Dia Setia Bersamaku Walaupun Aku Tiada Apa-Apa


Assalamualikum....

Khamis lepas saya dapat berjumpa dengan beberapa orang kenalan masa zaman kecil. Seronok bila dapat berjumpa dan berbual bersama dan paling penting seorang dari kami berlima akan berkahwin tak lama lagi.


Jadi berkumpul dan beri jemputan kawin.

Luqman : Ziz , aku nak tanya tapi kau jangan marah eh.

Aziz : Apa dia man ?

Luqman : Macam mana kau boleh terpikat dengan dia, yelah kau businessman , bergaya.Tapi !!

Rayyan : (menyebuk ) Tapi dapat bakal isteri "sehat" itu maksud kau man ?

Luqman : ahh itu maksud aku !!

Aku lihat aziz hanya tersenyum dengan tenang dia jawab.

Aziz : Jangan kau tengok apa yang aku ada sekarang. Tapi tengoklah aku aku yang 5 tahun lepas.Ketika aku tak ada apa-apa. Dialah orang yang paling setia bersamaku dan selalu bagi sokongan. 

Yelah nak mula business bukan senang , kami sama-sama naikkan business sekarang. Dia jadi orang kuat kejayaan aku. Takkan aku dah senang aku nak tinggalkan dia ?

Ada apa pada kecantikan jika hanya ada pada kau ketika kau ada segalanya. Apa gunanya ada ketika ada duit berkebuk, masa kau susah semua lari tinggalkan kau.Aku sayang dia kerana Allah maka aku terima dia seadanya. Kalau dapat yang cantik itu bonus, jika tidak baik akhlaknya pun cukup bagiku.

Luqman : Aziz jangan kau amik hati, aku sekadar bertanya, inilah baru kawan aku. Buat Pilihan yang betul.

Aku mampu tersenyum tengok kerenah kawan-kawanku. Inilah realiti kehidupan bukan seperti apa yang di papar di televisyen.

Sumber asal : http://www.akupenghibur.com/



WALIMAH ISLAMIC MSH - Harga termasuk pos 
( Jualan Penghabisan Stok )



MYR00.00

FOR FAST RESPONSE 

Jangan Malu nak bertanya . Anda bertanya , saya sedia membantu anda .
WhatsApp : +601118831395 
Id wechat : Mardina95
IG : mardinasafiyyanijab 
Like Page - Kahwin di Usia Muda

Anda harus memilih pasangan yang sesuai.

 Di alam rumah tangga ,anda harus memilih pasangan yang sesuai untuk menjadikan pasangan hidup anda. Di Sini Menanti, Di Sana Menunggu..  Hal ini berlaku ketika hadirnya banyak pilihan yang hadir, dan ketika ini anda harus memilih pasangan yang betul dan sesuai dengan anda, dan lazimnya hal ini dikhususkan untuk kaum wanita.

Cuba anda tanyakan soalan-soalan di bawah ini pada diri anda dengan merujuk kepada lelaki-lelaki yang hadir menjadi pilihan hati anda, dan jawab sendiri:

 1.  Siapakah yang saya inginkan sebenarnya? 
Ujian lebih mengelamun dengan siapa?.. Ujian ini adalah untuk anda mengetahui siapa sebenarnya lelaki yang anda inginkan. Siapa yang anda selalu ingatkan, siapa yang selalu datang pada bayangan anda.

 2.  Adakah dia mencintai saya? 
Ujian cemburu untuk mengetahuinya.. lakukan sesuatu yang boleh membuat si dia jeles. Ini akan membolehkan anda melihat adakah si dia memang betul-betul inginkan anda.

 3.  Adakah saya senang berbicara dengan dia?
Ujian kematangan.. Ujian ini adalah ingin menilai sama ada anda dan dia senang atau seronok berbual bersama. Ini penting untuk anda kerana apabila anda berkahwin, anda akan bersamanya sehingga ke akhir hayat anda.

 4.  Adakah simtom Kasih, mengharap dan percaya saya kepadanya ada? 
Hal ini hanya anda sahaja yang merasakannya. Rasakan satu perasaan kasih, mengharap dan percaya anda kepada si dia. Jika anda betul-betul mempunyai perasaan ini, ianya hanya anda rasakan terhadap seorang lelaki.

