FAKTA: Wanita Lebih Memilih Lelaki Yang Baik Dari Rupa Yang Kacak!


Memiliki rupa paras yang kacak memang boleh buatkan wanita cair dan tak perlu susah-susah kalau nak mengorat.
Tapi, rupa yang kacak bukanlah segala-galanya. Baru-baru ini, sebuah kajian mendedahkan bahawa wanita lebih memilih lelaki yang baik jika dibandingkan dengan rupa yang kacak untuk hubungan jangka masa panjang

Dipetik daripada Medical Daily, kajian yang diterbitkan dalam jurnal 
Evolutionary Psychology itu menyatakan bahawa lelaki yang baik dan 
suka melakukan kebaikan pada orang lain, lebih disukai wanita.
Kajian yang dilakukan oleh University of Worchester itu membuktikan bahawa sikap suka membantu dan tidak mementingkan diri sendiri merupakan sikap yang paling dicari wanita dalam memilih pasangan.
Kajian tersebut melibatkan lebih dari 200 wanita berusia awal 20-an. Kesemua wanita tersebut diberikan 12 set gambar yang menunjukkan 2 wajah lelaki dengan dengan ketampanan berbeza dan tingkah laku mereka sama ada rajin membantu atau tidak
Berdasarkan kajian tersebut, lelaki yang rajin membantu dan ringan tulang dianggap lebih menarik di mata wanita jika dibandingkan dengan wajah yang tampan. Tapi ianya satu bonus jika lelaki tersebut memiliki wajah yang tampan serta baik hati.
Jadi, untuk wanita-wanita semua, jika nak cari pasangan, jangan la melihat pada rupa je, tengok sikap dan tingkah laku mereka dulu.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Yakinlah ada sesuatu yang menantimu selepas banyak kesabaran yang kau jalani yang akan membuatmu tersenyum hingga kau lupa pedihnya rasa sakit.

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?