PENGENALAN TAJUK
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, akhirnya
kami di beri peluang untuk menyiapkan
tugasan yang telah diberi, Alhamdulillah juga atas nikmat islam dan iman yang
di kurniakan oleh Allah kepada kami ini.
Selawat dan salam buat junjungan teragung nabi s.a.w, ahlul bait, salafussoleh,
serta muslimin dan muslimat. Alhamdulillah kerana Dia masih menggerakkan jari
jemari ini serta buah fikiran agar kami boleh melakukan tugasan ini dengan
mudah.
Kami telah
memilih tajuk ‘ciri-ciri zaman jahiliah dan amalanya dalam masyarakat kini’
sebagai tajuk kajian Pendidikan Islam 1 AA 101 kami . Masa yang telah diberikan untuk menyiapkan kajian ini ialah
selama 1 minggu.
Zaman jahiliah ialah zaman kegelapan atau zaman
kebodohan masyarakat arab pada zaman itu. Ianya berlaku kira-kira 500 masehi
sebelum kelahiran Nabi Muhmmad S.A.W. Perkataan Jahiliah berasal daripada
perkataan dalam bahasa arab, jahala yang
bermaksud jahil dan tidak mengetahui
atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Istilah ini telah digunakan oleh orang
islam untuk menggambarkan perubahan yang dibawa oleh islam dalam corak
kehidupan dan pemikiran masyarakat.
Sepanjang kajian kami, kami telah dapat mengetahui
beberapa ciri-ciri zaman jahiliah
terutamanya dari segi social, ekonomi, politik, agama dan kepercayaan, dan ilmu
pengetahuan. Sebelum kedatangan islam , kota mekah merupakan kawasan yang
sangat mundur. Orang arab ketika itu banyak menyembah berhala dan mekah
merupakan tempat suci bagi bangsa arab. Kerana ditempat itu banyak dikelilingi
berhala-berhala agama mereka. Kejadian ini telah berubah setelah lahirnya Nabi
Muhammad S.A.W yang telah merubah segala
persekitaran mekah dan dunia sehingga ke hari ini.
Namun, walaubagaimanapun ciri-ciri jahiliah masih
diamalkan sehingga ke hari ini. Malahan jahiliah pada masa kini lebih hebat dan
dasyat daripada zaman dahulu dan orng zaman sekarang lebih banyak memuaskan
nafsu mereka sendiri demi kepentingan sendiri. Contohya seperti dulu arab
jahiliah membunuh anak perempuan malah hari ini lebih teruk iaitu membakar dan
membuang di merata-rata tempat. Kaum wanita lebih tinggi darjatnya dari kaum
lelaki. Berpakaian tetapi seolah-olah bertelanjangan. Lebih mempercayai tilik
nasib, bomoh dan juga tangkal azimat daripadaa meminta kepadaa Allah S.W.T. Kes
pembunuhan semakin menjadi-jadi. Anak sanggup mendera dan meninggalkan
kedua-kedua ibu bapa mereka. Agama disisihkan demi pangkat dan kuasa. Kebanyakan
manusia pada hari ini telahpun kembali pada zaman jahiliah.
ZAMAN JAHILIAH
Pengertian Jahiliah
Perkataan Jahiliah berasal daripada perkataan dalam
bahasa arab, jahala yang bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak
mempunyai ilmu pengetahuan. Istilah ini telah digunakan oleh orang islam untuk
menggambarkan perubahan yang dibawa oleh islam dalam corak kehidupan dan
pemikiran masyarakat. Masyarakat Arab Jahiliah pula ialah masyarakat yang hidup
di Semenanjung Tanah Arab dalam jangka masa selepas runtuhnya Empangan Maarib
di Sabak. Jangka masa Zaman Jahiliah ini adalah lebih kurang 310 tahun,iaitu
dari tahun 300 M hingga 610 M.seperti yang ditunjukkan dalam carta masa dibawah.Masyarakat
Arab ini digelar sebagai masyarakat arab jahiliah kerana mereka tidak mengikut
ajaran para nabi dan rasul sebelumnya seperti Nabi Sulaiman ,Nabi Ibrahim ,Nabi Ismail,Nabi Musa,Nabi Isa dan
lain-lain.
Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan
kerana masyarakat Arab Jahiliah tidak menyembah Allah Yang Maha Esa malah
kebanyakan mereka menyembah berhala dan mempercayai animisme.kehidupan
masyarakat Arab Jahiliah adalah kucar-kacir kerana pada masa itu,tiada nabi
atau rasul dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk dalam kehidupan.Ahklak
mereka adalah rendah,misalnya mereka bersifat kejam,angkuh dan degil.Dengan
kedatangan Islam,kehidupan masyarakat Arab Jahiliah mulai mengalami proses
perubahan.
Tempoh Zaman Jahiliah
Carta masa:jangka masa zaman jahiliah. 300 masehi - 610 masehi.
Tarikh
|
300
Masehi
|
500
Masehi
|
610
Masehi
|
Peristiwa
|
Pecahnya
Empangan Maarib.
|
Kelahiran
Nabi Muhammad S.A.W
|
Turun
wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w dan bermulalah zaman Islam.
|
Pecahnya Empangan Maarib.
|
Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
|
Turun wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w
dan bermulalah zaman Islam.
|
Ciri-ciri Zaman Jahiliah
Secara umum,masyarakat Arab Jahiliah boleh
dikategorikan kepada dua golongan,iaitu masyarakat Badwi dan masyarakat Hadari.Masyarakat
Badwi tinggal di kawasan gurun dan pendalaman,iaitu di bahagian tengah
Semenanjung Tanah Arab.Masyarakat Hadari pula menetap di kawasan persisir
pantai Semenanjung Tarah Arab.Oleh sebab kawasan penempatan mereka
berbeza,maka,secara tidak langsung,cara hidup dan pencapaian masyarakatnya juga
berbeza.Ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah dapat dilihat dari segi
agama,sosial,ekonomi,kepercayaan dan nilai hidup yang dipegang.
Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan perbuatan yang
tidak bermoral seperti berjudi,berzina dan meminum arak.Mengikut fahaman
mereka,seseorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk,menunjukkan mereka
telah sempurna seperti lelaki.Kedudukan wanita dalam masyarakat pula adalah
rendah,sehinggakan mereka tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibubapa
mereka.Terdapat di kalangan mereka yang menanam bayi perempuan sejurus selepas
lahir.Pembunuhan terhadap bayi perempuan ini dilakukan kerana mereka
beranggapan anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga.Dalam soal
perkahwinan pula,tidak ada peraturan khusus yang boleh dijadikan panduan oleh
masyarakat.Seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita
sekaligus atau dengan sesiapa yang disukainya.
Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh para
pedagang berasaskan riba dan penindasan.Sikap para peniaga pula lebih
mementingkan keuntungan semata-mata.Kegiatan merompak dan merampas barangan
daripada kafilah di padang pasir juga merupakan punca mata pencarian masyarakat
Arab Jahiliah.Merompak dikatakan sebagai kewajipan yang harus dilakukan oleh
setiap individu dalam setiap kabilah.Selain itu,eksploitasi golongan kaya
terhadap golongan miskin merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh orang
berada.
Tedapat empat bentuk kepercayaan agama dalam
masyarakat Arab Jahiliah,iaitu agama wathani (menyembah berhala),animisme
(memuja alam seperti pokok),samawi (kristian dan yahudi) dan kepercayaan
khurafat (seperti menilik nasib,sihir dan mempercayai roh orang mati menjadi
burung.)
Berdasarkan catatan Al-Quran terdapat sebilangan
kecil masyarakat Arab Jahiliah menganut agama hanif.Setelah kira-kira 3500
tahun,penganut agama hanif telah melupakan ajaran ini secara
beransur-ansur.Terdapat juga di kalangan mereka yang mencampuradukkan ajaran
agama hanif dengan amalan tradisi masyarakat Arab Jahiliah.
Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem kabilah
yang berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok.Dalam sesebuah
kabilah,ahlinya terdiri daripada suku tertentu dan mereka tinggal dalam sebuah
kawasan.Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri sementara
ahli kabilah pula sangat taksub dan fanatik terhadap kabilah
masing-masing.Sesuatu kabilah diketuai oleh seorang Syeikh yang juga merupakan
lambang perpaduan kaum mereka.Pelantikan syeikh dalam sesebuah kabilah adalah
berdasarkan syarat-syarat tertentu.Antaranya ,bakal syeikh tersebut mestilah
disukai oleh ahli kabilah dan dilantik atas persetujuan ramai.Beliau juga
mestilah berfikiran matang ,gagah,berani,dan pandai berpidato.
Amalan sistem kabilah ini telah mendatangkan kesan
yang negatif kepada masyarakat Arab Jahiliah.Kesan utamanya ialah kemunculan
semangat assabiah atau semangat kesukuan yang melampau dan tercetusnya
perperangan dikalangan masyarakat.Kemunculan semangat assabiah ini berpunca
daripada struktur Sistem Kabilah yang berasaskan keturunan.Dalam sistem kabilah
setiap puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan mereka terikap pada
peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah mereka.Keadaan ini telah
menimbulkan perasaan kesukuan yang menebal di kalangan ahli kabilah.Mereka juga
sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.
Selain itu,kemunculan sifat ini juga berkait rapat
dengan keadaan geografi dan suasana tempat tinggal mereka yang panas dan kering
kontang.Untuk meneruskan kehidupan,sesuatu kelompok kabilah Arab Jahiliah
terpaksa mengatasi masalah yang dihadapi secara bersama.Sifat kesukuan yang
menebal ini menjadikan kehidupan hidup masyarakat Arab Jahiliah kucar-kacir dan
tidak aman.Perkara ini sering kali menjadi punca persengketaan di kalangan
masyarakat Arab Jahiliah.
Perperangan antara satu kabilah dengan satu kabilah
yang lain akan berlaku walaupun atas sebab yang kecil.Perperangan al-Basus
memperlihatkan sikap orang Arab Jahiliah yang suka berperang sesama
sendiri.Apakah yang akan terjadi jika semangat assabiah menebal dikalangan
masyarakat yang berbilang kaum di negara kita?.Malaysia,Sebagai sebuah negara
berbilang kaum,kita harus mengekalkan persefahaman yang telah sedia wujud di
negara kita demi perpaduan masyarakat.Dengan semangat perpaduan dan
persefahaman ini,maka usaha-usaha kearah pembangunan negara akan berhasil.
Kesan Kedatangan
Islam Terhadap Zaman Jahiliah
Sebelum
|
Selepas
|
|
Hubungan Masyarakat /
Sosial
|
Masyarakat Jahiliah
hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing-masing. Setiap individu
mempunyai ketaatan (semangat assabiyyah) kepada kabilah dan sangat prejudis
kepada kabilah yang lain. Semangat ini juga menyebabkan mereka memihak kepada
kabilah tanpa mengira sama ada mereka berada dalam keadaan benar atau salah.
Ini telah menimbulkan masalah permusuhan antara kabilah berleluasa.
|
Masyarakat Islam
Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah Islamiyah tanpa mengira
kaum dan suku. Kesetiaan kepada kaum tidak lagi wujud dan digantikan dengan
ikatan persaudaraan Islam. Contohnya Nabi berjaya mempersaudarakan orang
Ansar dengan Muhajirin.
|
Peperangan
|
Permusuhan antara suku
atau kabilah telah membawa peperangan di kalangan masyarakat Arab Jahiliah.