 5.   Adakah dia lelaki sejati?
Lelaki sejati adalah lelaki yang diberi keburukkan dan membalas kebaikan.  Jika dia benar-benar ikhlas, dia akan menyayangi anda biarpun anda tidak menyayangi dia. Adakah si dia begitu? 

 6.  Adakah dia serius bersama saya?
Seandai si dia benar-benar serius dengan anda, lelaki tersebut akan datang berjumpa dengan keluarga anda, dan menyatakan hasratnya ingin memperisterikan anda. Justeru, bukan sahaja membuktikan keinginannya memiliki anda, bahkan menunjukkan bahawa si dia adalah seorang yang baik, dan ingin memiliki anda dengan cara yang betul, bukan dengan hanya ber’couple’ dan melakukan benda-benda maksiat.

 7.  Adakah dia mampu membimbing saya? 
Inilah yang paling utama. Pilih la pasangan anda dengan mengutamakan lelaki yang soleh, dan mampu membimbing anda bahagia dunia dan akhirat. Bertanyalah kepada sahabat-sahabat lain, dan lihat dengan siapa dia berkawan. Selidikilah dia, supaya anda berpuas hati dengan mendapat seorang lelaki yang baik.
Dan sebaik-baik lelaki, pilih lah yang mempunyai agama dan berakhlak mulia ^_^

Kisah Hati Seorang Wanita

Mengapa sukar menyelami hati wanita?
Adakah kita yang membuatkan kaum adam tidak memahami kita, atau memang asal kejadian dan pembinaan diri kita yang sedemikian rupa membuatkan spesifikasi hati kita juga sukar ditelah ?
Mengapa pula neraka Allah yang maha dahsyat dan tidak tertanggung itu pula menjadi tempat kembalinya ramai kaum kita?

Adakah kita ini ini makhluk Allah yang lemah dan selalu jadi mangsa atau kita inilah pemangsa?
seandainya kita selalu ditindas dan teraniaya, maka mengapa kita pula yang memenuhi 2/3 neraka itu?
bukankah janji allah, doa orang yang teraniaya itu makbul?
lalu, kalau benar kita ini selalu dizalimi oleh kaum adam, para suami, maka mengapa mereka yang berkelakuan begitu tidak menjadi statistik ahli neraka?
Adakah ada sesuatu dalam diri kita, dalam pegangan kita, dalam penerimaan kita, dalam penafsiran kita akan hakikat ujian dan dugaan hidup dari Allah yang salah, yang jauh tersasar dari kenyataan sebenar?
Adakah kita merasakan yang diri kita dizalimi suami, suami panas baran, suami tidak adil, suami tidak bertanggung jawab, suami tidak pengasih, suami lokek, suami itu dan ini, tetapi rupanya diri kita yang terjebak dalam tipu daya iblis dan syaitan laknatullah, sehingga tersilap mentafsir?
Sehingga sebenarnya hati kita, keyakinan kita yang diri kita dizalimi itu, kegagalan kita untuk nampak Allah di sebalik semua kejadian dalam kehidupan kita, maka sebenarnya itulah sebenarnya punca malapetaka dalam kehidupan kita?
Dalam erti kata lain, sebenarnya kita sendiri yang menarik bala dalam hidup kita, bukan dari orang lain tetapi datang dari lubuk hati kita sendiri secara tanpa sedar…
dan atas keyakinan kita itulah, rupanya penyebab utama kepercayaan kita pada Allah tidak teguh. kita tidak mampu redho, hening, sabar dan ikhlas ..kita gagal menghadirkan sifat-sifat itu dalam hati kita .. kita tidak mampu lihat Allah dalam semua perkara ..
Tiada Allah dalam hati kita, yang ada hanya perasaan betapa tidak adilnya kita diperlakukan, kita dicurangi, kita ditipu, kita diduakan, kita tidak diberi perhatian dan bagai…
lalu, semua perasaan itu menjadi kesumat dan punca kezulmatan yang menyelubungi diri, lalu kita terus hanyut dalam kegelapan dan terusan menyangka kita adalah mangsa walhal hakikat sebenarnya kitalah pemangsa..
kasihan,.. rupanya kitalah yang meletakkan diri kita dalam neraka Allah kerana kegagalamn hati kita untuk ikhlas, hening, redho dan sabar dalam hidup,..

Surat cinta untuk bakal suamiku..~~saya rindu awak..

