[Penghabisan Dunia Akhir Zaman Bermula di Malaysia]



Fasa 1

Keadaan umat Islam di Rusia makin merosot setelah Presiden Vladimir Putin menentang keras pemakaian tudung di persekitaran sekolah-sekolah. Ucapan Presiden Putin ini semakin menambah kontroversi yang berkembang di Rusia tentang larangan keras bagi murid perempuan Muslim yang bertudung untuk bersekolah.

Fasa 2

Terdiri daripada Bumi Syam meliputi Syria, Palestin, Jordan dan Lebanon. Syam merupakan benteng ummat Islam ketika berlakunya malhamah kubro [perang dahsyat akhir zaman].



Berlakunya konflik ke atas umat islam.


Selepas revolusi kebangkitan rakyat berjaya menggulingkan kerajaan Tunisia dan Mesir, protes pertama bermula di bandar selatan, Daraa pada pertengahan Mac tahun lalu berikutan penahanan sekumpulan kanak-kanak sekolah yang terlibat melukis grafiti antikerajaan.

Tunjuk perasaan itu akhirnya merebak ke beberapa bahagian lain di Syria selepas pasukan keselamatan rejim Assad mula bertindak ganas dan melepaskan tembakan rambang ke arah kumpulan penunjuk perasaan.

Sayang sekali masih ada diantara ummat Islam yang masih lelap dalam tidur yang panjang, enak dengan segala makanan, tidak ada sikap peduli sedikitpun, apalagi merasakan penderitaan dan kesusahan ummat Islam di Syria yang pada ketika ini dizalimi.

China juga tidak terlepas dengan konflik terhadap umat islam

Kini kerajaan China bertindak melarang umat Islam di wilayah Xinjiang daripada menunaikan ibadah puasa pada tahun ini, sama seperti tahun sebelumnya. Larangan itu dikeluarkan oleh Biro Keselamatan Awam di Beijing disampaikan kepada orang ramai melalui laman web beberapa agensi kerajaan kepada kakitangan awam, guru dan pelajar. Sebuah laman web lain menyebut: “Kami mengingatkan semua bahawa mereka tidak dibenarkan untuk berpuasa.” Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, larangan itu dikecam oleh kumpulan etnik Uighur yang melarikan diri dari China dan hidup dalam buangan.

Sudah 40 tahun kerajaan malaysia menjalinkan hubungan dengan kerajaan cina, atas dasar semua umat Islam itu bersaudara, ada baiknya kerajaan malaysia beri sedikit teguran kepada kerajaan cina supaya menghormati hak-hak umat Islam.

Fasa 3

Melibatkan konflik Politik di Negara Pakistan Barat (kini Pakistan), Pakistan Timur (kini Bangladesh) dan India.



kerajaan Bangladesh sanggup mengharamkan pertubuhan gerakan Islam tersebut pada bulan lepas. Sementara itu, hampir ke semua pemimpin tertinggi Jamaat-el-Islami ditangkap dan beberapa orang pemimpin telah dijatuhkan hukuman mati. Apakah ini bentuk demokrasi yang ingin disuburkan di Bangladesh?

Dikala saudaramu di Bangladesh dibunuh, diseksa, dikurung, ditindas oleh orang yang mengaku diri mereka Islam sendiri, dunia hanya membutakan mata, diam membisu, memekakkan telinga. Buang sentimen sempadan negara bangsa, semaikan sentimen aqidah Islamiah.

Fasa 4

Melibatkan negara-negara seperti Myanmar, Filipina, Kemboja dan Thailand . Berjuta-juta umat Islam sedang menderita , ditindas dan dibunuh.



Kekejaman yang berlaku di negara-negara tersebut secara umumnya adalah lebih dahsyat dan buas berbanding di tempat-tempat lain. Mereka tidak mampu untuk mem­bolehkan suara mereka didengari oleh dunia luar, dan mereka terus bergelut untuk me­neruskan penghidupan walaupun sebenarnya bagi kebanyakan kes, mereka sudah mati akal, manakala tanah dan harta benda pula telah dirampas. Usaha yang hebat telah dijalankan bagi menghalang mereka dari hidup ber­landaskan kepada agama yang dianuti, dan pihak berkuasa sedang berusaha untuk meng­asimilasi mereka dengan mengenakan tekanan dan sistem pemerintahan yang zalim.

Fasa 5

Terdiri daripada Malaysia , Indonesia dan Brunai yang kini timbul huru hara huru hara konflik terhadap islam .


Akan  terjadinya kebangkitan rakyat dan protes, seperti yang terjadi di negara fasa 2 dan 3. Apabila sampainya di tahap 5 maka dunia akan sampai ke penghujungnya.

Kalau anda perhatikan kajian di atas , segala konflik bermula dari atas (fasa 5) dan akan turun ke fasa 1 yang melibatkan negara Malaysia (Negara kita), Indonesia , Brunai dan singapura. Ini adalah disebabkan kesedaran dan pegangan di kalangan kita sendiri bahawa perubahan atau reformasi adalah lebih penting dari kuasa atau jawatan politik semata-mata.

Suatu hari nanti kita akan  sedar bahawa gerakan protes besar-besaran itu telah timbul secara spontan dan dianjur atau disusun oleh golongan muda yang tidak mempunyai apa-apa pertalian kepada mana-mana parti politik. Revolusi yang tercetus itu adalah bagaikan anak kecil yang mesti dibenarkan untuk membesar sendiri. Sekiranya Ikhwan atau mana-mana pertubuhan politik tergesa-gesa atau terlalu gopoh untuk mendakap anak kecil itu dan mendakwa anak kecil itu dia yang punya, sudah pastinya musuh-musuh revolusi akan membunuh anak kecil itu.

Orang awam akan mudah terpedaya apabila melihat kezaliman pemerintah ini, dan akan segera menyokong jika pemerintah itu mahu dijatuhkan. Masa ni, Kuasa-kuasa asing  sebenarnya telah menjadikan umat Islam sebagai sebahagian tentera mereka untuk menjatuhkan pemerintah-pemerintah yang tidak diperlukan dan menghalang mereka dalam membentuk satu sistem pemerintahan dunia yang baru di dunia ini.

Sekiranya apa yang berlaku di fasa 2 dan 3 itu adalah versi revolusi, apa yang terjadi di Malaysia pula ia adalah versi demokrasi, iaitu tentang bagaimana kuasa-kuasa asing yang tersembunyi ini cuba mengambil alih kuasa dengan menggunakan tangan-tangan orang lain.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments

Yakinlah ada sesuatu yang menantimu selepas banyak kesabaran yang kau jalani yang akan membuatmu tersenyum hingga kau lupa pedihnya rasa sakit.

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?