(6 Gambar) Mat Dan Selamat Bertunang Dengan Gadis Melayu?


‘Mat saleh’ berjiwa Melayu, Muhamed Kareef Daniel Abdullah, 28, atau lebih dikenali sebagai Mat Dan dikatakan telah selamat bertunang dengan seorang gadis Melayu beberapa hari lalu.
Dua keping gambar majlis pertangan Mat Dan bersama gadis itu turut viral di media sosial sejak semalam.
Salah satu gambar tersebut memaparkan ibu Mat Dan sedang menyarungkan cincin ke jari manis gadis berkenaan.
Sementara itu, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Mat Dan dan pilihan hati yang identitinya masih misteri sehingga kini.
Sebelum ini, Utusan Online melaporkan Pengacara rancangan travelog Haramain Backpackers dan Mat Dan Kaki Jalan itu mengakui telah menghadiri kursus pra-perkahwinan di Kuala Terengganu pada Januari lalu.

For question & reservation please contact @ whatsapp at 018-4024546
Sumber : cempedakcheese.com

'Niat Kahwin Pun Dah Tak Betul, Macam Mana Hubungan Nak Bahagia'


Aku nak tanya, apa sebenarnya tujuan korang-korang ini semua nak berkahwin eh?

NIAT BERKAHWIN

1. Ada yang couple lama, 5 - 7 tahun. Dari keluar berdua-dua begitu, baik nikah saja, ye tak? Boleh 'dating halal', boleh pegang-pegang, manja-manja sebab status sudah bertukar. Dulu haram, sekarang dah halal, kan?

2. Ada yang berkahwin sebab tengok orang lain dah kahwin.

"Eh? Macam sweet je kahwin ni. Seronok, dicintai, disayangi, romantik saja tengok diorang yang sudah berkahwin itu update status sweet-sweet saja. Senyum saja 24 jam, 34 jam. Eh teringinnya. Bila turn aku pula?"

3. Ada pula yang,

"Eh, tak naklah couple-couple ni. Baik bercinta selepas nikah terus. Bebas, cinta halal."

Tetapi sebelum dapat bernikah itu, terfikir point 1 dan 2. Boleh bermanja-manja dan teringin sebab orang lain dah kahwin. Yang ini aku tak mention semua, sebilangannya akan terfikir begitu. Maksud aku, yang bajet under 'couple islamik'.

Maaf aku cakap, kalau inilah yang korang semua fikirkan, maknanya niat korang sudah tersasar daripada konsep perkahwinan yang sebenarnya. Betul, tidak dinafikan kahwin ini memang seronok. Memang sweet terutamanya pada usia 2, 3 bulan perkahwinan. Masa ini, partner tak ada depan mata pun rasa rindu sangat-sangat, tak nak berenggang, nak melekat macam gam 24 jam. I lap you, you lap me.

Sekarang, berbalik kepada tujuan perkahwinan yang sebenar. Niat itu kena betul, kalau setakat berniat seperti point 1, 2 dan 3, semak balik hati dan betulkan niat. Kita nak berkahwin ini biarlah kerana Allah, kerana sunnah Rasulullah berkahwin, kerana ingin menambahkan umat Muhammad dalam muka bumi ini.

Kenapa aku cakap betulkan niat? Sebab setiap perbuatan itu memang dimulai dengan niat kan? Paling penting, betulkan niat kerana kita mahukan keberkatan dalam perkahwinan ini. Niat kita itu akan memberi kesan kepada perkahwinan kita sebenarnya.

Kalau setakat fikir,

"Okay, kahwin dulu. Anak kemudian. Honeymoon dulu,"

Itu pun korang dah lari dari tujuan asal perkahwinan dalam Islam sebenarnya. Nampak sangat niat berkahwin itu hanya untuk berseronok sahaja. Kemudian, bila disahkan mengandung, jem dulu kepala otak, sabut bagai.

"Aduh, kenapalah awal benar mengandung ni? Tak puas lagi nak bermesra-mesra. Kewangan pun tak stabil lagi, nak tambah lagi pula. Serabutlah!"

