Nafsu vs Akal


Malaikat dijadikan dari cahaya dan dimasukkan akal. Maka malaikat sentiasa beramal tanpa jemu..

Syaitan dijadikan dari api dan dimasukkan nafsu. Oleh sebab itu syaitan sentiasa ingkar dengan perintah Allah s.w.t.

Manusia pula dijadikan dari unsur tanah dan dimasukkan akal dan nafsu..Dengan sebab itulah diciptanya syurga dan neraka, pahala dan dosa, ganjaran dan balasan..Semua ini atas kehendakNya dan hanya Dia sahajalah yg tahu segala2 nya..

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat ALLAH) bagi orang-orang yang berakal" (Ali'Imran 190)


Diceritakan dalam kitab karangan Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulamak pada abad ke-13 Hijrah tentang kejadian nafsu.

Allah s.w.t telah mencipta Akal, lalu Allah berfirman yg bermaksud : “Wahai akal mengadaplah engkau” maka akal pun mengadaplah.Dan Allah berfirman yg bermaksud : “Wahai akal berbaliklah engkau”maka akal pun baliklah ia. Allah berfirman lagi : “Wahai akal siapakah Aku?”..Lalu akal menjawab “Engkau adalah Tuhan yg menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu ygdaif dan lemah”..
Dengan itu Allah berfirman : “Wahai akal! tidak-Ku ciptakan makhluk yang lebih mulia dari engkau”..


Setelah itu Allah menciptakan pula nafsu dan berfirman : “Wahai nafsu! mengadaplah engkau”..Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.. Allah s.w.t. berfirman lagi “Wahai nafsu! siapakah Aku?”Nafsu dengan selamba dan kerek menjawab “Aku adalah aku, Engkau adalah Engkau”. Nafsu dimasukkan ke dalam Neraka Jahim selama 100 thn kemudian dikeluarkan semula.Allah s.w.t. berfirman lagi : “Wahai nafsu! siapakah Aku?”..Nafsu yg degil menjawab “Aku adalah aku, Engkau dalah Engkau”. Nafsu dimasukkan ke dalam Neraka Juu selama 100 thn dan kemudian dikeluarkan..Allah s.w.t berfirman : “Wahai nafsu! siapakah Aku?”.Barulah nafsu mengakui “Aku adalah hamba-Mu dan Engkau adalah tuhan-Ku”.Dengan itu terciptalah makhluk bernama Akal dan Nafsu..

Akal Membezakan Manusia dengan Haiwan
"Akal yang mengatasi Nafsu adalah Akal yang Hebat". Akal yang diatasi oleh nafsu adalah akal yang lemah sehingga boleh menyebabkan manusia bertindak seperti haiwan yang hanya bernafsu.
LIMA Tanda Zahir:
1. Diam diri.
2. Menahan marah.
3. Merendah diri.
4. Peramah.
5. Berbuat amal soleh.
LIMA Tanda Batin:
1. Berkata-kata dengan kebajikan.
2. Berbuat ibadat.
3. Sentiasa takut kepada Allah SWT.
4. Memuhasabah dosa dirinya (Agar timbul perasaan untuk bertaubat).
5. Menghina dirinya kepada RabbulJalil (walaupun manusia sebaik-baik kejadian tetapi manusia sering melakukan dosa).
Seorang ulamak terkenal Imam al-Ghazali meninggalkan 6 persoalan dan pesanan kepada anak muridnya tentang kehidupan di dunia.. Soalan ke 3 berbunyi:

Apakah yg paling besar di dunia ini?

Anak muridnya menjawab “Gunung-ganang, bumi dan matahari”..

Jawab Imam al -Ghazali “Semua itu benar tetapi paling besar adalah “nafsu”.Berhati2 lah dengan nafsu.Dengan nafsulah kita boleh terjerumus ke dalam neraka..

WALLAHUA'ALAM

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Yakinlah ada sesuatu yang menantimu selepas banyak kesabaran yang kau jalani yang akan membuatmu tersenyum hingga kau lupa pedihnya rasa sakit.

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?