Fasa 1
Keadaan
umat Islam di Rusia makin merosot setelah Presiden Vladimir Putin menentang
keras pemakaian tudung di persekitaran sekolah-sekolah. Ucapan Presiden Putin
ini semakin menambah kontroversi yang berkembang di Rusia tentang larangan
keras bagi murid perempuan Muslim yang bertudung untuk bersekolah.
Fasa 2
Terdiri
daripada Bumi Syam meliputi Syria, Palestin, Jordan dan Lebanon. Syam merupakan
benteng ummat Islam ketika berlakunya malhamah kubro [perang dahsyat akhir
zaman].
Berlakunya
konflik ke atas umat islam.
Selepas
revolusi kebangkitan rakyat berjaya menggulingkan kerajaan Tunisia dan Mesir,
protes pertama bermula di bandar selatan, Daraa pada pertengahan Mac tahun lalu
berikutan penahanan sekumpulan kanak-kanak sekolah yang terlibat melukis
grafiti antikerajaan.
Tunjuk
perasaan itu akhirnya merebak ke beberapa bahagian lain di Syria selepas
pasukan keselamatan rejim Assad mula bertindak ganas dan melepaskan tembakan
rambang ke arah kumpulan penunjuk perasaan.
Sayang
sekali masih ada diantara ummat Islam yang masih lelap dalam tidur yang
panjang, enak dengan segala makanan, tidak ada sikap peduli sedikitpun, apalagi
merasakan penderitaan dan kesusahan ummat Islam di Syria yang pada ketika ini
dizalimi.
China
juga tidak terlepas dengan konflik terhadap umat islam
Kini
kerajaan China bertindak melarang umat Islam di wilayah Xinjiang daripada
menunaikan ibadah puasa pada tahun ini, sama seperti tahun sebelumnya. Larangan
itu dikeluarkan oleh Biro Keselamatan Awam di Beijing disampaikan kepada orang
ramai melalui laman web beberapa agensi kerajaan kepada kakitangan awam, guru
dan pelajar. Sebuah laman web lain menyebut: “Kami mengingatkan semua bahawa
mereka tidak dibenarkan untuk berpuasa.” Sama
seperti tahun-tahun sebelum ini, larangan itu dikecam oleh kumpulan etnik
Uighur yang melarikan diri dari China dan hidup dalam buangan.
Sudah
40 tahun kerajaan malaysia menjalinkan hubungan dengan kerajaan cina, atas
dasar semua umat Islam itu bersaudara, ada baiknya kerajaan malaysia beri
sedikit teguran kepada kerajaan cina supaya menghormati hak-hak umat Islam.
Fasa 3
Melibatkan
konflik Politik di Negara Pakistan Barat (kini Pakistan), Pakistan Timur (kini
Bangladesh) dan India.
kerajaan
Bangladesh sanggup mengharamkan pertubuhan gerakan Islam tersebut pada bulan
lepas. Sementara itu, hampir ke semua pemimpin tertinggi Jamaat-el-Islami
ditangkap dan beberapa orang pemimpin telah dijatuhkan hukuman mati. Apakah ini
bentuk demokrasi yang ingin disuburkan di Bangladesh?
Dikala
saudaramu di Bangladesh dibunuh, diseksa, dikurung, ditindas oleh orang yang
mengaku diri mereka Islam sendiri, dunia hanya membutakan mata, diam membisu,
memekakkan telinga. Buang sentimen sempadan negara bangsa, semaikan sentimen
aqidah Islamiah.
Fasa 4
Melibatkan
negara-negara seperti Myanmar, Filipina, Kemboja dan Thailand . Berjuta-juta
umat Islam sedang menderita , ditindas dan dibunuh.
Kekejaman
yang berlaku di negara-negara tersebut secara umumnya adalah lebih dahsyat dan
buas berbanding di tempat-tempat lain. Mereka tidak mampu untuk membolehkan
suara mereka didengari oleh dunia luar, dan mereka terus bergelut untuk
meneruskan penghidupan walaupun sebenarnya bagi kebanyakan kes, mereka sudah
mati akal, manakala tanah dan harta benda pula telah dirampas. Usaha yang hebat
telah dijalankan bagi menghalang mereka dari hidup berlandaskan kepada agama
yang dianuti, dan pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengasimilasi mereka
dengan mengenakan tekanan dan sistem pemerintahan yang zalim.
Fasa 5
Terdiri
daripada Malaysia , Indonesia dan Brunai yang kini timbul huru hara huru hara konflik
terhadap islam .
Akan
terjadinya kebangkitan rakyat dan protes,
seperti yang terjadi di negara fasa 2 dan 3. Apabila sampainya di tahap 5 maka dunia
akan sampai ke penghujungnya.
Kalau
anda perhatikan kajian di atas , segala konflik bermula dari atas (fasa 5) dan
akan turun ke fasa 1 yang melibatkan negara Malaysia (Negara kita), Indonesia ,
Brunai dan singapura. Ini adalah disebabkan kesedaran dan pegangan di kalangan
kita sendiri bahawa perubahan atau reformasi adalah lebih penting dari kuasa atau
jawatan politik semata-mata.
Suatu
hari nanti kita akan sedar bahawa
gerakan protes besar-besaran itu telah timbul secara spontan dan dianjur atau
disusun oleh golongan muda yang tidak mempunyai apa-apa pertalian kepada
mana-mana parti politik. Revolusi yang tercetus itu adalah bagaikan anak kecil
yang mesti dibenarkan untuk membesar sendiri. Sekiranya Ikhwan atau mana-mana
pertubuhan politik tergesa-gesa atau terlalu gopoh untuk mendakap anak kecil
itu dan mendakwa anak kecil itu dia yang punya, sudah pastinya musuh-musuh
revolusi akan membunuh anak kecil itu.
Orang
awam akan mudah terpedaya apabila melihat kezaliman pemerintah ini, dan akan
segera menyokong jika pemerintah itu mahu dijatuhkan. Masa ni, Kuasa-kuasa asing
sebenarnya telah menjadikan umat Islam
sebagai sebahagian tentera mereka untuk menjatuhkan pemerintah-pemerintah yang
tidak diperlukan dan menghalang mereka dalam membentuk satu sistem pemerintahan
dunia yang baru di dunia ini.
Sekiranya
apa yang berlaku di fasa 2 dan 3 itu adalah versi revolusi, apa yang terjadi di
Malaysia pula ia adalah versi demokrasi, iaitu tentang bagaimana kuasa-kuasa
asing yang tersembunyi ini cuba mengambil alih kuasa dengan menggunakan
tangan-tangan orang lain.