Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita :

Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis qudsi: “hamba-ku yang mendekatkan diri kepada-ku dengan melakukan amalan fardu lebih aku cintai. Sentiasalah hamba-ku berterusan menghampiriku dengan melakukan amalan sunat sehingga aku mengasihinya. Apabila aku mengasihinya, jadilah aku pendengarnya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia memukul dengannya dan kaki yang dia berjalan dengannya, kalau dia meminta kepadaku, pasti aku akan memberinya dan kalau dia memohon perlindunganku, pasti aku akan melindunginya” Riwayat al-Bukhari.




Pesanan terhadap Wanita 

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita
(isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar 
melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia 
adalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
 (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana
keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah
yang kuat beragama nescaya kamu beruntung


4) wanita yang ketika solat dan puasa dia menjaga dengan sempurna, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-manapintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban,Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuksuami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterimasembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).


8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang
berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan
tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari
bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka
Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh 
ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian 
dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10)Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan
janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum
Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut 
dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga 
serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia
melintasi titian Siratul-mustaqim.

11)Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat
dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya
selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada
malamnya.

12)Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah
para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu
kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13)Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14)Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti
keadaan ibunya melahirkannya.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Yakinlah ada sesuatu yang menantimu selepas banyak kesabaran yang kau jalani yang akan membuatmu tersenyum hingga kau lupa pedihnya rasa sakit.

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?