Perempuan Cantik Hanya Sesuai Untuk Lelaki Kacak?


Pernah beberapa kali pergi ke majlis orang kahwin..tu pun sebab kawan yang ajak. Kalau nak pergi sorang-sorang jangan harap la..segan..kekeke. Entri ni bukan nak cerita pasal kahwin tapi nak cerita tentang pendapat orang yang datang ke majlis kahwin tu. Pernah terdengar ada suara-suara sembang yang cakap macam ni :

SITUASI 1 

Orang A : Ko tengok pengantin tu..sama lawa, sama cantik, sama segak. Barulah sepadan kan. 
Orang B
 : Cantik betul diorang tu..nanti kalau lahir mesti anak diorang pun comel-comel je.


SITUASI 2 

Orang A : Pengantin perempuan dah cantik..tapi pengantin lelaki...urmmm..boleh la kot.
Orang B : Entah la..aku pun tak tau nak kata..macam mana dia pilih lelaki tu. 




So, bila terdengar orang cakap macam ni, secara automatik aku dah boleh agak apa persepsi orang bila tengok pasangan yang cantik dan biasa. Nak buat macam mana kan..dah jodoh diorang..lagipun perkahwinan itu saling melangkapi..sebab tu la yang lawa dengan yang tak hensem.  

Kesimpulan yang aku dah buat...aku rasa,kebanyakan lelaki hensem selalunya taste mereka sekadar perempuan yang biasa-biasa. Dan kebanyakan yang hensem bercouple dengan wanita yang yang tidak mengikut trend atau fashion semasa. Ada jugak aku tengok dengan mata aku sendiri wanita yang bercinta dengan lelaki yang biasa-biasa je. Ada orang kata asal pandai mengayat boleh je :)

Taste orang tak sama..lelaki ni tengok awek tu cantik tapi lelaki tu pulak tengok awek ni biasa saja. Sama jugak macam wanita tengok lelaki. Lain orang lain pandang. Dan kalau yang couple sama cantik sama padan tu alhamdulillah la. Satu bonus untuk korang. Cuma nak betul kan persepsi masyarakat tentang hal ni memang susah.

P/S : Kepada lelaki yang biasa-biasa sama macam aku, kita sekaki..huhu..syukur dengan apa yang ada.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Yakinlah ada sesuatu yang menantimu selepas banyak kesabaran yang kau jalani yang akan membuatmu tersenyum hingga kau lupa pedihnya rasa sakit.

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?