Assalamualaikum bakal suamiku..


saya tidak tahu untuk bahasakan diri sebagai apa dengan awak, tetapi memandangkan kita belum nikah, saya bahasakan 'saya awak' sajalah. tidak mengapa kan? okay terima kasih awak.

awak..

dimanakah awak? siapakah nama awak? awak baik atau sederhana baik?kaya atau tidak kaya? raja atau jelata? hensem atau 'bolehlar'? hurm..saya tak tahu siapa awak. tapi please..jangan hadir ke dalam hidup saya sebelum kita diijabkabulkan..saya tak mahu tahu siapa awak sebelum ada ikatan yang sah antara kita..tetapi saya perlu meluahkan apa yang saya rasa kepada awak.sebab saya rindu.memang, saya rindu pada awak..


Awak..jika awak adalah seorang yang warak (berpengetahuan mendalam tentang agama + amal)

Saya harap awak akan membimbing saya ke jalan yang Allah redhai..saya harap awak akan terima segala kekurangan saya. saya harap awak tidak akan ungkit masa silam saya yang kelam sebelum dibimbing oleh awak. Mesti awak faham kan. saya tidaklah seteguh Saidatina Aishah r.a. yang begitu sempurna dalam bercinta. saya hanyalah seorang wanita akhir zaman yang mencontohi bunga-bunga idaman disyurga. saya harap awak akan menegur saya apabila saya buat perkara yang sia-sia. "sayang.. siaran televisyen semuanya macam lagho je, abang tak nak sayang abang hanyut tau.." sambil usap kepala saya "okay abang.." owh begitu lembut teguran awak membuat hati saya tertarik untuk offkan siaran. saya tak kisah jika awak memaksa saya untuk bertudung labuh, berjubah dan berpurdah setiap kali keluar. saya rela sebelum awak menyatakan hasrat awak supaya saya berpakaian seperti itu. 

saya bahagia menjadi makmum yang menurut segala gerakan awak lima waktu sehari semalam. saya senang setiap kali selepas berimankan awak, awak bertazkirah kepada saya, awak mengajar saya ilmu akhirat, awak mengajak saya bertadarus sama-sama. Saya tidak terkejut apabila   mengetahui bahawa saya adalah isteri kedua awak. oh awak.terima kasih kerna sudi memperkenalkan saya dengan isteri pertama awak. saya tidak cemburu jika awak keluar berdua-duaan lama-lama dengan dia, tak balik sebulan pun tak apa. lagipun dia telah banyak membimbing saya, mengajar saya tentang awak. saya paling suka saat-saat indah kita bertiga berjaulah kemana saja. saya rasa bahagia.isteri pertama awak ternyata berjaya menyatukan jiwa kita. awak tidak kisahkan jika saya lebih sayangkan isteri pertama awak berbanding awak? rupa-rupanya saya mengenali isteri pertama awak sebelum mengenali awak lagi. isteri pertama awak yang bernama perjuangan dan dakwah. Semoga kita dapat bersama-sama berjuang.terima kasih awak.


Awak..jika awak adalah seorang yang tidak warak (biasa-biasa -.-)..

Saya amat bersyukur dapat mengenali awak, kerna saya percaya awaklah yang terbaik yang telah Allah ciptakan untuk saya. saya berharap awak menerima saya seada saya sebagaimana saya terima awak seada awak. ingatlah awak, saya tidaklah setabah Asiah dan saya tahu awak tidaklah sekejam Firaun. saya suka menemankan awak apabila awak menyaksikan perlawanan bola sepak sehingga lewat malam tetapi awak janganla marah apabila saya tertidur diatas ribaan awak semasa menemankan awak. Sekiranya game itu tamat awal, saya harap awak sudi mengejutkan saya untuk bangun bersolat malam kemudian saya janji akan kembali untuk menemani awak. 

saya harap awak tak marah apabila saya mengganggu tidur awak pada awal pagi supaya dapat kita bersolat subuh sama-sama, saya janji hanya mengambil masa sepuluh minit sahaja, tak lebih. saya suka apabila awak ajak saya bersolat jemaah dimasjid kerna awak belum yakin untuk menjadi imam saya, awak sudah berjanji untuk belajar secara perlahan-lahan dengan orang yang lebih tahu kan.saya akan memberikan awak hadiah untuk setiap apa yang awak pelajari tau. saya tidak kisah awak memakai seluar jin apabila ingin keluar tetapi janganla awak menyuruh saya memakainya kerna saya tak mahu bermusuhan dengan para jin. saya tak kisah awak memakai cap kemana saja tetapi janganlah awak menyuruh saya memakai tudung yang berbelit-belit seperti ular kerna saya takut akan tercekik nanti. awak jugak yang susah kan.hurm.. 

