[Penghabisan Dunia Akhir Zaman  Bermula di Malaysia]

[Penghabisan Dunia Akhir Zaman Bermula di Malaysia]



Fasa 1

Keadaan umat Islam di Rusia makin merosot setelah Presiden Vladimir Putin menentang keras pemakaian tudung di persekitaran sekolah-sekolah. Ucapan Presiden Putin ini semakin menambah kontroversi yang berkembang di Rusia tentang larangan keras bagi murid perempuan Muslim yang bertudung untuk bersekolah.

Fasa 2

Terdiri daripada Bumi Syam meliputi Syria, Palestin, Jordan dan Lebanon. Syam merupakan benteng ummat Islam ketika berlakunya malhamah kubro [perang dahsyat akhir zaman].



Berlakunya konflik ke atas umat islam.


Selepas revolusi kebangkitan rakyat berjaya menggulingkan kerajaan Tunisia dan Mesir, protes pertama bermula di bandar selatan, Daraa pada pertengahan Mac tahun lalu berikutan penahanan sekumpulan kanak-kanak sekolah yang terlibat melukis grafiti antikerajaan.

Tunjuk perasaan itu akhirnya merebak ke beberapa bahagian lain di Syria selepas pasukan keselamatan rejim Assad mula bertindak ganas dan melepaskan tembakan rambang ke arah kumpulan penunjuk perasaan.

Sayang sekali masih ada diantara ummat Islam yang masih lelap dalam tidur yang panjang, enak dengan segala makanan, tidak ada sikap peduli sedikitpun, apalagi merasakan penderitaan dan kesusahan ummat Islam di Syria yang pada ketika ini dizalimi.

China juga tidak terlepas dengan konflik terhadap umat islam

Kini kerajaan China bertindak melarang umat Islam di wilayah Xinjiang daripada menunaikan ibadah puasa pada tahun ini, sama seperti tahun sebelumnya. Larangan itu dikeluarkan oleh Biro Keselamatan Awam di Beijing disampaikan kepada orang ramai melalui laman web beberapa agensi kerajaan kepada kakitangan awam, guru dan pelajar. Sebuah laman web lain menyebut: “Kami mengingatkan semua bahawa mereka tidak dibenarkan untuk berpuasa.” Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, larangan itu dikecam oleh kumpulan etnik Uighur yang melarikan diri dari China dan hidup dalam buangan.

Sudah 40 tahun kerajaan malaysia menjalinkan hubungan dengan kerajaan cina, atas dasar semua umat Islam itu bersaudara, ada baiknya kerajaan malaysia beri sedikit teguran kepada kerajaan cina supaya menghormati hak-hak umat Islam.

Fasa 3

Melibatkan konflik Politik di Negara Pakistan Barat (kini Pakistan), Pakistan Timur (kini Bangladesh) dan India.



kerajaan Bangladesh sanggup mengharamkan pertubuhan gerakan Islam tersebut pada bulan lepas. Sementara itu, hampir ke semua pemimpin tertinggi Jamaat-el-Islami ditangkap dan beberapa orang pemimpin telah dijatuhkan hukuman mati. Apakah ini bentuk demokrasi yang ingin disuburkan di Bangladesh?

Dikala saudaramu di Bangladesh dibunuh, diseksa, dikurung, ditindas oleh orang yang mengaku diri mereka Islam sendiri, dunia hanya membutakan mata, diam membisu, memekakkan telinga. Buang sentimen sempadan negara bangsa, semaikan sentimen aqidah Islamiah.

Fasa 4

Melibatkan negara-negara seperti Myanmar, Filipina, Kemboja dan Thailand . Berjuta-juta umat Islam sedang menderita , ditindas dan dibunuh.



Kekejaman yang berlaku di negara-negara tersebut secara umumnya adalah lebih dahsyat dan buas berbanding di tempat-tempat lain. Mereka tidak mampu untuk mem­bolehkan suara mereka didengari oleh dunia luar, dan mereka terus bergelut untuk me­neruskan penghidupan walaupun sebenarnya bagi kebanyakan kes, mereka sudah mati akal, manakala tanah dan harta benda pula telah dirampas. Usaha yang hebat telah dijalankan bagi menghalang mereka dari hidup ber­landaskan kepada agama yang dianuti, dan pihak berkuasa sedang berusaha untuk meng­asimilasi mereka dengan mengenakan tekanan dan sistem pemerintahan yang zalim.

Fasa 5

Terdiri daripada Malaysia , Indonesia dan Brunai yang kini timbul huru hara huru hara konflik terhadap islam .


Akan  terjadinya kebangkitan rakyat dan protes, seperti yang terjadi di negara fasa 2 dan 3. Apabila sampainya di tahap 5 maka dunia akan sampai ke penghujungnya.

