Jangan Kahwin Dengan Saya Kalau Hutang Awak Belum Diselesaikan

UNTUK membina masjid banyak yang diperlukan untuk menyiapkannya. Perkahwinan ini bukan satu hari kita bersamanya namun ia mungkin sepanjang hayat kita hidup di dunia ini.

Golongan muda kini banyak terbeban dengan kemelesetan ekonomi dan perlu menanggung kos sara hidup tinggi dan juga boleh menyebabkan golongan ini terjebak dengan hutang untuk melangsaikan segala tanggungan dan perbelanjaan. 
Apa yang malaysiaviralstory ingin sampaikan walau satu sen kita berharus ia WAJIB dibayar kepada pemberi hutang tersebut



1. Selain mencari kriteria agama, carilah pasangan yang ada wawasan kewangan yang baik.

2. Hindari lelaki yang banyak pakai 'aksesori' sama ada di badan atau di kereta sendiri yang mana kereta masih hak milik dituntut bank jika belum habis bayar.

3. Sebagaimana majikan menemuduga pekerja, anda harus menyelidik latar belakang kesihatan kewangan pasangan anda.

4. Jika dia mula meminjam wang dari anda, itu bukanlah petanda bahagia.

5. Jika dia selalu memberikan alasan dompet selalu tertinggal, itu juga satu petanda awal.




For question & reservation please contact @ whatsapp at 018-4024546

6. Jika dia terlalu banyak bercerita mengenai derita hutangnya, semakin lama hutang itu akan menjadi tanggungjawab anda bersama.

7. Cinta benar-benar boleh membuatkan manusia menjadi 'buta'. Hanya manusia yang tidak buta boleh melihat wawasan kewangan sebagai antara matlamatnya.

8. Jangan malu untuk bertanya, bila rumah pertamanya akan ada? Jika dia ragu-ragu, tiada jawapan dan asyik menyalahkan kerajaan atau Ahmad Maslan, maka jelas sekali bahawa dia memang tidak wawasan.

9. Jika dia hanya bercerita tentang kereta idaman, sebenarnya dia lebih senang dengan simbol dan status kejayaan.

10. Tamparlah diri sendiri untuk menjadi manusia yang waras. Saya tahu ada segelintir yang tidak bersetuju dan kata susah nak dapat lelaki yang seperti Aaron Aziz dan dada berbulu.

Selamat berbahagia, selamat pengantin baru. Kahwinlah dulu baru anda tahu.


Artikel diatas ditulis oleh saudara Azizul Azli Ahmad 

Kahwin Dengan Loan Bank


Assalamualaikum. Saya harap admin dapat siarkan confession saya ni. Saya tertarik untuk berkongsi cerita saya yang berkaitan dengan confession “Bila Family Masuk Campur Urusan Kahwin”.
First of all, saya amat bersimpati dengan saudari atas masalah yang saudari sedang hadapi sekarang. Di sini saya ingin menasihatkan saudari supaya tidak menggunakan wang yang telah disimpan bagi tujuan kahwin bagi menolong anak saudara tunang saudari tersebut.