Peperangan ini dikenali sebagai Ayyamul Arab. Perang balas dendam sering
berlarutan. Contohnya Perang Al-Basus berlarutan selama 40 tahun.
|
Persaudaraan Islam
telah berjaya menamatkan permusuhan di kalangan golongan Ansar iaitu suku Aus
dan Khazraj. Sebelum memeluk Islam mereka terlibat dalam peperangan Al-Buath
kerana merebut kepimpinan kota Madinah.Peperangan yang wujud di zaman Islam
merupakan satu langkah mempertahankan agama, masyarakat dan negara Islam
daripada ancaman musuh terutama serangan orang Quraisy Mekah dan pengkhianatan
orang Yahudi.
|
Kelas Masyarakat
|
Masyarakat Jahiliah
mementingkan kelas dalam masyarakat. Golongan bangsawan merupakan golongan
tertinggi dan dipandang mulia. Dalam masyarakat Arab Jahiliah amalan
perhambaan berlaku secara meluas. Mereka tidak mempunyai hak ke atas diri
sendiri. Mereka dikehendaki berkhidmat kepada tuan mereka. Perdagangan hamba
berlaku secara meluas. Kekejaman ke atas para hamba berlaku sekiranya para
hamba tidak mengikut kehendak mereka.
|
Dalam masyarakat Islam
menitik beratkan konsep persamaan taraf.Semua manusia dianggap sama taraf di
sisi Allah. Kemuliaan manusia berdasarkan kepada ketakwaannya kepada Allah.
Manusia tidak dibezakan mengikut kekayaan atau pangkat mereka.
|
Kedudukan Wanita
|
Masyarakat Arab Jahiliah memandang rendah
kepada golongan wanita. Fungsi mereka hanyalah sebagai alat kepada kaum
lelaki. Mereka dianggap sebagai barang dagangan dan ada di kalangan mereka
yang kematian suami, menjadi rebutan anak-anak lelaki suami mereka. Keadaan
ini menyebabkan suku bani Tamim telah menanam bayi perempuan bagi mengelakkan
mereka dipandang rendah.
|
Nabi mengajar
masyarakat Islam di Madinah memandang mulia golongan wanita. Mereka perlu
dipelihara maruah dan kebajikan mereka. Kaum wanita memainkan peranan yang
sama pentingnya dengan goIongan lelaki.
|
Akhlak
|
Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan nilai
akhlak yang buruk seperti berzina, melacur, membunuh, minum arak dan berjudi.
Nilai ini telah sebati dengan kehidupan mereka.
|
Islam menekankan akhlak
yang mulia.Bermula dengan perjanjian Al-Aqabah I, masyarakat Madinah berjanji
tidak akan menipu, berzina, dan membunuh. Nabi berjaya mengikis segala amalan
akhlak yang buruk di kalangan orang Islam di Madinah.
|
Nilai-nilai Positif
|
Dalam masyarakat jahiliah
terdapat nilai-nilai positif seperti menghormati tetamu, berpegang teguh
kepada janji, memberi perlindungan kepada Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang
dilakukan oleh Bani Hashim.
|
Dalam masyarakat Islam nilai-nilai ini diperkukuhkan selaras dengan
nilai-nilai Islam.
|
Amalan Ekonomi
|
Jahiliyah amalkan riba,
pencurian dan penipuan. Jua beli berhala adalah ekonomi yang penting dan
menguntungkan.
|
Islam mengharamkan riba dan mewajibkan urusan jual beli. Ada akad
dalam urusan jual beli. Barangan yang diharamkan tidak boleh dijual beli
seperti arak,patung berhala, dll.
|
Cara hidup
|
Majoriti masyarakat Arab Jahiliah menganut agama menyembah berhala
dengan menganggap berhala sebagai perantaraan antara manusia dengan Tuhan.