See? Rujuk niat asal.


For question & reservation please contact @ whatsapp at 018-4024546


Kalau kahwin pula, ditakdirkan untuk tidak mendapat zuriat. Orang lain pula yang mengata. Keinginan untuk dapatkan anak semakin membuak-buak sebab orang lain yang kahwin lewat dari kita sudah mengandung, anak dah besar dan kita masih belum dapat lagi. Cuba rujuk semula niat asal masa kita berkahwin dulu, ada tak niat nak berseronok itu?

Kalau niat nak kahwin okay, nak terus dapat nak, nak terus lekat sebab faktor umur, sebab suka budak-budak, mungkin juga ada sikit sebab nak menunjukkan yang aku ini subur. Tetapi, ditakdirkan tak dapat-dapat juga lagi. Semak semula niat, nak kahwin kerana anak atau kerana Allah yang utama? Siapa yang rezekikan anak?

Kalau kau bercinta bertahun-tahun, kemudian kahwin, tak pun kau kahwin sebab kahwin ini kau dengar sweet. Okay, bulan pertama, kedua, ketiga kau bahagia yang amat. Okay. Tetapi bila kau nampak perangai sebenar pasangan kau, aku tak bagi contoh besar, contoh kecil saja seperti kau kena menghadap pasangan kau kentut setiap hari. Sanggup?

"Ai? Kata sweet sampai jannah kan? Takkan tak tahan hari-hari pasangan kau kentut?"

Orang lelaki ini belum dapat je cover-cover kentut itu. Bila dah dapat, sekali bom atom dia bagi kau. Belum kira bab berak tak reti flush, spender bergulung berbentuk 8, stokin busuk letak merata-rata.

Orang perempuan sebelum dapat cover makan ayu-ayu, kononnya berdiet. Sekali bila dah kahwin, selera makan macam gajah, gelojoh pula tu. Tidur air liur basi meleleh, pemalas nak mandi, semua terbongkar weh kalau dah duduk serumah bertahun-tahun. Hari-hari kena menghadap dia.

Aku tak masuklah part pemalas, pengotor, kaki pukul, kaki judi, kaki carut dan segala jenis kaki yang ada. Kemudian?

"Menyesal aku kahwin. Kalau aku tahu dia berperangai macam ni.."

Cuba semak semula niat asal kau berkahwin. Nak seronok kan kahwin?

PERKAHWINAN = KOMITMEN

Kalau rasa-rasa tak sanggup nak beri komitmen, sila membujang. Sila lihat sama ada korang ni betul-betul bersedia atau tak nak berkahwin bila:

1. Bangun tidur jam 9, 10, 12. Jangan sesiapa pun kacau aku tidur, kalau tak aku mengamuk. Tak sanggup berjaga malam menyusukan anak, tukar pampers anak, layan karenah anak main/mengamuk sedangkan esok pagi korang kena bangun awal pergi kerja/kelas. Maaf, anak korang terutamanya bayi tak pernah kenal erti siang/malam.

"Janji korang kena layan aku" kata bayi-bayi tersebut.

Ini tertakluk kepada kaum ibu dan bapa dan bukan hanya tugas seorang ibu sahaja.
2. Malas memasak. Tak pandai masak tak apa, jangan malas memasak. Pokailah kalau hari-hari makan di luar. Nak ada pembantu rumah, kau kahwin dengan rakyat marhaen saja pun.

3. Tak reti mengemas rumah atau buat kerja-kerja rumah. Pinggan, cawan sebiji pun tak reti nak basuh. Semua nak mengharapkan orang. Basuh baju sendiri pun pemalas, sanggup pakai baju recycle. Tempat tidur tak reti nak kemas, rumah tak bersapu, kain baju kotor bersepah. Bila balik rumah, menghadap handphone, tidur, langsung tak peduli rumah dah macam tongkang pecah.

Inilah contoh-contoh bakal ibu bapa yang akan menghantar anak-anak ke taska/pengasuh dalam keadaan pampers bocor/tahi kering dengan alasan tak sempat.

