Tips Memilih Pasangan Hidup

Kita semua ingin memiliki keluarga yang diredhai Allah. Tapi membina keluarga yang baik itu bermula dengan memilih pasangan yang baik.
pasangan kita adalah orang yang menemani kita sepanjang hidup kita. Jadi dalam hal pemilihan pasangan, ianya perlu dilakukan dengan hati-hati dan teliti supaya kita tak stersalah pilih dan rumahtangga tak bergoyah.
Dalam memilih pasangan hidup, Islam ada menggariskan beberapa kriteria-kriteria yang sepatutnya dicari. Antaranya:
Taat kepada Allah dan Rasul
Ini kriteria yang paling penting. Perkara paling asas yang wajib ada dalam pasangan kita. Rasulullah juga menganjurkan memilih isteri yang baik agamanya: “Wanita biasanya dinikahi kerana empat perkara: Kerana hartanya, kedudukannya, rupa parasnya dan agamanya. Maka hendaklah kamu memilih wanita yang baik agamanya (Islam). Jika tidak, nescaya kamu akan rugi”. (HR: Bukhari-Muslim).
Rasulullah juga ada menyatakan bahawa: “Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahilah dia. Jika tidak, akan terjadi fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang dahsyat”. (HR Tirmidzi)
Oleh yang demikian, ilmu agama adalah perkara penting yang menjadi perhatian dalam memilih pasangan. Kerana bagaimana mungkin seseorang dapat menjalankan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya, sedangkan dia tidak tahu apa yang diperintahkan oleh Allah dan apa yang dilarang oleh-Nya? Di sinilah diperlukan ilmu agama untuk mengetahuinya.
Maka pilihlah calon pasangan hidup yang memiliki pemahaman yang baik tentang agama kerana salah satu tanda orang yang diberi kebaikan oleh Allah adalah memiliki pemahaman agama yang baik.
Al Kafa’ah (Sekufu)
Al Kafa’ah secara syariat menurut ulama adalah sebanding dalam agama, nasab (keturunan), kemerdekaan dan pekerjaan atau dengan bahasa lain setara atau setaraf dalam agama dan kedudukan status sosial. Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 26 yang bermaksud: Wanita-wanita yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji. Dan lelaki-lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji. Wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik. Dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik”. Salah satu hikmah daripada anjuran ini adalah dapat menjadikan rumah tangga lebih harmoni dan aman damai.
Menyenangkan jika dipandang
Rasulullah dalam satu hadis ada menyebutkan, membolehkan kita menjadikan faktor fizikal sebagai salah satu kriteria dalam memilih calon pasangan. Ini kerana rupa paras yang cantik atau tampan, juga keadaan fizikal yang menarik, salah satu faktor penyumbang keharmonian rumah tangga. Maka mempertimbangkan hal tersebut selaras dengan tujuan pernikahan, iaitu untuk menciptakan ketenteraman di dalam hati.
Subur (mampu menghasilkan zuriat)
Di antara hikmah pernikahan adalah untuk meneruskan keturunan dan memperbanyakkan jumlah umat Islam dan memperkuat izzah (kemuliaan) kaum Muslimin. Ini kerana hasil pernikahan dapat melahirkan anak-anak kaum Muslimin yang kelaknya akan menjadi orang-orang soleh dan solehah yang mendakwahkan Islam. Oleh yang demikian, Rasulullah menggalakkan memilih calon isteri yang subur. “Nikahilah wanita yang penyayang dan subur! Kerana aku berbangga dengan banyaknya umatku”. (HR: An Nasai, Abu Dawud).
Kriteria khas untuk memilih calon suami
Khusus bagi seorang Muslimah yang hendak memilih calon suami, ada satu kriteria penting yang perlu diperhatikan, iaitu memiliki kemampuan untuk memberi nafkah kerana memberi nafkah merupakan kewajipan seorang suami. Islam telah menetapkan sikap mensia-siakan hak isteri, anak-anak serta kedua orang tua dalam nafkah termasuk dalam kategori dosa besar. Rasulullah bersabda “Cukuplah seseorang itu berdosa apabila dia mensia-siakan orang yang menjadi tanggungannya”. (HR: Ahmad, Abu Dawud).
Walau bagaimanapun, tidak bererti calon suami harus kaya raya, cukuplah jika dapat memenuhi keperluan (sederhana) untuk ahli keluarganya. Malah Allah telah menjanjikan kepada para lelaki yang miskin yang ingin menjaga kehormatannya dengan bernikah akan diberi rezeki. “Dan nikahkanlah orang-orang yang masih bujang di antara kalian. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaan-Nya”. (Surah An-Nur ayat 32).
Kriteria khusus untuk memilih isteri
Salah satu bukti bahawa wanita memiliki kedudukan mulia dalam Islam adalah terdapatnya anjuran untuk memilih calon isteri yang lebih selektif iaitu adanya beberapa kriteria khusus, antaranya:
Taat kepada suami
Suami adalah pemimpin dalam rumah tangga dan sebagai pemimpin patut ditaati. Oleh sebab itu dalam Islam memerintahkan seorang isteri untuk taat kepada suaminya kecuali dalam perkara yang diharamkan. Meninggalkan ketaatan kepada suami merupakan dosa besar, sebaliknya taat pada suami diberi ganjaran pahala yang besar.
Maka seorang Muslim hendaklah memilih calon pasangan hidupnya yang telah menyedari akan kewajipan ini.
Menjaga aurat dan tidak mempamerkan kecantikan kecuali kepada suaminya
Maka pilihlah calon isteri yang memahami dan menyedari hal ini iaitu Muslimah yang memakai pakaian menutup aurat mengikut syariat Islam.
Gadis lebih diutamakan daripada janda
Rasulullah menganjurkan agar menikahi si gadis kerana secara umum gadis memiliki kelebihan dalam hal kemesraan dan dalam memenuhi keperluan biologi. Walau bagaimanapun tidak menjadi hal jika menikahi janda jika melihat maslahat yang besar. Seperti sahabat, Jabir bin Abdillah yang bernikah dengan janda anak lapan yang masih kecil.
Nasab yang baik
Dianjurkan selidik terlebih dahulu nasab atau salasilah keturunan calon isteri dengan alasan ahli keluarga mempengaruhi ilmu, akhlak dan keimanan seseorang. Seorang wanita yang lahir dalam keluarga yang baik Islamnya, insya Allah akan menjadi wanita solehah.

Sumber: Majalah Dara.com

Sumber gambar: ZackFahmie

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
March 6, 2016 at 7:17 PM delete This comment has been removed by the author.
avatar

Yakinlah ada sesuatu yang menantimu selepas banyak kesabaran yang kau jalani yang akan membuatmu tersenyum hingga kau lupa pedihnya rasa sakit.

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?