Pada masa ini Mekah berperanan sebagai pusat penyembahan berhala. Agama lain
yang dianuti ialah ajaran animisme, majusi, nasrani dan yahudi. Masyarakat
pada masa ini juga terikat dengan kepercayaan karut.
|
Masyarakat Islam pada zaman ini mempunyai keimanan yang kukuh. Orang
Ansar secara rela telah memeluk ajaran Islam. Nabi telah melantik guru-guru
agama untuk memperkukuhkan akidah dan amalan mereka. Di samping itu, nabi
telah menjalankan dasar kebebasan beragama terutama ke atas masyarakat Yahudi
dan mereka diberi kebebasan beribadat. Majoriti golongan Arab Madinah
menerima agama Islam.
|
Contoh Amalan
Jahiliah Masa Kini
Akidah.
Akidah jahiliyah adalah bertentangan dengan aqidah
Islam, sama ada dari aspek kepercayaan, perkataan atau pun perbuatan. Akidah jahiliyah
adalah karut iaitu tidak mahu menerima dan patuh dengan ajaran Islam serta
mengingkari hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh al Qur’an dan al Sunnah.
Contohnya mempercayai tilik nasib, bomoh dan juga tangkal azimat. 1 Akidah. Akidah
jahiliyah adalah bertentangan dengan aqidah Islam, sama ada dari aspek
kepercayaan, perkataan atau pun perbuatan. Akidah jahiliyah adalah karut iaitu
tidak mahu menerima dan patuh dengan ajaran Islam serta mengingkari hukum-hukum
yang telah ditetapkan oleh al Qur’an dan al Sunnah. Contohnya mempercayai tilik
nasib, bomoh dan juga tangkal azimat.
Ibadah.
Ancaman jahiliyah terhadap ibadah umat Islam hari
ini adalah dengan mewujudkan pusat-pusat hiburan seperti pub, karaoke, cyber
café dan sebagainya. Begitu juga media cetak dan media elektronik yang turut
memaparkan pelbagai jenis hiburan yang ada sesetengahnya tidak sesuai untuk
dibaca atau ditonton. Pusat-pusat hiburan ini akan memberi kesan kepada umat
Islam, terutamanya golongan remaja dari mengerjakan ibadah. Mereka (umat Islam)
akan sentiasa sibuk dengan hiburan sehinggakan tiada masa untuk mengerjakan
ibadah seperti sembahyang berjamaah, bertadarus dan lain-lain lagi. Masjid
dibiarkan kosong tanpa penghuni dan kalau ada pun hanyalah golongan tua yang
tidak berdaya untuk mencari hiburan. Untuk melawan ancaman ini, umat Islam
harus kuat dan bersatu padu sama ada dengan cara memulaukan pusat-pusat hiburan
ataupun pihak yang berwajib tidak mengeluarkan lesen untuk membina pusat-pusat
hiburan secara berleluasa. Hanya amalan yang diredhai Allah sahaja yang menjadi
penolong kita di akhirat.
Sosial.
Sistem sosial yang diamalkan oleh golongan jahiliyah
ialah pilihan antara individu dan masyarakat. Sekiranya mereka memilih
kehidupan individu, hak itu dianggap suci dan tidak boleh dicerobohi. Mereka
memandang tinggi kedudukan individu sehingga mengabaikan hak masyarakat.
Masyarakat tidak boleh mencampuri urusan peribadi, mereka bebas melakukan apa
sahaja tanpa batasan.
Di satu pihak lain, sekiranya sistem sosial mereka
ditegakkan di atas kehidupan masyarakat, mereka akan menganggap masyarakat itu
suci dan lebih berhak atas segalanya sehingga mengabaikan hak individu.
Individu tidak berhak memikirkan sesuatu, menentukan fikiran, kepercayaan dan
adat kebiasaannya sendiri. Individu harus tunduk kepada masyarakat.
Ancaman sosial jahiliyah hari ini begitu jelas dan
nyata terhadap umat Islam, oleh itu untuk membanterasnya umat Islam tidak boleh
memisahkan antara individu dan masyarakat. Sebaliknya individu dan masyarakat
harus saling bergantungan untuk menegakkan agama Allah. Apabila masyarakat
mengambil tahu hak individu dan individu mengambil tahu hak masyarakat, maka
masalah sosial yang berlaku seperti buang bayi, sumbang mahram, pergaulan bebas
antara lelaki dan perempuan dapat dihapuskan.
