Menguruskan JENAZAH ( ISLAMIC EDUCATION)

Apabila seseorang menyentuh jasad manusia mati (mayat) yang telah dingin namun belum dimandikan, atau menempelkan sebagian dari tangan, kaki, wajah atau seluruh bagian tubuhnya ke bagian mana pun dari tubuh si mayat, maka dia harus mandi jika ingin melakukan salat dan amalan-amalan sejenisnya. Mandi yang demikian ini dinamakan mandi menyentuh jenazah.(Istifta' dari Kantor Rahbar, Bab Taharah, Masalah 102)

Pendahuluan
Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa.


Cara-cara menguruskan Jenazah
Memandikan Jenazah

Pada asasnya, mandi mayat sama dengan mandi wajib yang lain. Iaitu mengandungi 2 rukun. Pertamanya niat mandi dan keduanya meratakan air keseluruhan badan termasuklah bulu-bulu rambut dan umbi rambut. Cara-caranya ialah:

Mayat diletakkan di tempat yang di khaskan.
Dimandikan dalam sehelai kain yang boleh menyerapkan air serta menutup aurat. “Sesungguhnya Nabi saw telah dimandikan di dalam gamisnya (baju labuh)”. Maksud hadis.
Bersihkan najis-najis pada tubuh dan kemaluannya. Kemudian diurut serta menekan perutnya supaya mengeluarkan najis atau kotoran yang ada dan membersihkannya. Niat beristinjak : “Sahaja aku beristinjak ke atas mayat ini kerana Allah taala”.

Wudukkan mayat sepertimana orang hidup. Niat wuduk :“Sahaja aku mengambil wuduk yang sunat bagi mayat ini kerana Allah taala”.

Mulakan mandi dengan air bersih. Disertai niat memandikan jenazah (hukum niat adalah sunat) (mandi adalah wajib). Lafaz niat : “Sahaja aku mandikan ke atas jenazah ini kerana Allah taala”.

Setiap anggota mulakan disebelah kanan dahulu, dari Ummu Athiyah mengatakan ketika kami memandikan puteri Rasulullah saw, Zainab. Rasulullah bersabda mafhumnya :“Mulakan dengan memandikan bahagian anggota-anggota yang kanan dan anggota wuduk”. (Riwayat Al-Bukhari).

Setelah dimandikan dengan air sabun, air daun bidara dan air mutlak sebanyak 3 kali, sekiranya tidak cukup memuaskan, maka lebihkan mandian menjadi 5 atau 7 kali. Rasulullah saw bersabda : “Mandikanlah jenazah-jenazah itu secara ganjil tiga, lima, tujuh kali atau lebih jika kamu pandang perlu”.Akhirnya mandikan dengan air kapur barus dan air cendana.

Cara mwngafankan
  1. Mayat diletakkan di atas kain yang sudah diap di susun.
  2. Letakkan kapas pada rongga-rongga pada badan mayat seperti telinga, tempat luka jika ada, anggota-anggota sujud seterusnya sampai ke kaki.
  3. Tangan diqiamkan atau diluruskan.
  4. Pakaikan kain, baju, telekong dan seterusnya 2 lapisan kain yang menutupi seluruh badan. (mulakan dari kiri ke kanan dan kanan ke kiri).
  5. Percikkan air mawar atau minyak atar di atas kapan.
  6. Akhirnya diikatkan dengan tali ikatan yang disediakan (hujung kepala, dada, pinggang, lutut dan hujung kaki).
Perbezaan Kapan Lelaki, Perempuan Dan Kanak-kanak
  1. Lelaki – 3 lapis.
  2. Perempuan – 5 lapis.
  3. Kanak-kanak – 3 lapis.
(makruh sekiranya kita menggunakan kain kafan yang mahal kerana ini adalah amalan yang membazir). Sabda Rasulullah saw :

“Jangan kamu permahalkan tentang kafan kamu, kerana sesungguhnya ia segera reput atau rosak”. (Riwayat Abu Daud)