4. Nak enjoy dan bebas, keluar malam tak ada masalah kalau kau tiada sebarang komitmen lagi. Tetapi bila dah ada komitmen, kau memang kena perlahan-lahan kurangkan atau tinggalkan terus aktiviti malam kau terutamanya bila sudah ada cahaya mata.

Contoh kecil, takkan hari-hari kau nak lepak di kedai mamak dan balik rumah jam 2-3 pagi? Kasihanlah pada isteri kau. Sesekali tak apa tetapi bila sudah kahwin, aktiviti bujang itu kurangkanlah. Mereka yang bujang itu lainlah, tiada komitmen.

Yang perempuan terutamanya bila sudah berkahwin, dunia dia hanya untuk suami dan anak-anak sahaja. Masa nak bersosial dengan kawan-kawan sebelum kahwin dulu, memang dah limit. Dah tak ada nak hang out together-gether. Sorry to say, perempuan bila dah kahwin selalunya memang friendship separuh jalan. Dapat WhatsApp member pun kira okay dah. Hangout bersama memang kurun ke berapa pun tak tahulah. Sobs..

KEBERKATAN DALAM PERKAHWINAN

Bila perkahwinan itu ada keberkatannya, barulah bahagia. Tanda-tanda keberkatan dalam perkahwinan itu bilamana:
Bila hati sempit terasa lapang
Bila tengok pasangan rasa tenang, sejuk mata
Balik rumah hati pun tenang walaupun rumah sempit
Sentiasa rasa cukup walaupun gaji sikit. Nampak tak cukup tapi ada saja rezeki masuk
Hati masih berlapang dada walaupun dihimpit masalah. Masalah besar terasa kecil
Rasa bahagia dengan pasangan dan anak-anak.
Aku kongsikan sikit bagaimana cara-cara nak mendapatkan keberkatan dalam perkahwinan itu sendiri. Sebenarnya benda-benda ini bermula dari majlis perkahwinan korang itu sendiri.
Betulkan niat, kahwin kerana Allah, kerana sunnah Rasulullah
Jangan tinggal solat semasa majlis. Kau tu Raja Sehari saja, bukannya Raja Seluruh Alam! Siapa Raja Seluruh Alam kau?
Tinggalkan benda-benda lagha. Nyanyi-nyanyi, karok-karok, menari joget lambak semua. Kita nak tarik rahmat Allah
Doa dari para tetamu. Pengantin ini lebih memerlukan doa dari tetamu yang hadir sebenarnya. Aku bersyukur bila masa aku kahwin dulu, lagu Maher Zain - Barakallahulakuma itu memang tengah hit. Jadi tetamu yang bersalah dengan pengantin semua pakat doa iktu bait-bait lagu itu.
Pengantin jangan sombong. Salam, jumpa semua orang, bukan asyik posing di pelamin sahaja. Minta tetamu doakan untuk korang. Kita tidak tahu tetamu mana yang bawa berkat pada kita, yang doanya dimakbulkan Allah.
Kalau boleh, tak payahlah bersanding, tepung tawar bagai. Bukannya ada dalam agama kita pun. Korang nak tayang apa sebenarnya? Masa aku ada juga buat majlis di dewan tetapi aku request gantikan pelamin itu dengan meja makan pengantin saja. Ambik kau! Ramai-ramai makan di pentas, tak adalah segan sangat. Hihi! Pelamin ada juga, tetapi di rumah. Tetapi hanya untuk merakam gambar kenangan sahaja.
Jaga hukum hakam, jaga aurat. Bab yang ini korang sendiri pun tahu kan cara sepatutnya pemakaian seorang wanita dalam Islam. Ingat lagi sekali, kita nak tarik rahmat Allah, doa malaikat. Bab salam itu, janganlah main belasah saja salam dengan semua orang. Abang ipar, kakak ipar, sepupu sepapat, pakcik, makcik yang bukan mahram, pandai-pandailah korang nak elak. Itu belum kira part make up dengan jurugambar lagi. Walaupun jurusolek itu maknyah, dia tetap lelaki. Jangan pula korang suruh jurugambar lelaki ambil gambar korang tengah bersiap tak pakai tudung. Aurat tetap aurat.
Inai, rantai, barang kemas bagi lelaki. Kalau boleh jangan pakai inai di jari bagi lelaki sebab inai di jari ini untuk perempuan. Harus bagi lelaki untuk tujuan perubatan sahaja.
Kahwin ini tak perlu nak gah atau grand sangat. Buat apa kahwin tetapi menanggung hutang seumur hidup? Lantaklah mereka yang mengata itu, sampai kurun ke berapa dia nak menyebut tetang majlis perkahwinan korang? Lama-lama diamlah diorang.

