MUTIARA KATA DARI ULAMA-ULAMA MALAYSIA





✅ MUTIARA KATA DARI ULAMA-ULAMA MALAYSIA

Tiada had umur dalam perjuangan Islam kerana penamatnya ialah MATI.
-Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat-


...Walaupun ilmu kita tinggi,jangan sampai akal mengatasi Syari'at...
-Tuan Guru Haji Abdul Hadi-


Berhati-hatilah dengan urusan dunia kerana Halalnya dihisab, Haramnya diazab.
-Ustaz Zahazan Mohamed-


Soalan peperiksaan yang sebenarnya kita mesti lulus dengan cemerlang 
ialah SPM,iaitu 'Soalan Padang Mahsyar.
-Ustaz Azhar Idrus-

Orang kafir terhalang kebaikannya kerana kekafirannya,
Orang Islam terhalang kebaikannya kerana tidak SOLAT.
-Dato'Abu Hassan Din Al-Hafiz-


Hadiah terbaik untuk Sahabat adalah DOA,
Hadiah terbaik untuk Musuh adalah kemaafan.
-Dato' Dr.Haji Mohd Fadzilah Kamsah-


Jangan segan-segan ketika minta kepada Allah,jangan minta yang kecil,
tetapi mintalah yang terbesar sekali.
-Habib Ali Zainal Abidin-

Sesiapa anak yang meninggalkan doa untuk kedua ibubapanya,
sesungguhnya dia telah telah memisahkan dirinya dengan rezekinya.
-Ustaz Hazlin Baharin-

Kalau cari Akhirat,Dunia akan dapat,
tetapi kalau cari Dunia,Akhirat tak akan dapat.
-Dato' Ustaz Ismail Kamus-

Guru yang baik berwatak ibubapa,
Ibubapa yang baik berwatak guru,
Dan masyarakat akan menjadi sekolahnya.
-Ustaz Pahrol Md Juoi-

Jangan terlalu cepat mencari kesilapan dan kekurangan orang lain,perbaiki diri sendiri dahulu.
-Irfan Khairi-

Renung-renungkanlah
Fikir-fikirkanlah
Sebar-sebarkanlah

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Yakinlah ada sesuatu yang menantimu selepas banyak kesabaran yang kau jalani yang akan membuatmu tersenyum hingga kau lupa pedihnya rasa sakit.

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?