Orang yang Serius Mahu Berkahwin, Dia Pasti Sudah Ada Rancangan yang Teliti


Orang yang serius bercinta, akan serius juga dalam hal kahwin. 

Dan bukti si dia serius itu bukan terletak pada ayat-ayat cinta yang manis, rajin beri hadiah, bersikap romantis dan sebagainya. Serius nak berkahwin bermaksud serius akan berkahwin.

OPEN BOOKING PHOTOGRAPHER FOR SLOT 2017!!
Booking Now Setia Picture Photography Whatsapp 013-4906122


1. Dia ada rancangan tentang bila nak bernikah dan dia akan kongsikan rancangannya itu.

2. Dia berusaha untuk buat persediaan. Dia kenalkan pasangan kepada keluarganya, dia kumpul wang, dia bina hubungan dengan keluarga bakal mertua dan adakan perbincangan antara kedua-dua keluarga untuk melangkah ke arah perkahwinan.

3. Dia takkan berhubung lama-lama dengan sia-sia, walaupun dengan “cinta islamik”.

Seorang lelaki yang faham tujuan sebenar berumahtangga, dia takkan mudah nak meluahkan perasaan atau melamar selagi rancangan untuk rumahtangga masih tak jelas. Jangan hanya cepat nak “ikat” si dia tapi hakikatnya anda hanya seronok nak ada pasangan supaya ada teman untuk bermain cinta.
Kawal perasaan, dan gunakan akal fikiran.

Kalau benar cinta kerana Allah, usahalah untuk bina rumahtangga itu demi memenuhi arahan Allah SWT. Orang yang serius mencintai pasangannya akan dapat kawal perasaannya dan berusaha untuk buktikan cintanya. 

Kalau hanya nak bercinta tanpa pikul tanggungjawab, memang anda akan bercinta lama sebelum bernikah. Kalau bernasib baik, mungkin akhirnya akan nikah. Tapi ramai juga pasangan yang dah bercinta 7, 8 bahkan 10 tahun tapi akhirnya sepi. Akhirnya semua masa itu sia-sia. 

Orang yang serius dengan cintanya akan serius juga buat persediaan untuk memikul tanggungjawab sebuah cinta yang diredhaiNya.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Yakinlah ada sesuatu yang menantimu selepas banyak kesabaran yang kau jalani yang akan membuatmu tersenyum hingga kau lupa pedihnya rasa sakit.

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?