Gigih Kumpul Duit Kahwin, Tapi Tunang Minta Putus



Saya bertunang pada bulan Disember 2015. Saya mempunyai masalah kewangan untuk melangsungkan majlis perkahwinan dimana pihak perempuan ingin melangsungkan majlis pada bulan September ni, tetapi tunang saya ni macam tak faham dengan keadaan saya.

Ya duit boleh dicari nak seribu daya tak nak seribu dalih, situasi saya sekarang adakah berbaloi jika saya berusaha mencari duit untuk sempurnakan majlis perkahwinan ini sedangkan diri saya tak dihargai oleh tunang sendiri, dia sering buat endah tak endah pada saya umpama dia buat saya ni tak wujud saja.

Saya dah cuba sedaya upaya mengikut kehendak dia, sentiasa mengalah, saya buang ego saya dan berharap dapat membina mahligai impian bersama tunang saya. Saya betul-betul tertekan dengan situasi sekarang sebab dengan mudah dia lafazkan minta untuk putuskan pertunangan kerana tak mahu terikat pertunangan terlalu lama.

Saya hanya meminta untuk mengikat pertunangan selama setahun supaya saya mempunyai masa untuk kumpul duit belanja berjumlah RM11k dan membeli sebentuk gelang tangan sepertimana yang telah diminta oleh pihak perempuan, dalam kiraan saya untuk melangsungkan perkahwinan ni saya memerlukan hampir RM15k hanya untuk majlis yang akan di adakan bagi pihak perempuan.

Tunang saya cakap dia malu dengan orang sekeliling yang sering bertanya dia bila majlis nak di adakan. Saya faham dengan situasi dia cuma, saya minta masa setahun saja untuk saya simpan duit. Sekarang ni kami sering bergaduh tak sefahaman. Kerana sayang pada tunang, saya terpaksa mengalah, saya buang ego saya seorang lelaki untuk selamatkn hubungan yang dibina.

Tapi kenapa begitu mudah dia lafazkan kata putus untuk meninggalkan saya, adakah dengan memutuskan pertunangan itu dapat menyelesaikan masalah, saya banyak mengalah tetapi kenapa dia tak faham dengan situasi saya sekarang ni, kenapa memberi tekanan kepada saya.

Saya dah cuba ajak berbincang dengan elok masalah ni jawapan dia tetap sama dia tak mahu bertunang lama-lama dan saya pernah minta supaya dia berubah tak banyak pun saya minta cuma tolong hargai saya dan jangan buat endah tak endah pada saya.

Kurangkn melayan kaum adam dilaman sosial, orang ketiga takkan wujud kalau salah seorang tak melayan, hati dan perasaan seorang lelaki cuma ingin merasakan diri dihargai oleh seorang wanita.

Bila setiap kali saya mesej dia cukup susah dia nak reply sedangkan saya tengok dia online whatsApp, online fb tapi kenapa begitu payah dia nak reply mesej saya. Apabila saya call pun sama cukup payah dia nak angkat, kenapa dia boleh buat macam ni pada saya? Kenapa dia tak hargai diri saya, adakah dia Sudah ada penganti diri saya sebab itu dia minta putuskan pertunangan dengan saya?

Jika begini keadaan yang saya terima adakah patut saya teruskan hubungan ini.