Tentang hantaran tinggi dah jadi trend sekarang? Aku anak sulung, perempuan seorang saja dalam keluarga. Ada pelajaran, tahu apa yang ayah aku buat? Dia cakap pada suami aku, berapa yang suami aku mampu bagi? Suami kata, RM5,000. Okay, fine. Masa hari bertunang, of course ramai saudara mara yang hadir. Ayah cakap pada saudara mara, hantaran aku RM10,000. Baki bank in lain sebab nak tutup mulut orang. Dalam surat nikah tulis hantaran aku RM10,000. Masa kenduri, cakap saja pada saudara mara aku yang lain kata suami aku dah bayar baki. Sampai sekarang, saudara mara aku tak tahu pun hantaran aku RM5,000. Diam-diam sudah.

Aku kahwin ketika umur 23 tahun, sebaya dengan suami. Tarikh hari lahir kami sama, negeri sama, sweet tak kitorang? Poyo je, hahaha! Nasihat aku, tak salah kahwin awal tetapi pemikiran korang kena matang, kena sedar dunia perkahwinan ini tanggungjawab, bukan nak berseronok saja. Alhamdulillah aku dan suami jarang sangat bergaduh, boleh dikira setahun berapa kali saja bergaduh

Bila Dah Kahwin, Ipar Dan Mertua Jangan Cuba Kacau Ekonomi Rumahtangga



Sebenarnya kisah yang saya nak post ni berkisar mengenai kisah keluarga saya. Bukan niat nak membuka pekung di dada tapi biar dijadikan iktibar buat semua.
Mak berkahwin dengan ayah atas dasar cinta. Namun keluarga bahagia impian mak saya sentiasa diganggu oleh insan yang berstatus ipar dan mertua. Dari baru kahwin sampai kini ada saja tohmahan dilemparkan kepada mak saya. Mak saya seorang yang bekerjaya bagus. Berlatarkan keluarga yang bagus. Mereka menganggap jika ayah saya kawen dgn mak jadi gaji ayah boleh lah digunakan untuk menyara mereka sekeluarga (keluarga ipar, anak sedara, mak ayahnya, adik beradik) dan ayah saya hidup dengan saraan gaji mak saya.
Sedaaapp ja nak atur-rampas hak orang ssdangkan orang itu dah beranak pinak. Ayah jenis pak turut keluarga. Apa mak ayah adik beradik dia nak semua dia turutkan hingga suatu masa barang kemas saya, mak dan adik sewaktu kecil pun dia gadaikan demi nak bagi duit kat adik beradik dia kalau tak atuk sumpah tak masuk syurga!!! . Atuk dan nenek keduanya berpencen dan wang bukanlah isu besar bagi mereka sebenarnya. Mereka juga berharta tapi tamak!!. Sedangkan makan minum hidup mati kami si cucu ni tak pernah dia ambil tahu.waktu kami kecil sentuh salam kami pun dorang tak nak. Macam tu ke atuk/nenek?? Berbalik pada isu gaji tadi.. Mak saya sampai satu tahap melawan idea bangang keluarga ayah.
For question & reservation please contact @ whatsapp at 018-4024546