For question & reservation please contact @ whatsapp at 018-4024546
Perkahwinan saudari hampir tiba dan saudari perlukan wang tersebut untuk membayar baki perbelanjaan kahwin seperti yang saudari sebut di dalam confession saudari. Kalau ikutkan duit saudari telah pun mencukupi dan tiada apa yang perlu difikirkan lagi.
Bagi saya, cadangan bakal mentua saudari untuk membuat pinjaman adalah suatu yang tidak patut tunang saudari persetujui. Saya berikan cadangan ini berdasarkan pengalaman saya dan apa yang saya sedang hadapi sekarang akibat daripada mengikut kemahuan orang lain.
Saya baru sahaja beberapa bulan mendirikan rumah tangga dan ketika majlis perkahwinan saya, baru hampir setahun saya bekerja. Sejak bekerja, saya ada membuat simpanan untuk berkahwin tetapi tidak banyak.
Disebabkan kami telah lama berkawan dan umur yang semakin meningkat, kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Sejak itu, saya telah membuat bajet mengikut kemampuan saya dari A sampai Z.
Tapi biasalahkan, apa yang kita buat akan ada campur tangan keluarga. Pada mereka, semualah tak kena. Dari segi doorgifts, tempat, baju, tarikh majlis dll. Sejak saya membuat keputusan untuk berkahwin, saya sering bercanggah pendapat dengan ibu dan juga adik-beradik. Apa yang saya rancang, semua mendapat tentangan daripada mereka. Semualah tak kena.
Tarikh nikah telah ditetapkan oleh saya sendiri kerana kalau minta pendapat keluarga, sampai ke sudah hal kahwin saya takkan selesai. Setelah saya booked tarikh dan tempat, mereka hanya ikut tarikh yang telah saya pilih.
Disebabkan saya terlalu serabut dengan kehendak keluarga yang nak itu ini (seperti yang mereka mahukan), saya telah mengambil keputusan untuk membuat pinjaman bagi tujuan digunakan untuk perkahwinan saya. Pada saya, janji orang lain puas hati.
Alhamdulillah, pinjaman saya pun lulus dan majlis saya pun berjalan lancar. Pakej yang saya ambil all in one. Memang cuci kaki jelah. Bayarannya? Puluh ribu.. Tetapi tidak termasuk lagi barang hantaran dan benda-benda kecil yang bila dicampur-campur hampir RM30,000 belanja kahwin saya.
Semasa berkahwin, saya telah membuat keputusan untuk berhenti kerja atas sebab-sebab yang tak dielakkan dan saya telah fikir masak-masak. Sehingga kini setelah beberapa bulan mendirikan rumah tangga, saya masih belum mendapat pekerjaan.
Mesti readers semua tertanya-tanya mana saya dapat wang untuk bayar balik loan tiap-tiap bulan, kereta dll. Alhamdulillah, dengan bantuan pinjaman daripada orang yang terdekat dengan saya untuk bagi pinjam duit saya survive setiap bulan sehingga saya dapat pekerjaan. Tetapi sekarang, wang yang saya pinjam telah mencecah berbelas ribu dan saya mulai serabut kerana masih tidak mendapat pekerjaan dan dalam masa yang sama fikir untuk membayar wang yang saya pinjam berbelas ribu tersebut daripada ibu saya.
Kalau ada yang tertanya-tanya, suami saya tak tolong ke? Ya, dia ada menolong saya tetapi tidaklah semua kerana beliau juga ada komitmen. Alhamdulillah, beliau tidak membuat pinjaman.
Untuk pengetahuan semua, ibu tidak mengetahui yang saya membuat pinjaman untuk majlis perkahwinan saya. Hal ini telah terbongkar apabila ibu saya syak apa yang saya bayar dengan wang pinjaman dari beliau tersebut.
Kini, saya berasa serba salah untuk terus meminjam ibu saya memandangkan ibu yang tidak bekerja dan saya telah stop meminjam dari ibu. Hari-hari saya kini serabut untuk memikirkan di mana mahu mencari wang. Simpanan saya telah pun habis untuk bayar komitmen saya setelah saya berhenti meminjam wang daripada ibu.
Apa yang saya nak sampaikan berdasarkan confession saya ni adalah, kalau boleh janganlah buat pinjaman bank demi menyenangkan pihak lain. Orang akan nampak semunya gah dan senang dengan menuruti semua kehendak keluarga tapi bila kita dalam kesusahan sekarang, tiada siapa yang nak tolong fikirkan hutang kita and kitalah yang kena tanggung sendiri.
Maaf jika confession saya ni agak panjang. Untuk saudari dan sesiapa yang bakal berkahwin, kalau boleh buatlah ikut kemampuan. Jangan ikut cakap orang. Kelak diri sendiri yang merana. Wassalam.
– Ira

“Aku Terima Mu Seadanya”, Benarkan Seperti Yang Tersurat?

Si dia menyatakan dia mencintai dirimu kerana diri mu yang sebenar. Dia menerimamu seadanya dan tidak mahu anda mengubah siapa diri mu, seikhlas mana ucapan yang dilafazkan tidak siapa yang tahu. Namun sekiranya anda cukup bijak meneliti pasti anda dapat mengesan tanda (sign) si dia adalah "ultimate fixer-upper", cuba mengubah siapa diri anda yang sebenar sedikit demi sedikit.