Akhlak.
Akhlak masyarakat jahiliyah sangat buruk di mana
mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa batasan. Mereka tidak ada sistem nilai
seperti wajib, haram, sunat, harus dan makruh yang memberi balasan kepada
pelakunya sama ada mendapat pahala ataupun dosa. Oleh sebab itu mereka boleh
bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, melakukan zina, meminum arak,
berjudi, hisap dadah, memakan pil estacy dan sebagainya. Tiada lagi adab sopan
dan tatasusila sebagai seorang yang bergelar Islam. Ancaman ini menyebabkan
manusia tunduk dengan hawa nafsu yang dipimpin oleh syaitan.
Sebagai seorang yang beragama Islam, marilah
bersama-sama kita berusaha untuk mengembalikan semula akhlak Islamiyah ke dalam
masyarakat agar mereka tidak terus terleka dengan keseronokan dunia.
Ekonomi.
Ekonomi jahiliyah lebih menguasai ekonomi Islam.
Amalan riba semakin bertambah. Bagi orang-orang yang mengamalkan ekonomi
jahiliyah riba’ telah menjadi nadi dalam kehidupan seharian. Untuk
mendapat keberkatan dari Allah, maka kita hendaklah menolak ekonomi jahiliyah
dan mengamalkan sistem ekonomi Islam.
RUMUSAN
Setelah
dikaji,terdapat banyak persamaan dalam amalan masyarakat sekarang dengan
masyarakat arab jahiliah dahulu.Seolah-olah sejarah tersebut kembali berulang
dan menjadi duri dalam daging.Walaupun dalam bentuk budaya yang berbeza, yakni
zaman sekarang dan zaman jahiliah,tetapi lingkungan konsep jahiliah masih sama
seperti akidah,ibadah,social,akhlak dan ekonomi.Malahan,sebahagian amalan yang
dilakukan sekarang lebih teruk daripada zaman arab jahiliah dan sebahagiannya
menjadi tanda-tanda kiamat seperti fitnah yang dasyat,lelaki dan perempuan
bertukar jantina dan lain-lagi.
Hadis Nabi
s.a.w,“ Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang
sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak
akan tersesat selama- lamanya. Itulah Al-Quran dan
Sunnahku.”
Merujuk
kepada hadis nabi ini,punca utama kepada amalan jahiliah ini disebabkan kita
meninggalkan 2 perkara berat tersebut iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi
s.a.w.Selain itu,amalan jahiliah berterusan berlaku kerana masyarakat kita
tidak melakukan amar makruf nahi munkar seperti ayat Al-quran; ayat 111 Surah Al Imran,
كُنْتُمْ خَيْرَ اُمَّةٍ اُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَاْمُرُوْنَ بِالْمَعْرُوْفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُوْنَ بِاللّٰهِؕ وَلَوْ اٰمَنَ اَهْلُ الْكِتٰبِ لَڪَانَ خَيْرًا لَّهُمْؕ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُوْنَ وَاَكْثَرُهُمُ الْفٰسِقُوْنَ
yang
terjemahannya sebagai berikut,‘Kamu adalah umat terbaik, yang dibangkitkan demi
kebaikan umat manusia, kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat
keburukan, dan beriman kepada Allah. Dan, sekiranya Ahli kitab beriman, niscaya
akan lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan
mereka orang-orang fasik.’ (3:111).
Oleh
itu,kita sebagai khalifah di muka bumi perlu berpaksikan ajaran yang benar
iaitu ajaran Allah s.w.t dan tidak menyimpang jauh daripada segala yang telah
disuruh.Sesungguhnya al-quran dan sunnah adalah panduan hidup yang paling
benar dan nyata.
·
Buku sejarah tingkatan 4 ( bab 4)
·
Artikel - Pusat Rujukan Persuratan
Melayu @ DBP
·
Sejarah STPM 940/1
·
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jahiliah