[IBUBAPA DALAM PERANAN MENDIDIK ANAK-ANAK]


Hari ini saya nak bercerita sedikit pengalaman saya tentang kem BSMM minggu lepas dan juga Tajuk mimbar Khutubah hari ini di Masjid Tanjung Pauh. Sebelum itu saya nak ulas sikit tentang tajuk mimbar pada hari ini yang membicarakan khutbah bertajuk ” IBUBAPA DALAM PERANAN MENDIDIK ANAK-ANAK ” yang dimana saya merasakan ada persamaan diantara tajuk mimbar hari ini dan aktiviti kem BSMM pada minggu lepas.

Perlu difahamkan bahawa ibubapa berperanan besar dalam memberi pengajaran dan pendidikan agama untuk anak-anak. Justeru ibubapalah yang akan melahirkan anak soleh dan menentukan masa hadapan anak-anak. Apabila jiwa anak-anak sentiasa diisi dengan takwa dan iman, maka perasaan kasih sayang dan hormat menghormati akan wujud dalam keluarga kita.

Ibubapa juga perlu memastikan anak-anak benar-benar komited dengan perintah Allah SWT . Pendidikan ini perlu disertakan dengan tahap disiplin diri yang tinggi agar anak-anak terbiasa dan dapat membentuk budaya dalam aspek fizikal dan rohani .

Sememangnya peranan ibubapa amat besar untuk mendidik anak-anak , tapi apa yang saya lihat pada masa kini peranan ibubapa dalam soal mendidik dan memupuk anak-anak makin hari makin hilang. Mereka lebih bergantung kepada sesuatu yang baru mengikut peredaran zaman seperti internet. Dan saya rasa terkejut dengan apa yang berlaku masa kini ada kaitan dengan apa yang telah saya lakukan semasa kem BSMM minggu lepas.

Apa yang ingin saya ceritakan semasa aktiviti yang saya telah jalan semasa kem BSMM baru-baru ini . Semasa Kem tempoh hari , saya telah mengadakan suatu debat diantara kumpulan yang dimana setiap kumpulan perlu mewakili sesuatu group yang dipecahkan kepada enam kumpulan iaitu kumpulan Ibu bapa , Kementerian , Laman Sosial , rakan sebaya , IPTA dan masyarakat. Setiap kumpulan diberikan masa untuk menyampaikan sesuatu hujah berkaitan tajuk " Kepentingan kokurikulum memainkan peranan dalam memupuk semangat berpasukan dikalangan remaja" , siapakah yang wajah memainkan peranan dalam mendidik dan memupuk remaja pada masa kini untuk bergiat aktiv dalam kokurikulum .

Dan apa yang saya ingin sampaikan hari ini adalah dimana saya perhatikan group Laman sosial yang paling banyak memberikan reaksi dan menyampaikan hujah mereka dengan tepat dan jelas. Kadang-kadang saya berfikir , adakalanya betul apa yang disampaikan oleh group laman sosial dimana pada zaman ini kebanyakan remaja lebih banyak mendapat infomatian daripada laman sosial seperti facebook , twitter , radio dan laman sesawang. Boleh dikatakan lebih 80 % remaja di Malaysia ini mempunyai laman sosial yang tersendiri. Tipu lah kalau pelajar IPTA dan IPTS tidak mempunyai apa-apa laman sosial! Agak mustahilah juga kerana laman sosial pada zaman kini lebih berkesan daripada semua infomatian yang lain .

Seterusnya saya cuba memperhatikan group ibubapa , tetapi tenyata mereka hanya tergamam dan tidak tahu hendak berhujah apa? kerana apa saya lihat mereka sering mendapat tentangan daripada group-group yang lain , kerana apa yang mereka sampaikan , tidak diambil perduli oleh oleh remaja masa kini . Ada yang kata remaja berjauhan dengan ibubapa dan ada yang berpendapat bahawa ibubapa lebih fokuskan kerja dan tanggungjawab untuk menguruskan rumah tangga.

Justeru tidak hairanlah , mengapa ibubapa banyak mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibubapa .Kerana pemodelan zaman kini telah mengubah segala-galanya mejadi mudah dalam mendidik anak-anak. Anak-anak dinaungi oleh suasana pendidikan dan pembelajaran yang berterusan. Semoga kaedah yang digunakan pakai pada masa kini tidak disalah gunakan ke arah negatif oleh anak-anak dan remaja pada masa kini. Di mana ibubapa tidak sewenang-wenangnya melepaskan segala tanggungjawab berdasarkan teknologi masa kini.

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?