Penantian Alam Barkzah

Apabila terputusnya nyawa dari jasad anak Adam, terputuslah semua      kenikmatan dan amalan didunia melainkan tiga perkara: 

-         -    Sedekah dan amal jariah
-         -   Ilmu yang ditinggalkan dan dimanfaatkan
-         -   Doa dari anak-anak yang soleh


Tujuh langkah terakhir, maka roh ditiupkan semula kedalam jasab, maka bermulalah soal bicara bersama malaikat yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.

Beginilah gambaran yang akan dilalui oleh setiap manusia di alam barkzah apabila spanjang hayat hidupnya banyak melakukan dosa kepada Allah

-       -  menzalimi  dirinya sendiri dan orang lain
-       -   meringan-ringankan solat wajib
-       -  melihat aurat bukan mahramnya kepada khalayak ramai tak kira dimana dan    bila
-       - menghina dengan menderhakai ibu bapa
-       -   melakukan masiat tanpa ada rasa takut
-       - menolak hukum Allah, menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal dan lain-lain

wahai hamba Allah, bayangkan disaat kita semua berada disini, tibanya datangnya satu makhluk berjubahkan hitam iaitu malaikat izrail yang  memanggil kita ntuk  mengadap Allah, masa itu, jasab tidak mampu melakukan apa-apa lagi. Hanya kedengaran tangisan dan bacaan yassin. Masa itu tidak berguna lagi untuk kita menyesali.Masa itulah terputuslah segala amalan kita. mampukah  kita untuk menjawab soalan  Malaikat Munkar, dan Nakir dialam barkzah? banyakah amalan kita semasa didunia? Tidak  takutkah kita dipukul dan seksa?

wahai hamba sekalian, marilah kita bersama-sama renungkan dosa-dosa kita kepda Allah, ibu ayah dan orang sekeliling kita. Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dan bertaubat kepadanya.

 Sesungguhnya:

“Setiap orang yang telah melakukan dosa hendaklah segera menginsafi akan dosa-dosa yang telah dilakukan dan bertaubat kepada Allah”

Selagi pintu taubat masih terbuka, kita masih bernafas dan bernyawa Allah sentiasa terbuka dan akan menerima taubat kita. Pintu taubat terbuka luas di hadapan kita, hanya menunggu kita untuk memasukinya. Amat beruntung dan berbahagialah mereka yang dilembut dan dibukakan hatinya untuk memasuki pintu taubat ini. Semoga kita adalah di kalangan mereka yang sentiasa dilembut dan dibukakan hati untuk bertaubat dan beriman kepada Allah. 

Allah berfiman:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dia adalah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih."

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Yakinlah ada sesuatu yang menantimu selepas banyak kesabaran yang kau jalani yang akan membuatmu tersenyum hingga kau lupa pedihnya rasa sakit.

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?