Ye lah.. Kalau macam tu senang la.. Korang beranak pinak orang lain yg menanggung.. Anak sendiri diabaikan. Mana boleh!! Ipar mak juga bekerja dengan kerajaan tapi gaji selalu tak cukup. Mana tak cukup.. Orang beli itu dia pon nak, orang pergi berjalan dia pon nak p jugak, hutang keliling pinggang.bila pencen buat rumah sebesar alam tapi tak ada saving. Akhirnya sampai ke matilah hidup ditanggung.. Dia dok goyang kaki dengan anak bini dia. Apa yg buat saya terkilan.. Sampai ke hari ini dah 30tahun aku hidup mereka masih meminta duit dari ayah.pelik. Masalah duit yang tak pernah selesai… Sedih Ya Allah.. Mak kami nak minta RM2 dari ayah pun kena maki tau. Kesian tgk mak. Kkdang berjurai air mata dia. Tapi tak pernah nak burukkan ayah. Namun kami ni berotak dan tahu menilai. Sampai satu tahap kami hilang rasa hormat pada keluarga ayah. Benci. Mertua mak pula tak habis2 burukkan mak itu ini kat satu malaysia. Ye burukkan lah.. Allah maha kaya, dorang rampas hak mak kami Allah kurniakan berganda rezeki untuk mak. Dinaikkan pangkat dan darjat. Harta tak payah cakaplah..
Yang paling kelakar keluarga ayah cakap tu semua ayah yang punya.. Hahaha korang dah lupa ke bulan2 korang dok mintak duit tu agak2 orang tua tu masih ada saving?? Tu ayah hidup.. Kalau ayah dah tak ada kami boleh bayang drama nak menuntut harta ayah kami macam mana dari pihak dorang. Sebagai anak kami dah fobia dengar perkataan sedara mara. Kami cuma nak bersama dengan mak ayah kami ja tanpa gangguan sedara mara yang gemar mengambil kesempatan.
Yang atuk nenek pula sewaktu kami kecik langsung tak mahu pandang kami, sentuh kami bila dah besar kami pun masing2 dalam sektor profesional negara mulalah drama “cucu atuk bagus…nanti jangan lupa bagi duit kat atuk ye..” direct je cakap.. Wah kau.. Aku sebagai anak yg pendam dah lama depan2 sedara mara ayah aku cakap “eh, dulu waktu kecik atuk sentuh kami, pandang kami pun tak nak…duit raya pun xpnah bagi sedangkan cucu2 lain diberi kami disisih kenapa pula sekarang kami nak bagi duit kat atuk?” ayah senyap. Sedara mara membisu. Ada yang tak berani angkat muka. Atuk berubah wajah namun tidak serik.
Samalah juga dengan anak sedara yang ayah duk tatangkan tu. Baju raya kami disisih. Anak sedara diutamakan. Sekarang mana p dorang?? Keluar masuk lokap! Tak habis menyusahkan. Anak sendiri pula jadi kebanggaan. Mak hingga kini diganggu dengan tomahan keluarga ayah. Namun mak kini lebih tough dari dulu. Tiada lagi air mata. Mak dah tawar hati.
Bila kami dah berkeluarga sendiri apa yg kami nak hanyalah masa bersama keluarga kami. Mak xpernah nak ganggu anak2. Mak masih bekerja ya. Makin murah rezeki. Kerja dalam dan luar negara ni biasa je bagi dia. Tu pun puaka2 sebelah ayah masih berdengki sedangkan dorang yang bengap tak reti2 nak majukan diri. Tapi mak dah tak heran. Mak cuma fokus pada anak2 dan cucu2 nya sahaja. Mungkin sebab dia dah rasa dulu. Kami adik beradik pun tak pernah nak ganggu hidup sesama kami adik beradik. Walaupun saya mempunyai ipar2 jadian yang busy body dan pencetus tragedi namun semua itu dapat disangkal dan terasa diri bagai kalis segala hasad syaitan tu. Dah 30 tahun kot aku nampak drama macam ni depan mata. Kau yg baru nak naik mmg jangan nak cabar sangat lah. Hati ni dah keras. Stakat drama ala drama pkl 7 tu biskut kering ja bagi aku.
Di sini juga saya menyeru semua insan manusia supaya bukakanlah minda anda terangkanlah hati supaya jangan menyibuk hal adik beradik bila dah kahwen. Privasi adik beradik terhapus secara automatik bila wujudnya insan bergelar menantu di dalam keluarga. Dan hormatilah insan yang bergelar ipar kepada adik beradik korang. Jangan di ganggu keharmonian rumah tangga mereka walau se-milimeter pun nilainya. Adalah lebih waras jika masing2 fokus berusaha meningkatkan kemampuan hidup keluarga masing2. Ada masa bertemu maka bertemu jua. Jangan risau, air dicincang takkan terputus. Sekian.

