Perlu Ada Keyakinan Diri Untuk Memikat



Assalamulaikum admin. Saya berumur 31 tahun dan bekerja sebagai Jurutera Projek di sebuah company swasta . Sepanjang di dalam zaman belajar dan alam pekerjaan saya tidak pernah mempunyai teman istimewa ( Teman wanita)  . Saya belum berkahwin lagi kerana saya mengidapi penyakit Psoriasis (Penyakit Kulit) seperti berminyak, kulit merah, bersisik, yang selalu merasa gatal dan boleh menyebabkan bau. Penyakit ini perlu diawasi dan perlu di pantau dari segi makanan dan pegambilan ubat yang teratur. Hal ini telah membuatkan saya berasa tiada keyakinan dan merasa tiada perempuan yang mahukan saya disebab penyakit saya ini.


Saya ingin juga berkahwin dan ingin memndirikan rumah tangga sebelum lewat umur 30-an. Saya berminat dengan seorang kenalan yang pernah berurusan dengan saya dalam mengendalikan satu projek kerajaan baru-baru ini . Kami pernah berbual dan keluar bersama, saya tidak yakin dia akan menyukai saya dengan penyakit yang boleh mendatangkan kesan kepada orang lain dan disebabkan umur saya yang sudah meningkat. Saya tiada keyakinan untuk meluahkan perasaan terhadapnya. Pada pendapat admin , apa yang perlu saya lakukan untuk mendekati kenalan wanita berkenaan?

Waalaikumsalam saudara , admin faham dengan keadaan saudara yang kurang selesa dengan penampilan diri dan penyakit yang dihadapi oleh saudara. Sebenarnya , penyakit yang saudara hadapi itu adalah satu ujian daripada Allah. Pada admin itu hanyalah masalah remeh dan saudara masih boleh perbaiki dengan rawatan.

Jangan sesekali memperkecilkan kebolehan serta kelebihan diri hanya kerana disebabkan satu penyakit yang saudara rasa dipandang serius oleh setengah pihak.  Cuba berfikiran positif dan bina personaliti baik dan optimis kerana itu akan memberi keyakinan untuk menghadapi apa jua pandangan orang lain.

Sebagai contoh berdepan dengan kenalan wanita yang saudara minat. Meskipun saudara merasa penyakit saudara itu menjadi penghalang kepada usaha saudara untuk memikat hati kenalan itu. Kalau tidak mencuba rasa sesalan itu lebih tinggi. Jadi elak dari membuat andaian kerana ia boleh memberikan tekanan pada diri saudara.

Sebaliknya cuba saudara kenal pasti perkara yang disukai si dia serta dapatkan maklumat sesuai agar laluan saudara lebih mudah dalam memikat 'pengarang hati'. Kalau saudara tidak memcuba dari sekarang , saudara 



Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Yakinlah ada sesuatu yang menantimu selepas banyak kesabaran yang kau jalani yang akan membuatmu tersenyum hingga kau lupa pedihnya rasa sakit.

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?