Kahwin Dengan Loan Bank


Assalamualaikum. Saya harap admin dapat siarkan confession saya ni. Saya tertarik untuk berkongsi cerita saya yang berkaitan dengan confession “Bila Family Masuk Campur Urusan Kahwin”.
First of all, saya amat bersimpati dengan saudari atas masalah yang saudari sedang hadapi sekarang. Di sini saya ingin menasihatkan saudari supaya tidak menggunakan wang yang telah disimpan bagi tujuan kahwin bagi menolong anak saudara tunang saudari tersebut.

For question & reservation please contact @ whatsapp at 018-4024546
Perkahwinan saudari hampir tiba dan saudari perlukan wang tersebut untuk membayar baki perbelanjaan kahwin seperti yang saudari sebut di dalam confession saudari. Kalau ikutkan duit saudari telah pun mencukupi dan tiada apa yang perlu difikirkan lagi.
Bagi saya, cadangan bakal mentua saudari untuk membuat pinjaman adalah suatu yang tidak patut tunang saudari persetujui. Saya berikan cadangan ini berdasarkan pengalaman saya dan apa yang saya sedang hadapi sekarang akibat daripada mengikut kemahuan orang lain.
Saya baru sahaja beberapa bulan mendirikan rumah tangga dan ketika majlis perkahwinan saya, baru hampir setahun saya bekerja. Sejak bekerja, saya ada membuat simpanan untuk berkahwin tetapi tidak banyak.
Disebabkan kami telah lama berkawan dan umur yang semakin meningkat, kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Sejak itu, saya telah membuat bajet mengikut kemampuan saya dari A sampai Z.
Tapi biasalahkan, apa yang kita buat akan ada campur tangan keluarga. Pada mereka, semualah tak kena. Dari segi doorgifts, tempat, baju, tarikh majlis dll. Sejak saya membuat keputusan untuk berkahwin, saya sering bercanggah pendapat dengan ibu dan juga adik-beradik. Apa yang saya rancang, semua mendapat tentangan daripada mereka. Semualah tak kena.
Tarikh nikah telah ditetapkan oleh saya sendiri kerana kalau minta pendapat keluarga, sampai ke sudah hal kahwin saya takkan selesai. Setelah saya booked tarikh dan tempat, mereka hanya ikut tarikh yang telah saya pilih.
Disebabkan saya terlalu serabut dengan kehendak keluarga yang nak itu ini (seperti yang mereka mahukan), saya telah mengambil keputusan untuk membuat pinjaman bagi tujuan digunakan untuk perkahwinan saya. Pada saya, janji orang lain puas hati.
Alhamdulillah, pinjaman saya pun lulus dan majlis saya pun berjalan lancar. Pakej yang saya ambil all in one. Memang cuci kaki jelah. Bayarannya? Puluh ribu.. Tetapi tidak termasuk lagi barang hantaran dan benda-benda kecil yang bila dicampur-campur hampir RM30,000 belanja kahwin saya.
Semasa berkahwin, saya telah membuat keputusan untuk berhenti kerja atas sebab-sebab yang tak dielakkan dan saya telah fikir masak-masak. Sehingga kini setelah beberapa bulan mendirikan rumah tangga, saya masih belum mendapat pekerjaan.
Mesti readers semua tertanya-tanya mana saya dapat wang untuk bayar balik loan tiap-tiap bulan, kereta dll. Alhamdulillah, dengan bantuan pinjaman daripada orang yang terdekat dengan saya untuk bagi pinjam duit saya survive setiap bulan sehingga saya dapat pekerjaan. Tetapi sekarang, wang yang saya pinjam telah mencecah berbelas ribu dan saya mulai serabut kerana masih tidak mendapat pekerjaan dan dalam masa yang sama fikir untuk membayar wang yang saya pinjam berbelas ribu tersebut daripada ibu saya.
Kalau ada yang tertanya-tanya, suami saya tak tolong ke? Ya, dia ada menolong saya tetapi tidaklah semua kerana beliau juga ada komitmen. Alhamdulillah, beliau tidak membuat pinjaman.
Untuk pengetahuan semua, ibu tidak mengetahui yang saya membuat pinjaman untuk majlis perkahwinan saya. Hal ini telah terbongkar apabila ibu saya syak apa yang saya bayar dengan wang pinjaman dari beliau tersebut.
Kini, saya berasa serba salah untuk terus meminjam ibu saya memandangkan ibu yang tidak bekerja dan saya telah stop meminjam dari ibu. Hari-hari saya kini serabut untuk memikirkan di mana mahu mencari wang. Simpanan saya telah pun habis untuk bayar komitmen saya setelah saya berhenti meminjam wang daripada ibu.
Apa yang saya nak sampaikan berdasarkan confession saya ni adalah, kalau boleh janganlah buat pinjaman bank demi menyenangkan pihak lain. Orang akan nampak semunya gah dan senang dengan menuruti semua kehendak keluarga tapi bila kita dalam kesusahan sekarang, tiada siapa yang nak tolong fikirkan hutang kita and kitalah yang kena tanggung sendiri.
Maaf jika confession saya ni agak panjang. Untuk saudari dan sesiapa yang bakal berkahwin, kalau boleh buatlah ikut kemampuan. Jangan ikut cakap orang. Kelak diri sendiri yang merana. Wassalam.
– Ira

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Yakinlah ada sesuatu yang menantimu selepas banyak kesabaran yang kau jalani yang akan membuatmu tersenyum hingga kau lupa pedihnya rasa sakit.

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?