awak nampak smart apabila memakai jam tangan yang saya hadiahkan tetapi janganlah awak tanya kenapa saya tak pakai mekap tebal-tebal dan pakai banyak perhiasan yang menarik perhatian. jauh disudut hati saya, saya tak mahu dan tak sanggup menambah dosa awak kerna saya, awak sudah terlalu baik kerna sanggup mengambil alih tugas ayah saya untuk menanggung segala dosa saya. awak selalu kata bahawa kita adalah pasangan yang sweet apabila keluar berdating awak ber T pagoda, berjeans dan bercap sementara saya berjubah dan bertudung labuh, dan kita berpegangan tangan bercanda ria. saya setuju.so sweet of us.*blushing*


Awak..jika awak adalah seorang yang kaya..

Alhamdulillah..saya suka awak sebab awak terlalu kaya. saya semestinya akan bertindak mengikis sebanyak mungkin kekayaan yang awak miliki. saya akan keluar berdating dengan seberapa ramai lelaki lain yang belum baligh dari rumah anak yatim untuk menghabiskan wang yang telah awak berikan kepada saya. saya juga akan membeli pakaian dan makanan yang banyak sekali untuk di'bazir'kan kerumah-rumah perlindungan dan rumah orang-orang tua secara berkala. saya akan berbelanja sesuka hati saya untuk memenuhi segala keperluan jiran-jiran kita. semestinya mereka semua akan memuji-muji kebaikan saya padahal hakikatnya di dalam hati saya, semuanya saya ikhlaskan atas nama awak. saya akan selalu mem'bazir' dengan membeli pelbagai juadah makanan dan mengadakan 'party' dirumah mewah kita dan menjemput orang-orang miskin untuk bertandang dan menjamu selera. 

ketika ramadhan bertamu,mungkin lebih banyak harta awak saya kikis dengan membeli dan mengagih pelbagai juadah berbuka puasa dimasjid-masjid dan surau setakat saya tahu. tak lupa juga saya 'bazir'kan harta awak untuk membiayai operation orang yang saya tidak kenal yang mana nama dan kisah mereka terpampang didada-dada akhbar dan berita tv. musim perayaan paling saya suka kerna saya mendapat bonus berganda daripada awak dan saya akan membuat rumah terbuka dan menyediakan sampul raya sebanyak mungkin. semuanya saya niatkan atas nama awak. awak mungkin kehabisan harta kerna saya tetapi awak ternyata tidak mendapat apa-apa balasan untuk itu.padan muka awak nikah dengan saya. walaupun saya bukanlah sehebat dermawan Siti Khadijah r.a tetapi saya cuba mendapatkan awak pahala walaupun tidak sebanyak saudagar Tuhan, Saidina Abdul Rahman bin Auf. boleh kan?


Awak..jika awak adalah seorang yang miskin tidak kaya..

saya berterima kasih kerna awak sudi bernikah dengan saya. saya tidak mendambakan mas kahwin sebanyak RM dotdotdot. apa yang saya inginkan hanyalah mahar yang bermakna dan keberkatan. jika awak tidak keberatan saya mohon maharnya adalah sebuah qalam mulia, al-Quran sebagai tunjang masjid yang akan kita bina. saya tidak kisah jika awak tidak mampu untuk menyediakan majlis walimah untuk menghebahkan perkahwinan kita, cukup sekadar kita menyebarkan secara berhemah melalui surau-surau dan majlis-majlis yang diadakan oleh orang ramai. insyaAllah saya bersikap qanaah dalam mahligai kita jika awak mengajar saya apa itu qanaah dengan sejujurnya dalam cinta. 

jika suatu hari kita tidak akan mampu untuk membeli walau secupak beras, saya redha kita makan roti untuk seminggu pun tidak mengapa asalkan awak ada bersama saya. cuba awak lihat rumahtangga Rasulullah s.a.w kita yang mana pernah sebulan dapur baginda tidak berasap kerna ketiadaan makanan untuk dimasak, namun rumahtangga baginda tetap paling bahagia dalam sejarah dan tidak dapat ditandingi oleh sesiapapun. siapalah kita jika nak dibandingkan dengan baginda kan. eh awak, bukankah kita hanya mempunyai lima hari dalam seminggu memandangkan pada setiap hari isnin dan khamis kita berpuasa? so kita boleh menjimatkan perbelanjaan kita kan. Dalam sebulan kita sudah boleh menjimatkan makanan untuk lapan hari.awak bayangkan dalam setahun berapa banyak kita boleh jimat. saya tahu awak sedih baca ini, tetapi ini hakikat kita awak.


