5 TIPS JIMAT BELANJA KAHWIN



Bila dah sampai seru jodoh tu, eloklah dipercepatkan. Jangan tangguh-tangguh adik2 semua. "Memang la kak, kalau boleh nak cecepat bersama ngan my 'fatah amin' tapiiiii bajet tak cukup lagi". Biasa ni lah yang anak muda sekarang bagi alasan. Camner nak cukup duit tu kalau dalam kepala nak wat kenduri grand2 cam retis. Retis pon dapat sponsor dik non. Ni kak Hanie bagi tips camner nak kawen bajet tapi still meriah gitewww.

1. HANTARAN
Yang perempuan kalau nak minta duit hantaran kena ikut kemampuan bakal suami mu itewww. Bukan ikut trend semasa atau kata2 orang lain. Yang nak menanggung tu cinta hati korang gak. Takkan sampai hati nak suh dia wat personal loan or pi cari ahlong. Dia kerja kerani jer tapi minta hantaran sampai 50 ribu. Karang dia cari suri lain baru meroyan.
Seeloknya bincang sesama sendiri dulu berapa bakalmu itew mampu. Then baru propose kat mak bapak untuk setuju waktu majlis meminang nanti. Ni masa majlis meminang baru nak bagi rega hantaran, tak ke melompat famili lelaki, bakal kamu tu pulak dah sebak pilu takut tak mampu. Jangan sampai bersilat sudah.
Sebenarnya keluarga perempuan yang mulia tak akan letakkan harga hantaran. Tapi keluarga lelaki lebih mulia kerana secara ikhlas memberi wang hantaran ikut kemampuan tanpa diminta. Belah lelaki pulak jangan la ambik kesempatan pulak, belah perempuan tak tetapkan jumlah tapi kedekut, padahal kaya tu. Bakal pengantin kena mainkan peranan untuk urusan hantaran ni dipermudahkan.
Barang hantaran belilah sikit2, contoh sebulan beli 1 jenis barang. Jadi tak rasa beban sangat keluar duit sejelepuk. Beli jer brand biasa2, kalau nak yang berbrand jugak beli waktu ada sale gila2 atau kirim kat kawan yang pegi obersee. Branded item murah kat luar.

OPEN BOOKING PHOTOGRAPHER FOR SLOT 2017!!
Booking Now Setia Picture Photography

2. BELANJA KAHWIN
Duit Belanja belah lelaki. Bila dah tau jumlah hantaran, lelaki kena tekad terus menyimpan kalau masa meminang tu memang zero saving. Contohnya duit hantaran RM5k + RM5K (kenduri bajet) + RM2K (lain-lain). Total RM12K. simpan betoi betoi RM1K sebulan.
Nak selamat bagi teruih duit kat mak suh simpankan. Masa majlis meminang tu mintaklah tempoh at least setahun untuk cukupkan duit. So samalah juga dengan belah perempuan, ejas jer bajet tu mana yang patut. Memang kena ikat perut sungguh2 yer nak capai target tu. Kalau pandai jimat memang boleh cukup bajet tu.
Lagi RM2K tu cara nak tambah simpanan, mainlah kutu dengan mak2 kutu kat opis yang boleh dipercayai. Cakap terus terang nak guna duit untuk kawin jadi boleh minta bulan yang nak pakai duit tu. Rasa nak tambah lagi income tu, wat lah partime. Seeloknya yang tak yah modal cam buat dropship, part time jaga kedai, wat tusyen & macam2 lagi boleh buat sebenarnya.

3. KENDURI
kalau masih ada kampung yang boleh wat rewang rewang, minta la tolong orang kampung. Memang banyak boleh jimat dari tempah katering. Urusan beli belanja barang seeloknya tuan rumah yang kena beli ikut bajet kita. Kalau semua serah kat orang mau tak cukup belanja nanti.
Kalau dah takde pilihan kena ambik katering cari pakej bajet, kanopi biasa tak yah canggih tu boleh jimat. Scalop kanopi canggih bukan orang kesah sangat. Orang wat lap tangan ada, cari tisu x jumpa. Nak kurang lagi kos kenduri tak yah buat makan beradab. Sian ibu mengandung ngan budak2 kecik, terlioq dorang tengok udang berdiri ngan kek 3 tingkat pengantin tapi tak dapat makan.
Nak jimat lagi kos kenduri boleh share kenduri dedua pihak. Kalau nak jimat lagi lepas nikah terus jer wat majlis kat masjid. Sekarang banyak jer masjid siapkan tempat untuk majlis keramaian. Nak super duper jimat, join program kawen ramai2.
Kalau kat Eropah, majlis kawen tetamu yang bawa makanan cam potluck. Sebab dorang tak nak bebankan pengantin yang baru nak hidup berkeluarga. Cer try buat kat sini, sure viral majlis tu. Tapi dedulu kat kampung ada konsep ni, ada yang bagi gula, beras, telur, kuih muih & barang lain yang suai tuk kenduri. Ada lagi ke cenggini?

4. KONSEP DIY
Walaupun tak berapa nak kreatif, jangan takut2 nak buat sendiri barang kawen kita. Contoh kad jemputan boleh jer wat sendiri. Buatla sikit2, insyaAllah cukup la nanti. Kak Hanie dulu kawen wat kad sendiri jer. Korang wat kad cecanggih pon lepas habis kawen orang buang kat tong sampah.
Mende lain yang boleh DIY cam barang hantaran, dekor majlis, mini pelamin atau photobooth,doorgift & tambah aksesori kat baju pengantin. Sebenarnyer DIY memang boleh jimat banyak untuk majlis kawen tau. Ni semua korang upah orang buat, memanglah bajet tu besar.
Kos gambor kawen pon boleh jimat kalau mintak fotograper amik gambo jer pastu beli softcopy jer dulu. Sekarang apps edit macam2 boleh download free jer. Dah habis majlis ada duit sikit barulah print gambor tu besar2 pastu gantung kat rumah. Nak lagi jimat amik gambor pakai henpon jer. Henpon sekarang dan canggih kualiti cam dslr gak taw.

5. JANGAN BUAT PERKARA YANG MEMBAZIR
trend sekarang suka buat mende membazir waktu majlis kawen. Antaranya dengan tempah banner ke bunting yang besar nau nau. Siap tiap simpang jalan letak bunting tu. Dah habis majlis boleh la buat tikar getah ke alas meja bunting tu nanti.
Bila ikut majlis patuh syariah InsyaAllah banyak perkara yang dapat dijimatkan dan lebih berkat. Tak perlu buat perkara lagho dalam majlis, tuanrumah dapat share taw atas kelalaian tetamu bila dengar lagu dangdut. Patut azam nak tambah pahala, carilah muzik yang sesuai sebagai orang Islam.
Pakaian dan makeup pengantin yang berlebihan elok dielakkan. Seeloknya pengantin dan keluarga kena tanya pendapat orang alim tentang apa yang boleh dan apa yang tak boleh dalam majlis sebagai orang Islam. Islam itu indah dan tak menyusahkan. Bila benda baik disusahkan perlaksanaan, itu yang akan jadi banyak benda haram. Waulahualam. 

*kalau rasa tips ni bermanfaat, dipersilakan share. 

Sumber : 
Hanita Sayuti


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Yakinlah ada sesuatu yang menantimu selepas banyak kesabaran yang kau jalani yang akan membuatmu tersenyum hingga kau lupa pedihnya rasa sakit.

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?