Cara solat Jenazah
1. Niat
Shalat jenazah sebagaimana shalat dan ibadah lainnya tidak dianggap sah kalau tidak diniatkan. Dan niatnya adalah untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT.
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan keta’atan kepada-Nya dalam agama yang lurus , dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.(QS. Al-Bayyinah : 5).
Rasulullah SAW pun telah bersabda dalam haditsnya yang masyhur :
Dari Ibnu Umar ra bahwa Rasulullah SAW bersabda
,“Sesungguhnya setiap amal itu tergantung niatnya. Setiap orang mendapatkan sesuai niatnya.”(HR. Muttafaq Alaihi).
Niat itu adanya di dalam hati dan intinya adalah tekad serta menyengaja di dalam hati bahwa kita akan melakukan shalat tertentu saat ini.
2. Berdiri Bila Mampu
Shalat jenazah tidak sah bila dilakukan sambil duduk atau di atas kendaraan (hewan tunggangan) selama seseorang mampu untuk berdiri dan tidak ada uzurnya.
3. Takbir 4 kali
Aturan ini didapat dari hadits Jabir yang menceritakan bagaimana bentuk shalat Nabi ketika menyolatkan jenazah.
Dari Jabi ra bahwa Rasulullah SAW menyolatkan jenazah Raja Najasyi (shalat ghaib) dan beliau takbir 4 kali. (HR. Bukhari : 1245, Muslim 952 dan Ahmad 3:355)
Najasyi dikabarkan masuk Islam setelah sebelumnya seorang pemeluk nasrani yang taat. Namun begitu mendengar berita kerasulan Muhammad SAW, beliau akhirnya menyatakan diri masuk Islam.
4. Membaca Surat Al-Fatihah
5. Membaca Shalawat kepada Rasulullah SAW
6. Doa Untuk Jenazah
Dalilnya adalah sabda Rasulullah SAW :Bila kalian menyalati jenazah, maka murnikanlah doa untuknya. (HR. Abu Daud : 3199 dan Ibnu Majah : 1947).
Diantara lafaznya yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW antara lain :
Allahummaghfir lahu warhamhu, wa’aafihi wa’fu ‘anhu, wa akrim nuzulahu, wa wassi’ madkhalahu, waghsilhu bil-ma’i watstsalji wal-baradi.
Ada juga artikel lain yg menuliskan:
Allahummaghfir lahu warhamhu, wa’aafihi wa’fu ‘anhu.
7. Doa Setelah Takbir Keempat
Misalnya doa yang berbunyi :
Allahumma Laa Tahrimna Ajrahu wa laa taftinnaa ba’dahu waghfirlana wa lahu
(maaf pren, sms-ku kemarin tidak lengkap doanya…ini yg lengkapnya…)
8. Salam


Cara mengebumikan Jenazah
1 Jenazah Muslim tidak dikuburkan bersama mayat orang kafir atau sebaliknya.
2 Disunat menguburkan jenazah di kawasan perkuburan.
3 Para syuhada hendaklah dikuburkan di medan peperangan iaitu tempat mereka syahid dan tidak boleh dipindahkan di tempat lain.
4 Jenazah dibawa ke kubur dengan menggunakan pengusung 4 penjuru.
5 Bagi orang yang melihat jenazah diusung ke perkuburan, disunatkan ia berdiri sehingga mayat itu hilang dari pandangannya.
6 Boleh menguburkan 2 jenazah atau lebih dalam 1 lubang kubur kerana keadaan yang darurat atau terdesak.
7 Kubur hendaklah digali secara melintang kearah kiblat sama seperti kita meletakkan mayat ketika ia hendak di solatkan.
8 Cara meletakkan mayat itu di dalam kuburnya, hendaklah mayat itu dimasukkan dengan menghulurkan kepalanya ke dalam dan disambut oleh 3 orang yang menanti di dalamnya. Kemudian dibaringkan di atas lambung kanan menghadap kiblat. Setelah itu ditutup liang lahad itu dengan papan dan dikambuskan.
9 Sesudah lubang kubur ditimbus, tanahnya hendaklah ditinggikan sejengkal dan diratakan, kemudian dipacakkan baru nisannya di bahagian kepala dan kakinya lalu dijiruskan air di atas kubur itu dimulai dari kepala hingga ke kakinya.
10 Orang yang membaca talkin untuk mayat itu hendaklah duduk di bahagian muka mayat dengan membelakangkan kiblat. Sementara orang yang hadir pula berdiri dengan mengangkat tangan mendoakan mayat itu semoga ditetapkan hati dan diampunkan dosanya.
“MOHONLAH KEAMPUNAN BUAT SAUDARA SEKALIAN, DAN MOHONLAH UNTUK KETEGUHAN, KERANA SEKARANG DIA SEDANG DITANYA.”

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Yakinlah ada sesuatu yang menantimu selepas banyak kesabaran yang kau jalani yang akan membuatmu tersenyum hingga kau lupa pedihnya rasa sakit.

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?