Wanita Kena Tahu, 6 Perkara Yang Lelaki Idamkan Dalam Perhubungan!




Dalam perhubungan perlu ada tolak ansur dan saling memahami. Kalau tak ada dua perkara ni, memang goodbye la jawabnya!
Lelaki sama seperti wanita, inginkan sesuatu dalam perhubungan.

Jadi, untuk wanita-wanita diluar sana yang dalam fasa bercinta mahupun sudah berumah tangga, kena tahu apa sebenarnya yang lelaki idamkan dalam perhubungan.
“Barulah cik abang sayang!”

1. Kejujuran

1
Kejujuran ialah perkara paling penting bagi lelaki kerana mereka inginkan wanita yang boleh berkata benar walaupun dirinya melakukan kesilapan. Kalau kena dekat batang hidung sendiri pun sakit oi!

2. Hubungan bebas manipulasi & jangan nak mengkritik je

2
Lelaki tidak suka dimanipulasi oleh pasangan mereka. Oleh itu, jangan sesekali memanipulasi mereka, kerana lelaki tidak suka dipermainkan dan paling pasti janganlah asyik mengkritik.

3. Berdikari

3
Lelaki inginkan seorang wanita yang tahu berdikari serta bijak menguruskan diri. Gadis yang berdikari ini dilihat sangat sempurna di mata seorang lelaki. Tak ada la terlalu bergantung je.

4. Bijak, bertanggungjawab & matang

4
Lelaki suka melihat gadis bijak membangunkan dirinya sendiri,bertanggungjawab dan tahu mengawal emosi. Wanita sangka lelaki akan mencari pasangan yang cantik je dan bukannya seorang yang bijak. Silap tu.

5. Komitmen & kesetiaan

5
Sudah pasti kesetiaan menjadi perkara utama dalam perhubungan. Lelaki juga inginkan pasangan yang memahami komitmen serta setia di antara satu sama lain.

6. Pandai memujuk

6
Lelaki memang terkenal dengan sifatnya yang ego. Selain suka dipuji,lelaki paling tidak suka mengaku kesilapan yang dilakukannya. Jadi, kalau terjadi salah faham, wanita kena bijak main peranan untuk memujuk. Confirm cair punya la.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Yakinlah ada sesuatu yang menantimu selepas banyak kesabaran yang kau jalani yang akan membuatmu tersenyum hingga kau lupa pedihnya rasa sakit.

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?