credit Pesona Pengantin

12 Tips Jimat Bajet Kahwin Anda

Setiap pasangan pasti mahukan majlis perkahwinan yang gemilang. Kalau boleh, se ‘gah’ majlis kahwin selebriti popular!
Apapun, nak kahwin sudah tentu memerlukan duit yang banyak untuk perbelanjaan majlis, hantaran, tempahan busana, kad jemputan dan lain-lain lagi.
Setelah habis berbelanja untuk majlis tersebut, bagaimana pula dengan kehidupan anda dan pasangan selepas berkahwin kelak. Sudahkah anda dan si dia berfikir sejauh itu?
Anda dan pasangan, perlu lebih bersedia daripada segi mental, fizikal serta sudut kewangan khususnya. Anda berdua perlu tahu tentang bajet kahwin dan bagaimana untuk menguruskan wang tersebut supaya selepas berkahwin anda dan pasangan tidak berdepan dengan konflik kewangan.
Di sebabkan konflik kewangan yang melanda, tidak mustahil anda dan pasangan akan berselisih faham. Tak kurang juga ada perkahwinan yang berkahir dengan penceraian hanya kerana disebabkan masalah kewangan yang dihadapi.
Elna Photography
12 TIPS UNTUK JIMAT BAJET KAHWIN
1.JANGAN MEMENTINGKAN ‘STANDARD’ ANDA
Berhutang memberi bebanan kepada anda sehingga menyebabkan anda dan pasangan tidak bahagia dan ramai hidup tersepit dengan hutang terlalu banyak hanya kerana menginginkan majlis perkahwinan yang gah.
2. JUMLAH TETAMU
Tetapkan jumlah tetamu yang bakal dijemput supaya anda dapat merancang bajet perkahwinan dengan baik. Apabila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.
3. MENYEWA BUSANA PERKAHWINAN
Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Terdapat juga perkhidmatan dimana anda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja. Ini bermakna selepas pakai, anda perlu pulangkan semula pada butik perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada membeli terus pakaian perkahwinan itu.
4. MEMBELI BELAH KETIKA ADA POTONGAN HARGA SAHAJA
Harga barangan pada ketika itu mungkin mendapat potongan harga jauh lebih murah daripada sebelumnya. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu ketika membeli belah kelak anda juga yang akan merana.
5. ELAK BERHUTANG KAD KREDIT
Kad kredit ada baiknya dan ada buruknya. Tetapi bagi sesiapa yang tidak tahu untuk menggunakan kad kredit secara berhemat anda dinasihatkan untuk tidak memakainya. Berbelanja dengan hanya ‘swipe’ menyebabkan anda yang pening kepala untuk membayar hutang tersebut.
6. ADAKAN MAJLIS GOTONG ROYONG
Majlis yang diadakan secara gotong royong adalah lebih jimat berbanding katering. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah selain dapat mengeratkan tali silaturahim bersama saudara dan jiran anda.
7. AWASI PERBELANJAAN ANDA SETIAP BULAN
Perbelanjaan pada setiap bulan amat mempengaruhi simpanan kewangan anda. Jika anda berbelanja lebih, segala bajet yang telah anda tetapkan akan berubah dan akan menyusahkan anda kelak.
8. JANGAN MEROKOK
Bagi kaum lelaki merokok bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan tetapi ia membazirkan wang anda. Jika anda campur tolak wang yang telah anda belanjakan untuk membeli rokok pasti anda akan terkejut dengan jumlahnya.
9. KURANGKAN MEMBELI GAJET ELEKTRONIK
Jika anda seorang penggemar gajet elektronik, anda dinasihatkan untuk menyimpan dahulu hasrat anda untuk membeli gajet terbaru. Hal ini adalah kerana wang itu anda boleh gunakan untuk majlis perkahwinan anda kelak.
10. TEMPAHAN FOTOGRAFI
Buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Selalunya diskaun hebat akan diberikan.
11. BERBALAS HANTARAN
Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. Ada juga antara anda yang tidak mahu kalah dengan saudara mara atau kawan-kawan. Hal ini yang sering terjadi di kalangan pengantin zaman sekarang. Tidak perlulah untuk berlumba-lumba kerana kelak anda yang tanggung kesannya.
12.MEMBUKA AKAUN KHAS
Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan supaya anda tidak menggunakan kesemua wang simpanan anda dan seterusnya berhutang. Elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan kad kredit.

Bolehkah Dalam Islam, Memikat Wanita Yang Kita Sukai Dengan Amalan Surah Yusuf ?

Assalamualaikum admin.Boleh saya dapatkan pendapat admin. Saya mencintai seorang wanita dan saya yakin dia-lah yang selama ini saya cari. Saya ingin menjadikan dia sebagai calon isteri saya , bolehkah saya menggunakan Surah Yusuf untuk Memikat Wanita ini, untuk menjadikan dia isteri peneman hidup saya .
Dari: Hamba Allah

Jawapanya

Tidak ada amalan tertentu untuk memikat si hati wanita atau pasangan yang anda cintai. Islam sebagai agama yang cukup sempurna, yang diturunkan oleh Allah Yang Maha Hikmah, tidaklah mengajarkan umatnya amalan atau bacaan tertentu untuk mencari perhatian atau simpati orang lain. Kerana kelebihan beramal yang dituntunkan dalam Islam adalah kelebihan yang sangat tinggi, pengajaran balasan yang sangat mulia dan tiada tara nilainya, itulah keredhaan Allah dan bakal dijanjikan syurga. Bukan untuk tujuan tertentu, seperti mana saudara menggunakan untuk memikat si hati wanita, pasangan yang dicintai, atau tujuan dunia lainnya.

Bahkan Allah memberi amaran ,kepada orang yang beramal kerana untuk perihal kedunian, tidak akan mendapatkan bahagia di akhirat,


مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعَاجِلَةَ عَجَّلْنَا لَهُ فِيهَا مَا نَشَاءُ لِمَنْ نُرِيدُ ثُمَّ جَعَلْنَا لَهُ جَهَنَّمَ يَصْلَاهَا مَذْمُومًا مَدْحُورًا (18) وَمَنْ أَرَادَ الْآخِرَةَ وَسَعَى لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ كَانَ سَعْيُهُمْ مَشْكُورًا (19(


“Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik.” (QS. Al-Isra: 19)

Sebagai orang yang beriman, tentu saja kita tidak menginginkan amalan yang seharusnya bernilai besar ini, hanya dibalas dengan sesuatu yang murah atau bahkan seperti dibandingkan balasan akhirat. lebih-lebih, jika kemudian Allah mengancam orang semacam ini dengan neraka.

