Pada Akhirnya, Semua Yang Mengatakan Sayang Akan Kalah Pada Yang Berani Masuk Meminang

Sebagai wanita, kita pasti akan tersipu malu jika ada lelaki yang mengatakan sayang dan cinta. Tidak diragukan lagi, setiap wanita suka pujian. Setiap wanita bahagia apabila dicintai dan disanjung, faktanya memang begitu. Tapi wanita juga selalu ingin kepastian dan kejelasan.
Mendapat balasan cinta dari orang yang kita suka memang sangat membahagiakan. Kita pula mula berangan-angan untuk dapat menghabiskan sisa masa kita bersamanya. Kita ingin selalu berada di sisinya, sentiasa ada di sisinya.
Tapi cinta juga memerlukan bukti dan tanggungjawab bukan hanya selalu mengatakan sayang tapi tak pernah ada keberanian untuk memilikimu seutuhnya. Ini membuat hati rasa sakit bila sudah menjalin hubungan lama tapi tak juga melamar. Awalnya boleh lagi bersabar, berfikiran positif, tapi lama-lama penat juga, bukan?
 Pada akhirnya, semua yang mengatakan sayang akan kalah pada yang berani masuk meminang

1. Lelaki yang berani meminang membuktikan kesungguhan cintanya

Perlu keberanian lebih bagi seorang lelaki untuk meminang wanita yang dicintainya. Apabila lelaki sudah berani meminang, itu tandanya dia benar-benar mencintai kekasih hatinya bersungguh-sungguh. Keberanian inilah yang boleh membuat hati wanita cair. Wanita akan rasa dihargai kerana seseorang berani memperjuangkan dirinya.

2. Lelaki yang berani meminang sudah tahu tanggungjawabnya

Cinta tanpa tanggungjawab? Pasti tidak akan bertahan lama. Lelaki yang berani meminang sudah tahu tanggungjawabnya. Dia sedar betul keputusannya untuk meminang bukanlah keputusan yang main-main. Ada tanggungjawab besar di sebaliknya dan dia bersedia untuk itu.

3. Lelaki yang berani meminang tak main-main dengan cintanya

Terlalu kerap mengalami jatuh bangun cinta dengan lelaki yang salah? Anda pernah mempunyai pengalaman buruk dipermainkan oleh lelaki yang tak bertanggungjawab? Katanya sayang? Luah rasa cinta? Tapi masih suka mengingkar janji? Hm, lelaki seperti itu pasti hanya bermain-main dengan cintanya.
Lelaki yang berani meminang, di mata wanita, adalah lelaki yang paling berani. Ketika seorang lelaki sudah sungguh-sungguh mengutarakan hasratnya untuk meminangmu, anda tak boleh lagi bermain-main dengan cintanya.
Jadi, adakah kamu setuju jika semua yang mengatakan sayang pada akhirnya akan kalah dengan yang berani meminang?
Sumber : Aliffchannel.com
Photo Asal : Amex photography



Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Yakinlah ada sesuatu yang menantimu selepas banyak kesabaran yang kau jalani yang akan membuatmu tersenyum hingga kau lupa pedihnya rasa sakit.

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?