Lepas Seminggu Whatsapp Terus Ajak Kahwin, Hikmah Tak Bercinta Sebelum Nikah


Mendirikan rumahtangga merupakan impian setiap insan. Namun untuk merealisasikan impian tersebut banyak dugaan yang terpaksa ditempuhi antaranya salah faham, berselisih pendapat dan yang paling penting seseorang itu perlukah menerima kita seadanya.
Sekitar awal tahun lalu penyanyi Ainan Tasneem telah pun melangsungkan perkahwinan bersama jejaka pilihan. Berikut perkongsian menarik beliau. Lepas seminggu kenal terus ajak kahwin!

Ajak kahwin


So this is my story that I want to share to all of you since ramai yg tanya kat LIVE, komen and dm macam mana Ainan boleh kenal dengan my husband. So here it goes..
.
I remember when I perform Umrah during puasa and raya last year, I prayed to Allah that I will found the ‘right’ man. Sy doa sy nak dapat jodoh yg baik macam abuya sy. Dan 2 minggu lepas tu sy kenal awk melalui Fakhrul yg jugak kawan serumah dan sekelas awk waktu uitm dulu.
.
We’ve been knowing each other since 26/7/16 thru whatsapp. Seminggu lepas tu awk terus ajak sy kahwin. I thought you were joking tp tak sangka awk betul2 maksudkan. Atas alasan sebab taknak kenal sy lama2 dan taknak bercinta dgn sy. Bila kita dah mula rapat, awk cakap kat sy “Sesi taaruf kita dah tamat, kalau kita teruskan lagi contact macam ni dah kira bercinta dah. Sy taknak bercinta dgn awk.” Time tu sy agak sentap jugak la. Awk ajak sy untuk kurangkan contact. ?

Semua dipermudah



For question & reservation please contact @ whatsapp at 0134906122

Sy ingat lagi yg sepanjang sy kenal awk sy rasa awk tlalu baik sbb awk cuba utk tknak contact sy dan slalu ckp pkara yg bkaitan dgn agama je bila dgn sy. Bila sy dapat tahu awk tak pernah bercinta lagi la buat sy rasa terkejut. Sy pernah tanya awk, “Layak ke sy jadi isteri awk? Sy tak baik. Tp awk baik sangat..” dan awk balas “Dalam Surah An-Nisa’ Allah dah janjikan, perempuan yang baik utk lelaki yang baik.” okay time ni sy ingat awk nak bagi jawapan cliche, contohnya macam awk pon baik blablabla tapi tak, awk cakap “Kalau awak rasa awak tak baik, sy pon tak baik sebenarnya.. mungkin Allah tutup aib sy. Mana tau dosa dgn Allah, dengan manusia dan makhluk lain.. mesti banyak punya..” Time ni lagi la saya macam damnn memang too good to be true betul la mamat ni.
So tak lama lepas tu bulan 9 sy ajak awk jumpa parents sy. Awk pernah cakap awk risau pasal duit hantaran, duit simpanan awk tak banyak lagi macammana nak kahwin. Tapi Allah tu baik sangat2. Tak sangka umi dengan abuya tak letak harga pon untuk hantaran. Dorang tak kisah dan cakap bagi berapa2 yang awk mampu je. And then Family awk datang merisik 1/10. Alhamdulillah jodoh kita kuat. Dan Allah permudahkan semuanya. We finally get married on 6/1/17

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?