8 Sebab Saya Nak Kahwin Anak Pak Cik!



Berikut merupakan dialog yang Saya terbaca di FB berkaitan seorang pemuda yang ingin melamar gadis pilihan hati, sama ada ianya kisah benar atau tidak, sedikit sebanyak dialog ini dapat membantu si teruna dalam melamar gadis pilihan hati 😉  Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:
“Kenapa sibuk nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi pakcik 10 alasan kenapa. Kalau 10 banyak sangat, kasi 8 alasan pun jadilah.” “Ok macam ni abah. Eh pakcik!”
1. Dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith).
2. Nak jaga mata, hati dan kemaluan.
3. Nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila-bila masa sahaja.
4. Nak ada zuriat yang dapat bahagia dan doakan kami, mati bila-bila masa aje kan abah? eh pakcik!
5. Dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala.
6. Dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yang lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga.
7. Nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama.
8. Saya sayang dan cintakan anak pakcik .
“Sobsob. Ok kahwinlah dengan anak pakcik. Moga anak mampu membahagiakan dia lebih dari apa yang termampu pakcik lakukan.” P/s – Kepada yang punya perancangan untuk mengakhiri zaman solo yang membosankan, tanamkan 8 perkara ini dalam hati ya. Mudah-mudahan yang terbaik untuk kita semua.




Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Yakinlah ada sesuatu yang menantimu selepas banyak kesabaran yang kau jalani yang akan membuatmu tersenyum hingga kau lupa pedihnya rasa sakit.

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?