Kalau anda perhatikan kajian di atas , segala konflik bermula dari atas (fasa 5) dan akan turun ke fasa 1 yang melibatkan negara Malaysia (Negara kita), Indonesia , Brunai dan singapura. Ini adalah disebabkan kesedaran dan pegangan di kalangan kita sendiri bahawa perubahan atau reformasi adalah lebih penting dari kuasa atau jawatan politik semata-mata.

Suatu hari nanti kita akan  sedar bahawa gerakan protes besar-besaran itu telah timbul secara spontan dan dianjur atau disusun oleh golongan muda yang tidak mempunyai apa-apa pertalian kepada mana-mana parti politik. Revolusi yang tercetus itu adalah bagaikan anak kecil yang mesti dibenarkan untuk membesar sendiri. Sekiranya Ikhwan atau mana-mana pertubuhan politik tergesa-gesa atau terlalu gopoh untuk mendakap anak kecil itu dan mendakwa anak kecil itu dia yang punya, sudah pastinya musuh-musuh revolusi akan membunuh anak kecil itu.

Orang awam akan mudah terpedaya apabila melihat kezaliman pemerintah ini, dan akan segera menyokong jika pemerintah itu mahu dijatuhkan. Masa ni, Kuasa-kuasa asing  sebenarnya telah menjadikan umat Islam sebagai sebahagian tentera mereka untuk menjatuhkan pemerintah-pemerintah yang tidak diperlukan dan menghalang mereka dalam membentuk satu sistem pemerintahan dunia yang baru di dunia ini.

Sekiranya apa yang berlaku di fasa 2 dan 3 itu adalah versi revolusi, apa yang terjadi di Malaysia pula ia adalah versi demokrasi, iaitu tentang bagaimana kuasa-kuasa asing yang tersembunyi ini cuba mengambil alih kuasa dengan menggunakan tangan-tangan orang lain.
[ Penghayatan Bulan Ramadhan ]

[ Penghayatan Bulan Ramadhan ]



Ramadhan tiba
Ramadhan tiba
Ramadhan tiba

Marhaban Ya Ramadhan
Marhaban Ya Ramadhan
Marhaban Ya Ramadhan
Marhaban Ya Ramadhan

Apabila tiba ya bulan ramadhan , kita pasti teringatkan lagu daripada nyayian opick dari Indonesia yang bertajuk Ramadhan tiba. Lagunya pasti saja di nyanyian di iklan-iklan Tv setiap kali menejelangya ramadhan.
Tapi pernah tak Tuan-tuan dan Puan-puan terfikir apa itu bulan ramadhan yang sebenarnya ? kalau tuan2 & puan2 berfikir macam saya fikir ramadhan adalah bulan puasa jawapannya bagi saya  YA? Tapi pa itu puasa?? Kalau Tuan-tuan dan Puan-puan fikir puasa ini kita tak boleh makan dan minum bagi saya TIDAK? Puasa bukan setakat kita menahan  diri daripada makan dan  minum dari subuh hinggalah ke mahgrid !!
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiTRZDQC86nAkmHVWpF1Wt0LpyiFdFTW_R4IUdHiFILM_Coaois_AmtFpKzaEQ4_N0un8NJKouAiA2DvN18mUpOb2Umd9rZ5CTNfoJBknBliP7-BRhb3g_rLVMyW-APTXN-nTDhO4TOUqU/s1600/puasa-tapi-tak-solat.jpg
Ada orang berpuasa tapi tak sembahyang tapi bila cakap puasa , dia kata puasa?
Description: http://1.bp.blogspot.com/-BVY5sJgEBmQ/U0Ll0SljMkI/AAAAAAAAEec/9gsSqCCRTBw/s1600/3.jpg
Ada orang berpuasa tapi bila keluar tidak menuntup aurat bila cakap puasa , dia kata puasa?
Description: http://cahayapurnama.com/wp-content/uploads/2013/08/mengumpat.jpg
Ada orang berpuasa tapi mulut dia suka mengata orang bila cakap puasa , dia kata puasa?
Description: http://naharuddinnajm.files.wordpress.com/2011/12/tidur-dikelas.jpg
Ada orang berpuasa tapi kerja dia dari sahur hingga berbuka tidur ja bila cakap puasa , dia kata puasa?

Abang-abang keluarkan zakat setiap bulan ramadhan abang-abang taw apa itu puasa! Kakak-kakak tiap-tiap malam bulan ramadhan pergi solat terawih kakak-kakak taw apa itu puasa! Pakcik-pakcik dan makcik-makcik siang malam tadarus al-Quran Pakcik Makcik taw apa itu puasa! Tapi sejauh mana kita taw apa itu puasa?

Ramai diantara kita yang puasa , tapi tak ramai diantara kita yang taw apa itu puasa dalam islam yang sebenarnya. Berpuasa bukan setakat kita menahan diri daripada makan dan minum dari subuh hinggalah maghrid. Puasa ada melatih nafsu kita ini yang selalu bermaharajarela.