Contoh 1
Si dia mula membelikan baju baru kepada anda tanpa sebarang sebab dan kemudian terus menyuruh anda mengenakan baju tersebut sebaik anda menerimanya. Hari yang berikutnya baju kegemaran anda telah berada di kedudukan paling bawah dalam lipatan baju (si dia ‘membantu’ mengemas almari bajumu).

Bagaimana untuk mengendali?
Jika baju itu cukup ‘cool’, apa lagi yang dinanti, pakai sajalah. Namun jika ianya langsung tidak kena dengan citarasa anda, pakailah untuk sekali sekadar mengambil hati si dia. Jika si dia bertanya mengapa anda tidak lagi memakainya untuk kali kedua, berikan saja alasan baju itu telah rosak semasa anda menyerikanya.

Contoh 2
Si dia akan ‘buat muka’ apabila anda memesan makanan kegemaran anda, steak daging 32 ounce jenis rib eye. Dia sebaliknya menasihatkan anda sekadar memesan makanan berasaskan ayam yang lebih kurang jumlah kolestrolnya.

Bagaimana untuk mengendali?
Lupakan sahaja steak rib eye anda itu tetapi pesan sesuatu yang hampir sama dengan makanan yang anda ingini. Walaupun tidak mengikut sepenuhnya keinginannya sekurang-kurang anda seakan masih mengambil kira nasihat yang diberi oleh si dia.

Contoh 3
Si dia mula merancang aktiviti bersama pada hari yang anda sering bertemu rakan-rakan untuk bermain futsal dan aktiviti lain secara sengaja.

Bagaimana untuk mengendali?
Nyatakan penghargaan anda tentang rancangan yang telah si dia buat untuk anda berdua. Terang dan ingatkan padanya bahawa hari tersebut adalah hari yang cukup penting bagi anda untuk bertemu rakan-rakan rapat sekadar sekali dalam seminggu. Untuk kali pertama turutkan sahaja aktiviti yang telah dirancang, namun untuk minggu yang seteruskan anda perlu ingatkan si dia tentang hari penting anda itu dan tolak dengan cara baik.


For question & reservation please contact @ whatsapp at 018-4024546

Contoh 4
Si dia berpura-pura mengusap rambut anda namun hakikat sebenarnya dia cuba mengubah stail/fesyen rambut anda.

Bagaimana untuk mengendali?
Semasa tangan si dia sibuk ‘mengemaskinikan’ rambut anda, beritahu yang anda sakit kepala dan ingin memintanya untuk mengurut kepala anda. Sebelum dia mula menyikat semula rambut anda, minta diri sebentar dan lihat wajah anda di cermin. Jika kelihatan ‘ok’ biarkan sahaja, namun jika tidak lakukan sedikit perubahan yang sesuai untuk anda.

Contoh 5
Si dia menukar gambar kumpulan ‘rock’ yang tergantung di dinding bilik anda dengan sesuatu yang lebih ‘sentimental’.

Bagaimana untuk mengendalikan?
Nyatakan kepadanya, gambar yang tergantung di dinding itu bukan sekadar poster rock. Tetapi ia adalah sebuah seni yang mempunyai makna tersurat di dalamnya.
Perubahan bukan sesuatu yang negatif, mungkin niat si dia yang ikhlas perlu anda pertimbangkan. Mengubah diri anda ke arah kebaikan tidak ada salahnya bukan?

20 Sikap Lelaki Buat Wanita Kecewa

Alangkah indahnya apabila perasaan cinta mula berputik. Mendambakan lelaki yang memberi sepenuh  perhatian dan kasih sayang, kesetiaan berbaur kerinduan, erti kecintaan yang mendalam dan bernilai… Tapi!! Tahukah anda kaum lelaki, ada beberapa  perkara yang wanita tidak sukai ada pada LELAKI dan mengecewakan WANITA...

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tidak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun sudah mempunyai kekasih hati, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli.

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Itu tidak adil!

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

For question & reservation please contact @ whatsapp at 018-4024546

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN
Masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada?