Awak..jika awak adalah seorang yang hensem+smart+kacak+jambu..

saya bertuah mendapat suami yang hensem macam awak.sebabnya saya tidak cantik jauh sekali lawa, sekurang-kurangnya suami saya hensem. "eh, kenapala lelaki tu pilih perempuan tu, tak padan langsung, aku lebih cantik kot.entah-entah kena bomoh..." hurm.pada mulanya saya agak terasa jugak dengan kata-kata makcik tu semasa kita nikah, tetapi apabila melihat keikhlasan awak menyayangi saya, saya dah tak endah apa orang lain nak cakap, yang penting awak. memang, kita berdua seperti langit dengan bumi, tetapi hati kita seperti air putih dan susu, apabila dicampur barulah sedap diminum kan.tak logik? okay.hurm. 

saya tak kisah apabila kita keluar berdating perempuan-perempuan gediklawa asyik memandang dan meng'usha' awak saja sebab saya sudah pastikan awak menutup aurat dengan sempurna. saya suka apabila orang cakap suami saya lebih hensem daripada asyraf muslim dan aaron aziz tetapi awak sentiasa cakap bahawa awak sedar awak takkan layak menandingi ketampanan nabi Yusuf a.s apalagi nabi Muhammad s.a.w. saya suka tengok wajah awak hari-hari sehingga setiap sudut rumah kita ada wajah awak saja. wajah saya? NO.takut awak muntah biru nanti.


Awak..jika awak adalah seorang yang hodoh  takhensem+taksmart+takkacak+takjambu..

saya sukahati menerima awak dalam hidup saya. bagi saya awaklah lelaki yang paling hensem+smart+kacak+jambu di mata saya . bagi saya sahaja okay, orang lain saya tak tahu. awak hanya pentingkan saya saja kan.terima kasih awak. Awak adalah pejuang saya, saya suka awak, awak mengingatkan saya pada kisah Julaibib sahabat Rasulullah s.a.w yang tidak rupawan, tetapi dia adalah pejuang Islam, iaitu dikalangan para syuhada.awak pula ialah cinta saya, pejuang Islam saya..hurm.. saya tidak risau apabila keluar berdating dengan awak kerna tiada perempuan yang cuba untuk mengorat awak. Tetapi jika saya ceritakan segala kebaikan dan kasih sayang awak kepada semua orang semestinya ramai perempuan akan cuba mengorat awak.tidak awak, saya sesekali tidak akan menceritakan perihal peribadi rumahtangga kita kepada orang lain, kerna itu berdosa sama sekali.itu adalah rahsia kita berdua sahaja kan awak.

walaupun awak selalu merendah diri dan mengatakan awak tidak layak untuk saya kerna saya lebih comel daripada Heliza Helmi plus lebih cantik daripada Wardina Safiyyah, tetapi saya sedar awak, saya tidak dapat menandingi kecantikan Zulaikha isteri nabi Yusuf a.s , Ratu Balqis isteri nabi Sulaiman a.s, dan semua wanita yang dijamin masuk kesyurga apatah lagi bidadari syurga yang bermata jelita itu.tetapi izinkanlah saya menjadi ketua bidadari disyurga dengan hanya keredhaan awak di dunia ini.


