Cara Menguruskan CINTA


APABILA berbicara mengenai CINTA remaja, pasti tidak dapat lari daripada menyebut soal ‘cinta monyet’. Malah, ada yang lebih pedas, melabelkan cinta remaja sebagai ‘monyet bercinta’. Mengapakah ini berlaku, adakah bercinta pada usia muda salah di sisi Islam?

Ahli psikologi, Sir Eric Erickson (1963), dalam teori psikososial yang ditulisnya menyatakan, manusia pada peringkat usia 18 hingga 35 tahun, akan wujud sifat keintiman atau dalam kata lain, pada peringkat usia ini naluri manusia akan tercari-cari seseorang teman berkasih sayang ataupun pasangan hidup. 

Islam juga mengakui cinta itu adalah fitrah kepada tiap manusia. Lelaki akan menyukai wanita dan wanita pula akan tertarik pada lelaki, ia normal. Apabila berlaku sifat mencintai sesama jantina, barulah ia dinamakan tidak normal atau melawan fitrah.

Bagaimanapun, ini bukan penjelasan yang menjadi pasport bahawa cinta itu halal kerana banyak lagi perlu difahami. Fitrah manusia itu banyak seperti perasaan sedih, marah, kecewa, menangis. Malah, makan, minum dan tidur juga adalah fitrah insan.

Justeru, manusia tidak boleh melawan fitrah, begitu juga perasaan cinta, ingin menyayangi dan disayangi. Perasaan itu wujud dengan sendirinya malah, cinta tidak dapat dilihat dan andai dapat dilihat, boleh juga kita elak.

Bagaimanapun, Islam mempunyai cara membimbing umatnya untuk menguruskan setiap keperluan, termasuk dalam fitrah. Kita tidak boleh tidak makan dan tidak tidur tetapi kita boleh mengurus pemakanan dan waktu tidur sebaik mungkin.

Kita boleh memilih makanan yang halal lagi baik untuk dimakan dan ada kalanya, kita berpuasa. Begitu juga tidur, kita cuma tidur apabila tiba waktunya dan masa tidur tidak boleh terlalu kurang dan tidak pula terlalu berlebihan.

Cinta itu fitrah, maka uruskan fitrah cinta itu di tempat yang betul. Usah membelakangkan adat dan agama apabila bercinta. Usah ketepikan hukum-hakam Islam dalam bercinta dan usah cinta kita itu melebihi cinta kepada Allah.

Bak lirik lagu popular yang mengingatkan kita keperluan mengurus cinta dengan betul, boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang, duduk rengang-rengang, bertambah sayang.

Firman Allah yang bermaksud: “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa yang diingini, iaitu wanita, anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik (syurga).” (Surah Ali-Imran, ayat 14)
Firman-Nya lagi: “Katakanlah (wahai Muhammad), Mahukah aku sampaikan kepada kamu akan sesuatu yang lebih baik daripada semuanya itu? Bagi orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai, mereka kekal di dalamnya dan disediakan juga isteri, (pasangan) yang disucikan serta (beroleh pula) keredaan daripada Allah. 

(Ingatlah) Allah sentiasa melihat hamba-Nya.” (Surah Ali-Imran, ayat 15) 
Allah sendiri menyatakan perasaan indah ataupun rasa cinta memang wujud dalam diri manusia. Namun, bertakwa kepada Allah adalah lebih baik, termasuk dalam menguruskan hal cinta.

Pilih jalan yang diredai agama dan sifat sabar paling penting dalam hubungan percintaan, tidak kira sebelum ataupun sesudah mendirikan rumah tangga.

Mudah-mudahan kita akan dapat menilai sendiri baik dan buruknya perbuatan kita. Andai kita menjaga hubungan dengan Allah, pasti Alah akan menjaga urusan kita sesama manusia.


Ya Allah
Ketika aku menyukai seorang teman, tolong ingatkanlah 
aku bahawa di dunia ini takakan pernah ada sesuatu yang abadi.
Sehingga ketika seseorang meninggalknku, aku akan
 tetap kuat & tegar kerna aku bersama Yang 
Tak Pernah Berakhir, iaitu cinta-Mu Ya Allah.....



Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Yakinlah ada sesuatu yang menantimu selepas banyak kesabaran yang kau jalani yang akan membuatmu tersenyum hingga kau lupa pedihnya rasa sakit.

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?