Description: http://1.bp.blogspot.com/-vmMf6_tl5sI/TjXVaBjDFSI/AAAAAAAACoE/2Far2Tgk0Cc/s1600/ramadhan1.jpg

Jadi maksud puasa sebenar ? puasa "menanahan diri daripada segala perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari". Dalam istilah ni tak ada pon cakap yang kita kena tahan lapar dan dahaga . tapi istilah ni cakap "menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa" . Ok, puasa bukan setakat berkaitan dengan makan dan minum?


Description: http://netpreneur.co.id/wp-content/uploads/2013/06/rugi-in1.jpgr
Jadi rugilah bagi mereka yang puasa tapi tak taw apa itu puasa ? setiap perkara yang kita lakukan adalah puasa kita , jagalah puasa supaya tidak terbatal. Jadikan puasa anda yang sempurna di bulan ramadhan ini, akhir kata dari saya jangan lepas kan peluang ini , kita bukan taw kita dapat lagi ka tak tahun depan. Selamat berpuasa.

Jom jadi kan puasa kita kali ini paling bermakna , ikhlas dari saya Fahmie Ahmad..


[ENGINEER OR PHOTOGRAPHY] via Fahmie Ahmad

Jangan lupa saksikan novel pertama saya yang akan mula di terbitkan pada hujung bulan julai tahun 2018

[ Rambut sama hitam , tapi hati lain-lain ]


Selalunya awal ramadhan orang akan berpuasa di rumah bersama family , tapi aku terpaksa balik ke mantin sebab dah nak mula kursus. Bertolak jam 12.30 tegah hari tadi dan sampai di stesen bas seremban tepat jam 7.40 malam , dan aku rancang nak naik teksi tadi tapi disebabkan harga teksi yang mahal dari Seremban ke Mantin 30 ringgit satu teksi memang tak berbaloi la aku rasa sebab dengan 30 ringgit tu aku boleh jimat sampai 3 hari untuk berkalan bersahur dan berbuka aku . Jadi aku tegok-tegok lah dulu bas kot2 ada bas lagi yang nak menuju ke Mantin , Alhamdulilah akhirnya masih ada lagi bas yang terakhir menuju ke Mantin walaupun ramai sangat yang terpaksa berebut nak naik sebab nak duduk, bagi aku tak kesah dapat duduk ka tak janji tambang bas dia murah 2 ringgit 10 sen.

Sampai ja ka Mantin baru aku fikir nak naik teksi sebab dari pekan mantin nak ke homestay aku pulak jarak dia lebih kurang 4 ke 5 kilometer , agak jauh la kalau jalan kaki , jadi aku tunggu la teksi hampir 15 minit satu teksi pon tak ada , time tu aku rasa macam give up sangat sebab tak ada sapa yang nak tolong aku dan bateri aku pon dah habis , nak ON pon dah tak boleh. Aku rasa macam aku ni insan yang paling malang sangat dan aku pikir "kenapalah aku tak maw naik teksi dari seremban tadi , kalau tak dah sampai dah tadi takk lah penat mcm ni bawa beg besaq"!!! Jadi aku kuat kan semangat dan aku jalan ja la kot-2 ada orang yang simpati dekat aku bagi tumpang naik ka , agak lebih kurang 1 setengah kilometer aku jalan baru ada sebuah kereta bagi tumpang , berbangsa india , mula-mula aku agak takut dan cuak jugak lah , tapi sebab aku dah penat dan aku pikir yang uncle nie ikhlas nak tolong aku , aku naik ja lah. Aku sempatlah juga sembang2 dengan uncle ni , ok orang nya. Time aku sembang-2 tiba azan isyak , lepastu dia tanya dekat aku " ehhh u , dah masuk solat kan , u dah solat ka , u tak pergi ka itu solat yang orang islam selalu buat time bulan puasa , banyak untung u buat , masa bulan puasa ni la u kena buat baik kasi banyak-2 , u buat baik nanti orang pula kasi buat baik dengan u juga lah , u bukan taw u boleh buat lagi ke tak tahun depan?"

Aku pon terdiam ja dengar uncle ni membebelkan , TAPI apa yang aku pikirkan kadang-2 betul juga apa yang uncle nie cakap , tak semestinya dia beragama lain dia tak tahu pasai agama kita .Aku pon malu juga sebab awal ramadhan aku tak dapat solat terawih . Jadi lebih baiknya kita nilai tentang diri kita , kita tak boleh pandang sesuatu bangsa itu dengan ciri-ciri agama mereka , mungkin mereka tak tahu langsung pasai ISLAM tapi bila mereka tahu serba sikit dari anda , PASTI anda pon akan merasa malu , dan sekarang ni bangsa sesama bangsa kita pon buat tak tahu jaa , contohnya biarkan aku berjalan sorang-2 tadi, bukan nak bagi tumpang , dan akhirnya bangsa lain yang prihatin?

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?