Awak..jika awak adalah seorang yang berketurunan 

eh, sekejap. awak paham ke apa maksud berketurunan disini?awak ingat saya endah ke kalau awak adalah seorang raja?atau berdarah campuran siam segala?tidak awak.saya dan awak sama sahaja keturunannya. asal kita adalah daripada keturunan mulia. ayahanda kita adalah Nabi Adam a.s dan bonda kita adalah Siti Hawa a.s. eh, awak berpegang pada nasab keturunan yang baik akan melahirkan generasi yang baik juga. owh awak, saya pun begitu juga dan sememangnya kita berasal dari keturunan yang sama. walaupun awak bernama Tengku, atau Wan atau Syed atau Nik sekalipun, darah merah didalam tubuh kita tetap sama kan awak. 

lagipun jika ayah saya atau saya sendiri pernah membunuh sekalipun, anak kita belum tentu menjadi pembunuh jika kita didik dia dengan sebaiknya kan awak. awak pernah berkenalan dengan anak luar nikah?saya pernah, dan ternyata dia seorang yang solehah dan sangat mulia pekertinya bukan seperti ayahnya yang hilang entah kemana. sebenarnya kan awak, jika ayah atau mak kita kurang baik kita boleh menjadi titik penghabisan kejahatan mereka seterusnya menjadi titik permulaan kebaikan untuk anak-anak kita. awak setuju tak dengan saya awak?terima kasih awak.

awak..
sebenarnya jari saya sudah penat menari-nari diatas lappy ni. saya tahu awak bosan membaca surat saya yang panjang berjela ini. tetapi saya perlu tuliskan semua ini sebab saya rindukan awak. rindu sangat. sudah hampir banjir disini dengan airmata yang saya titiskan kerna kepenatan. nampaknya saya terpaksa memakai set menyelam lagi dua minit. sebelum itu saya nak berterus terang dengan awak boleh. harap awak tak marah dan tidak akan menukar fikiran awak.

SAYA LAKUKAN SEMUA PERKARA DI ATAS INI BUKAN KERANA SAYA CINTAKAN AWAK SEMATA-MATA TETAPI SAYA HANYA INGIN 'MEMPERALATKAN' AWAK UNTUK MERAIH CINTA PENCIPTA AWAK.


SEKARANG ADAKAH AWAK MASIH SUDI TERIMA NIKAH SAYA??

Himpunan Doa Di Kad Kahwin

Antara doa-doa dan kata-kata hikmah perkahwinan yang menjadi sumber keberkatan pasangan pengantin baru ialah seperti yang Pakar Cinta kongsikan dibawah ini..


DOA #1

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
“Semoga Allah SWT menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkatimereka berdua dan semoga Allah SWT meningkatkan kualiti keturunan mereka, menjadikannya pembuka pintu-pintu rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa damai”
– (Doa Nabi Muhammad SAW pada pernikahan Puteri Baginda Fatimah Az-zahrah dengan Saidina Ali bin Abi Talib RAH)

DOA #2

Ya Allah Ya Tuhan Kami..
“Kami mohon limpah kurnia Mu, berkatilah majlis ini semoga berjalan dengan sempurna sepertimana yang Engkau Kehendaki. Limpahkanlah barakah dan rahmat jua keampunan Mu kepada pasangan suami isteri ini. Jadikanlah rumah tangga mereka sakinah, mawaddah dan warahmah dalam ketaatan terhadap-Mu.
Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan juga di akhirat. Sempurnakanlah iman serta agama mereka dengan berkat ikatan ini. Moga perkongsian hidup mereka berkekalan hingga ke akhir hayat”

Kata-Kata Hikmah #1:

“Tidak perlu mencari wanita secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharap teman setampan Yusuf jika kasih tak setulus Zulaikha. Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim. Andai diri tak sehebat Siti Hajar dan mengapa didambakan teman hidup yang sempurna Muhammad..”
Jika ada keburukan pada diri, bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya, bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia akan selalu milik mu..

Kata-Kata Hikmah #2:

Sabda Rasullah SAW:-
“Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam bukan dari kepalanya untuk dijunjung atasnya, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, melainkan di sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai..”
Sesungguhnya apabila suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandangan (dengan cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih sayang dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di sela-sela jari tangan mereka.
~ Di Riwayatkan oleh Maisaran bin Ali dari Abu Said Al-Khudri





Wanita Jangan Malu Untuk Meminang Lelaki Kerana Ia Perbuatan Mulia Tetapi..

Perigi cari timba, satu istilah yang cukup ditakuti dalam masyarakat Melayu, mana tidaknya kerana ia seolah dipandang tidak manis apabila perempuan mengorat lelaki sehingga timbulnya peribahasa berkenaan.

Tetapi tahukah kita bahawa dalam keadaan tertentu, adalah dibolehkan untuk seseorang Muslimah untuk menawarkan diri kepada lelaki, kena ketahui bahawa Saidatina Khatijah dahulu melamar Nabi Muhammad SAW.


