10 Sebab Kenapa Kahwin Muda Digalakkan

Kahwin awal ataupun kahwin muda merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia awal dari kebiasaan. Untuk memudahkan lagi, pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika mereka masih lagi belajar. Kahwin awal ini kembali menjadi perbualan di mulut para remaja mahupun ibubapa.
Dahulunya ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman serba moden ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?
Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :
1. Sudah ada yang berkenan di hati.
Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?
2.Ingin menjaga mata, hati dan zina
Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?
3.Mencari ketenangan
Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut.
“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.” (Surah Ar-Rum; Ayat: 21)
Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)
4.Teman dalam pelajaran
Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)
5.Teman dalam perjuangan
Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!
6.Menjadi lebih bertanggungjwab
Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.
7. Fikiran lebih matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook, dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.
8. Membaiki diri
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.
9. Plan jangka panjang
Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan icon razz 15 Sebab Kenapa Kahwin Muda Digalakkan
10. Rezeki bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kekurangan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Yakinlah ada sesuatu yang menantimu selepas banyak kesabaran yang kau jalani yang akan membuatmu tersenyum hingga kau lupa pedihnya rasa sakit.

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?