'Abdullah : Assalamu'alaikum..sekiranya kita bertakbiratul ihram, kemudian kita was-was, kemudian kita takbir pula kali kedua..adakah takbir kedua itu membatalkan solat sekiranya takbir pertama tadi sudah diterima di sisi Allah? Sekiranya kita meneruskan solat dengan takbir kedua tersebut, adakah bermakna kita meneruskan solat dalam keadaan terbatal? Dan minta ustaz bagi petua untuk hilangkan was2 ketika takbir..
Jawapan : Wa'alaikumussalam 'Abdullah. Maafkan saya kerana lambat balas soalan saudara maklumlah tengah siapkan ebook untuk pembaca.
Untuk menjawab soalan saudara, "WAS-WAS biasanya bermula dari satu detik di mana manusia mulai tidak mempercayai apa yang tersirat pada pandangan matanya dan lebih mengikut kehendak hatinya yang sudah menghidap penyakit was-was.
Untuk menjawab soalan saudara, "WAS-WAS biasanya bermula dari satu detik di mana manusia mulai tidak mempercayai apa yang tersirat pada pandangan matanya dan lebih mengikut kehendak hatinya yang sudah menghidap penyakit was-was.
Mereka biasanya dibohongi oleh saluran perasaan masing-masing dan mengenepikan pandangan mata mereka terhadap kenyataan yang sebenar. Sedangkan dalam hukum Islam setiap pandangan untuk menentukan perkara itu mesti berasaskan kepada pandangan mata.
Jika zahirnya bersih tanpa najis sama ada setelah dicium atau dirasa dengan tangan, maka tidak perlu lagi disamak.
Setiap benda yang bersih hukumnya adalah suci dan tidak perlu disamak sama sekali dan ia boleh diguna atau dimakan tanpa perlu merasa was-was.
Sekiranya manusia tidak lagi mempercayai apa yang dilihat oleh mata mereka maka syaitan, jin dan suku-sakatnya akan mengambil peluang untuk merosakkan insan itu.
Lebih percaya gangguan perasaan
Syaitan dan suku-sakatnya akan menghasut manusia untuk merasa was-was dan akhirnya terperangkap dalam perasaannya sendiri. Hasutan ini memang berlaku dan buktinya ada orang yang berwuduk melebihkan basuhannya walaupun matanya menyaksikan ia sudah melakukannya sebanyak tiga kali. Tetapi kerana was-was ia menambah sekali lagi sehingga basuhannya menjadi empat kali dan perkara ini berlaku kerana ia lebih percaya pada gangguan perasaannya.
Lama kelamaan, daripada empat kali ia bertambah menjadi
Amalkan bacaan An-Nas dan jangan melakukan sesuatu dalam ibadat dengan amalan yang bertentangan dengan hukum syarak.
Jangan amalkan duduk terlalu lama di dalam tandas kerana tandas atau Al-Hamman adalah rumah yang khusus kepada iblis dan suku-sakatnya.
#########
Info Penting#
#########
Al-Ustaz Abu al-Hasan as-Syazali pernah mengajarkan kepada sahabat-sahabatnya amalan yang boleh menangkis atau menolak was-was dan lintasan-lintasan fikiran yang tidak baik, dia mengatakan kepada mereka, bahawa barangsiapa yang merasa hal yang seumpama itu, maka letakkanlah tangan kanannya di atas dadanya, sambil mengucapkan :
Ertinya : “Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa, yang Maha Suci daripada kekurangan, yang Maha menciptakan sekalian makluk dan yang Maha Melakukan (apa yang dikehendakiNya)”.
Tafsirnya : “Jika Dia kehendaki nescaya dibinasakanNya kamu ( dengan sebab kekufuran kamu) dan didatangkan pula dengan makhluk-makhluk yang baharu.”
Amalan tersebut bolehlah dilakukan sebelum seseorang mengangkat takbîratul ihrâm.
Demikianlah di antara amalan-amalan dan do’a-do’a yang boleh diamalkan ketika diserang perasaan was-was ataupun lintasan-lintasan pemikiran yang tidak baik.
Mudah-Mudahan ilmu ini sangat berguna buat saudara.. Wallahu a'lam
Yakinlah ada sesuatu yang menantimu selepas banyak kesabaran yang kau jalani yang akan membuatmu tersenyum hingga kau lupa pedihnya rasa sakit.