                    
Untuk Sebarang Pertayaan dan Tempahan Call/Whatsapp 018402456

x


Share this

Related Posts

Latest
Previous
Next Post »

Yakinlah ada sesuatu yang menantimu selepas banyak kesabaran yang kau jalani yang akan membuatmu tersenyum hingga kau lupa pedihnya rasa sakit.

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?