Jika Lelaki Mendapat Bidadari di Syurga, Lalu Wanita Dapat Apa? Ini Jawapannya

Elna Photography


Kita sering mendengar tentang lelaki mendapat bidadari di surga, lalu wanita dapat apa? Setiap manusia tentu punya harapan terbaik tentang nantinya setelah ia mati, yaitu menginginkan tempat yang paling indah, mendapat kebahagiaan kekal dan kenikmatan yang tidak ada habisnya. Tentu manusia boleh berharap dan bertujuan seperti itu karena memang surga Allah SWT sangat indah dan itulah alasan mengapa manusia dalam hidupnya mengamalkan perbuatan baik dan beribadah dengan taat agar bisa mencapai surga nantinya di alam fana. Lalu, kalau bidadari surga adalah apa yang didapat para lelaki, yang menjadi pertanyaan adalah apa yang wanita dapatkan?.

Penyiksaan api neraka tentu menjadi hal yang dijauhi oleh manusia manapun karena mereka tidak akan mau terjerumus ke tempat itu, tapi memang disayangkan karena kebanyakan manusia hanya ingin masuk surga dan berangan-angan tanpa benar-benar menjalankan ibadah dengan baik. Beramal saleh pun tidak, dan malah menempuh jalan yang tidak sesuai dengan perintah Allah SWT sehingga pada akhirnya tujuan akhir adalah neraka. Surga bukan untuk orang-orang sembarangan, surga adalah ganjaran bagi hamba-hamba Allah yang selama hidupnya beriman dan bertaqwa di mana larangan Allah dijauhi dan segala perintah-Nya dipatuhi.

Perihal lelaki dapat bidadari di surga dan apa yang didapat wanita, banyak sekali yang menanyakannya. Ketika seorang muslim yang beriman dan hidup benar di dunia, saat meninggal ia pun bisa masuk surga yang berhiaskan sunga-sungai, beraneka ragam buah-buahan yang disukai manusia, kebun yang cantik, istana yang terbuat dari emas dan mutiara menujukkan kemegahannya yang di mana di dalamnya ada permadani, bantal dan tempat tidur yang dari permata dan emas. Alam surgalah yang paling indah dan tidak ada tempat yang dapat menandinginya.

Difirmankan oleh Allah SWT bahawa di dalam syurga bakal ada bidadari-bidadari cantik yang menjadi isteri para kaum Adam. Dalil akan jika masuk syurga, lelaki mendapatkan bidadari diambil dari firman Allah di mana hamba-hamba Allah yang sudah bersih dari dosa maka akan mendapatkan rezeki tertentu, termasuk buah-buahan. Mereka adalah yang dimuliakan dan di dalam surga ada banyak kenikmatan yang bisa dinikmati di atas tahta kebesaran dan kepada mereka bakal diedarkan gelas yang sudah diisi khamer dari sungai yang mengalir. Warna khamer adalah putih dan rasanya sedap. Di sisi mereka akan ada bidadari-bidadari yang memiliki mata jelita seolah mereka merupakan telur burung unta yang dengan baik tersimpan.

Disebutkan oleh Allah SWT bahawa nanti di surga akan ada bidadari bermata jeli dengan rupa cantik sebagai ganjaran bagi orang-orang yang beriman supaya anak-anak Adam bisa dengan semangat beribadah kepada Allah dan hidup makin saleh di dunia meski penuh ego.

Para wanita mendapatkan apa di syurga kelak? Wanita diciptakan dengan sifat pemalunya maka dengan begitu, kaum hawa tidaklah didorong oleh Allah SWT untuk beramal saleh dengan menyebutkan ganjaran yang akan membuat para wanita ini merasa malu ketika mendengar atau membacanya. Namun, bukan berarti para wanita saleha tidak akan mendapatkan ganjaran apapun. Bagi yang sudah menikah di dunia tapi sang suami masuk neraka, atau wanita saleha yang tidak menikah maka kelak di surga mereka akan mendapat pasangan laki-laki romantis, tampan dan perkasa.

Secantik-cantiknya bidadari di syurga, tetaplah lebih cantik para wanita yang selama di dunia hidup dengan soleha oleh kerana ketaatan dan ibadah yang dilakukan selama masih hidup. Jadi, lelaki mendapat bidadari di syurga, lalu wanita dapat apa? Baik perempuan atau lelaki yang di dunia tidak memiliki pasangan maka di syurga kelak akan dinikahkan oleh Allah dengan penghuni syurga.

(Sumber: Kumpulanmisteri.com)


Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?