5 Kelebihan Lelaki Berusia & 'Matang' Bukanlah Salah Satu Daripadanya


Kenapa suka lelaki berusia? "Matang". Itulah sahaja jawapan perempuan bila ditanya mengapa sesetengah mereka menyukai lelaki berusia untuk dijadikan teman hidup.

Hakikatnya, perempuan sendiri tidak faham apakah yang dimaksudkan dengan lelaki matang. Jom baca kupasan majalah maskulin tentang apa sebab sebenarnya lelaki berusia begitu digilai sesetengah wanita.

1. Penyabar
Lelaki sudah berusia biasanya sudah melalui pelbagai liku kehidupan dan mereka secara asasnya memiliki peribadi tenang, sabar dan lebih menghargai orang-orang di sekeliling. Lelaki seperti ini akan berusaha untuk mengalah demi kebaikan pasangannya.

2. Seksi
Lelaki yang berusia majoritinya akan tampil konfiden dan menawan. Biasanya bagi lelaki seperti ini, mereka sudah melalui banyak kenanagan pahit dan manis kehidupan jadi tiada apa perlu digentarkan sangat. Selain konfiden, lelaki berusia juga fokus tentang hidup dan matlamat dan inilah yang menjadikannya 'seksi' pada mata wanita.

3. Belajar dari kesalahan
Lelaki berusia banyak belajar dari kesalahannya sewaktu muda jadi dia pasti cuba untuk tidak mengulangi kesalahan serupa. Mereka juga lebih berhati-hati dan berfikir sebelum melakukan sesuatu.

4. Respek!
Lelaki berusia yang matang akan sentiasa melayan orang di sekelilingnya dengan baik. Mereka tidak perlu berpura-pura. Samada kepada rakan sekerja, pasangan atau keluarga, lelaki berusia yang mempunyai banyak pengalaman hidup tahu orang-orang di sekeliling 'deserve' layanan serupa dan bukannya bersikap pilih bulu. Sikap 'hormat' semula jadi sebeginilah yang membuatkan ramai gadis-gadis muda jatuh cinta dengan lelaki berusia.

5. Tegas & Berdisiplin
Terutamanya ketika sudah berkahwin dan mempunyai anak. Setiap lelaki berusia yang mempunyai banyak pengalaman mahukan anak dan isteri menjalani kehidupan yang baik. Jadi, dia akan sentiasa berusaha membuatkan orang yang disayangi berasa selesa dan dihargai.

* Buat orang perempuan, nilailah lelaki berusia yang anda minati. Bukan semua lelaki berusia memiliki sifat lelaki dewasa. Walaupun majoritinya begitu, masih ada bersifat kebudak-budakan. Ini mungkin disebabkan faktor sekeliling yang mempengaruhi kehidupannya sewaktu kecil.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Yakinlah ada sesuatu yang menantimu selepas banyak kesabaran yang kau jalani yang akan membuatmu tersenyum hingga kau lupa pedihnya rasa sakit.

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?