Wanita jangan malu untuk meminang lelaki kerana ia perbuatan mulia tetapi untuk meminang atau melamar lelaki haruslah berlaku bukan atas kehendak nafsu atau kerana rupa fizikal tetapi pilihlah yang terbaik agamanya, dan elok kualiti akhlaknya.

Kenapa hendak malu? kerana muslimah meminang lelaki ini adalah satu perbuatan mulia berdasarkan dalil hadis Nabi Muhammad SAW .

Telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah SAW dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata:

Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku?” lalu ketika menceritakan hadis ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : “Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi SAW dan menawar dirinya demi kebaikan”.  ( riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).

Hadis di atas tidaklah hanya mengkhususkan kepada baginda rasul sahaja bahkan ianya menjadi contoh teladan kepada semua wanita muslimah dan dibolehkan mereka menawarkan diri mereka kepada semua lelaki soleh muslim yang mukmin kerana apa yang terjadi kepada rasul selagi tidak dikhususkan maka ianya merupakan perbuatan sunnah yang umum.

“Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.” (Surah Al-Ahzab : 21).

Kami terbaca kisah seorang wanita yang merupakan pengguna Facebook yang berkongsikan kisahnya di laman sosial tentang pengalamannya cuba meminang lelaki.

Berikut adalah perkongsiannya.



Baca artikel ini, teringat masa saya melamar seorang lelaki ini. Pada mulanya, saya berasa malu untuk melamarnya. Pelbagai cara saya gunakan sehingga saya plan nak menggunakan khidmat orang tengah. Tetapi kerana malu, saya cuba pendamkan perasaan itu.

Hari demi hari, perasaan itu semakin kuat. Inilah yang orang katakan penyakit angau. Tetapi mandi masih basah, makan masih kenyang, tidur pun masih berdengkur.

"Hahaha! Takdelah, saya bergurau sahaja,"

Oleh kerana perasaan saya tidak tenang, saya mengambil keputusan untuk membuat solat sunat taubat, hajat dan istikarah. Saya memohon padaNya agar diberikan petunjuk dan kekuatan untuk melamar lelaki tersebut.

Ditakdirkan Allah, hati saya sangat kuat untuk melamar lelaki itu. Saya katakan pada diri"Takpe kalau kena reject. Yang pasti saya sudah berusaha,".

Saya kirimkan mesej pada lelaki itu melalui media sosial. Dalam mesej itu saya melamar dia. Pada masa itu rasa lega sangat-sangat. Walaupun akhirnya lamaran saya ditolak sebab dia sudah bertunang. Entahlah, sedih itu tetap ada. Cuma mungkin sebab saya sudah siapkan diri saya untuk menghadapi perkara ini.

Pada masa itu, barulah saya rasa lega dan tenang. Bagi saya, tiada istilah 'Perigi mencari timba'. Itu hanyalah sekadar mitos atau peribahasa yang mengarut. Sedangkan Saidatina Siti Khadijah pun melamar Rasulullah.

Kalau kita suka pada seseorang dan inginkan dia menjadi pasangan kita sampai ke syurga, kita lamarlah dia. Dia terima atau tidak, kita serahkan pada Allah. Tawakallah, jangan malu untuk melamar lelaki. Tetapi malulah bila lelaki ajak kita couple dan kita terima.\




10 Sebab Kenapa Kahwin Muda Digalakkan

Kahwin awal ataupun kahwin muda merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia awal dari kebiasaan. Untuk memudahkan lagi, pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika mereka masih lagi belajar. Kahwin awal ini kembali menjadi perbualan di mulut para remaja mahupun ibubapa.
Dahulunya ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman serba moden ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?
Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :
1. Sudah ada yang berkenan di hati.
Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?
2.Ingin menjaga mata, hati dan zina
Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?
3.Mencari ketenangan
Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut.
“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.” (Surah Ar-Rum; Ayat: 21)
Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)
4.Teman dalam pelajaran
Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)
5.Teman dalam perjuangan
Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!
6.Menjadi lebih bertanggungjwab
Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.
7. Fikiran lebih matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook, dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.
8. Membaiki diri
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.
9. Plan jangka panjang
Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan icon razz 15 Sebab Kenapa Kahwin Muda Digalakkan
10. Rezeki bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kekurangan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya


Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?