KEJADIAN PETANG TADI

KEJADIAN PETANG TADI




Petang tadi semasa saya pulang dari kerja , sampai sahaja tol keluar dari lekas tiba-2 jalan jem lebih kurang 1 km . Rupanya ada satu kemalangan berdekatan tol keluar Lekas Nilai yang melibatkan bangsa india dan bangsa Cina . Bangsa cina tu membawa kereta yg agak mewah yg berumur 19 tahun dan india tu pulak seorang pemandu teksi . Memang teruk keadaan teksi tu kerana kerana dari depan break mengejut dan kereta belakan terus langgar dari belakang. Saya terkejut apabila pemandu teksi tu meminta lesen untuk tegok , alangkah malangnya lelaki cina itu tiada lesen dan terus kena terajang berkali-kali tanpa di halang oleh sesiapa pon. Yang lagi parahnya apabila kawan kepada pemandu teksi datang dan tiba-tiba memukul lelaki itu. Memang ramai yang tegok kemalangan tadi terutamanya orang melayu yang berhenti. Tapi saya agak pelik antara ramai orang yang berhenti masa tu tak seorag pon yang tolong lelaki berbangsa Cina tu sampai teruk dibelasahnya. Dan saya bertanya kepada seorang pak cik yg berumur 30 an.
Saya "Kenapa tak nak tolong?"
Pak cik " Biarkan masalah dorang , bukan bangsa kita ? kalau melayu tadi memang pak cik tolong dah"
Saya rasa pemandu teksi tu menggunakan kesempatan untuk memukul mangsa kerana tiada lesen dan kalau di bawah ke makamah mungkin ingat dia boleh menang ? Tapi dia lupa , dari segi pakaian dan kereta yang pakai kemungkinan dia nie anak orang kaya , bagi dia mungkin tak ada masalah kalau dia nak bawa kes nie ke makamah sebab dia mampu membayar Lowyer.
Tapi yang aku paling tak puas hati kenapa ada dikalangan rakyat Malaysia yang masih ada lagi sikap ke kauman. Aku bukan tak nak tolong tadi tapi aku pon takut tegok driver tu tegah marah terok... hehehhehee

MUTIARA KATA DARI ULAMA-ULAMA MALAYSIA

MUTIARA KATA DARI ULAMA-ULAMA MALAYSIA





✅ MUTIARA KATA DARI ULAMA-ULAMA MALAYSIA

Tiada had umur dalam perjuangan Islam kerana penamatnya ialah MATI.
-Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat-


...Walaupun ilmu kita tinggi,jangan sampai akal mengatasi Syari'at...
-Tuan Guru Haji Abdul Hadi-


Berhati-hatilah dengan urusan dunia kerana Halalnya dihisab, Haramnya diazab.
-Ustaz Zahazan Mohamed-


Soalan peperiksaan yang sebenarnya kita mesti lulus dengan cemerlang 
ialah SPM,iaitu 'Soalan Padang Mahsyar.
-Ustaz Azhar Idrus-

Orang kafir terhalang kebaikannya kerana kekafirannya,
Orang Islam terhalang kebaikannya kerana tidak SOLAT.
-Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz-


Hadiah terbaik untuk Sahabat adalah DOA,
Hadiah terbaik untuk Musuh adalah kemaafan.
-Dato' Dr.Haji Mohd Fadzilah Kamsah-


Jangan segan-segan ketika minta kepada Allah,jangan minta yang kecil,
tetapi mintalah yang terbesar sekali.
-Habib Ali Zainal Abidin-

Sesiapa anak yang meninggalkan doa untuk kedua ibubapanya,
sesungguhnya dia telah telah memisahkan dirinya dengan rezekinya.
-Ustaz Hazlin Baharin-

Kalau cari Akhirat,Dunia akan dapat,
tetapi kalau cari Dunia,Akhirat tak akan dapat.
-Dato' Ustaz Ismail Kamus-

Guru yang baik berwatak ibubapa,
Ibubapa yang baik berwatak guru,
Dan masyarakat akan menjadi sekolahnya.
-Ustaz Pahrol Md Juoi-

Jangan terlalu cepat mencari kesilapan dan kekurangan orang lain,perbaiki diri sendiri dahulu.
-Irfan Khairi-

Renung-renungkanlah
Fikir-fikirkanlah
Sebar-sebarkanlah

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?