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Nak dikatakan macho, ada juga yang tidak. Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan handsome. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Elak Berhutang Untuk Majlis Kahwin Dengan 8 Tip Ini

Pelaksanaan sesebuah majlis perkahwinan tentunya memerlukan sejumlah wang yang besar. Semua ini dilakukan demi memastikan majlis tersedia sempurna dan berlangsung dalam suasana yang meriah.
Namun ia bukanlah bermakna anda harus menjadikan hutang sebagai jalan penyelesaian untuk mendapatkan kesempurnaan majlis kahwin. Oleh itu pastikan bakal raja sehari bijak mengatur langkah dalam merencanakan majlis kahwin yang serba lengkap agar anda bebas daripada hutang.


1. Buat Bajet
Bagi memastikan majlis yang diatur berjalan serba lengkap, pastikan anda membuat kiraan bajet mengikut kemampuan simpanan yang anda miliki. Kemudian bahagikan keseluruhan wang itu kepada bajet majlis kahwin dan bajet untuk kegunaan selain majlis kahwin. Kira dengan teliti agar segalanya mencukupi dan tidak melebihi had bajet anda.

2. Semak Perbelanjaan
Semak setiap perbelanjaan dengan teliti agar ia sentiasa berada dalam kawalan. Pastikan anda mendahulukan keperluan utama untuk majlis kahwin sebelum mempertimbangkan untuk membeli barangan sampingan. Catatkan senarai segala barangan yang diperlukan agar wang yang dibelanjakan tidak melebihi bajet yang telah ditetapkan.

3. Buat Senarai Semak
Senarai semak merupakan perkara wajib ada sebelum melaksanakan majlis kahwin. Jika bajet anda terhad, senaraikan perkara yang lebih penting dahulu seperti lokasi majlis, makanan, solekan, busana dan jemputan tetamu. Kelengkapan muzik, deejay, penggambaran foto di luar dan gadis pengiring yang tidak menjadi keperluan boleh diketepikan terlebih dahulu.

4. Kejar ‘Jualan Murah’
Ambil kesempatan untuk mendapatkan pelbagai keperluan majlis kahwin di ekspo atau festival perkahwinan. Ini kerana harga yang ditawarkan di ekspo perkahwinan sebegini jauh lebih murah berbanding biasa. Selain harga murah, pengusaha atau penganjur ekspo perkahwinan ini turut menawarkan banyak hadiah menarik. tentu sahaja cara ini menjimatkan poket anda.

5. Belanja Ikut Kemampuan
Ukurlah baju di badan sendiri. Terlebih dahulu pastikan anda ketahui bajet sebelum membuat sebarang perbelanjaan. Jika bajet anda agak terhad, utamakan persiapan yang lebih penting. Ini dapat membantu menjimatkan perbelanjaan serta mengelakkan wang anda tidak mencukupi di saat-saat akhir. Tiada salah untuk mempelbagaikan perkara di majlis perkahwinan, namun janganlah sehingga sanggup berhutang hanya untuk memenuhi kehendak anda itu.

For question & reservation please contact @ whatsapp at 018-4024546

6. Kira Kos Sebenar
Adalah lebih baik jika anda mengetahui harga sebenar setiap barang dan kos sampingan yang perlu dibayar. Cara ini dapat memudahkan anda untuk membuat perbandingan bagi jumlah perbelanjaan setiap barangan atau perkhidmatan dengan lebih tepat.

7. Perbincangan Dua Pihak
Perbincangan dengan pasangan tentang perihal perkahwinan merupakan perkara yang paling penting. Semestinya segala perkara yang ingin dilaksanakan mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak. Berbincang secara baik jika ada perkara yang tidak mampu untuk dibiayai agar penyelesaian setiap satunya dapat diatasi bagi mengelakkan pergaduhan. Jangan disebabkan untuk memuaskan hati orang lain, anda terpaksa berbelanja besar hingga melebihi had kemampuan.

8. Buka Akaun Simpanan Bersama
Apabila sudah bergelar tunangan, anda dan pasangan boleh membuka akaun simpanan bersama sebagai langkah persediaan untuk menyempurnakan majlis perkahwinan. Tiada salahnya untuk saling membantu kerana ia merupakan fasa pertama sebelum anda berdua bergelar suami isteri. Pastikan anda berdua mempunyai sikap jujur dalam membuka akaun bersama ini. Catat juga segala simpanan agar tidak timbul masalah berbangkit di kemudian hari.

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?