Selagi Saya Masih Bernyawa, Sayalah Pendamping Abang Walau Sesusah Mana


Saya nak kongsi kisah saya dengan isteri. Kami sudah 7 tahun berkahwin dan dikurniakan 6 orang anak. Isteri saya ini cantik, comel, manja, pandai memasak dan pandai menjaga hati saya serta menghormati saya sebagai suami.
Dulu saya susah, pernah diberhentikan kerja. Saya hanya mampu memberi isteri makan telur dengan kicap sahaja. Pernah sekali di mana selama sebulan kami makan ikan kering, telur kicap sahaja. Tetapi isteri
idak pernah mengeluh.
Jiran-jiran beli barang kemas baru, isteri tak pernah bersuara apa-apa pun. Jiran dapat shopping baju baru, isteri relax saja dan tak pernah merungut apa-apa tentang kesusahan yang dia alami.
OPEN BOOKING PHOTOGRAPHER FOR SLOT 2017!!
Booking Now Setia Picture Photography Whatsapp 013-4906122

Kami sama-sama mencari kangkung di parit pun, dia masih mampu ketawa terbahak-bahak sebab dia cari kangkung sampai tergolek-golek dalam parit. Hahaha! Lawaklah si comel saya ini. Sayang betul pada dia, satu-satunya perempuan yang sanggup susah senang bersama saya.
Saya selalu minta maaf pada isteri sebab tidak mampu belikan dia apa-apa. Tetapi dia sentiasa bisikkan ke telinga saya.
“Selagi saya hidup, saya akan menjadi pendamping abang walau sesulit mana,” katanya.
Kami dikurniakan anak kembar dua. Alhamdulillah, semakin lama rezeki kami semakin bertambah. Kini hidup saya dan keluarga lebih senang, ada perniagaan sendiri. Tidak lupa juga saya sentiasa membawa si comel iaitu isteri saya yang sentiasa ada dalam susah dan senang.
Sekarang saya mampu membelikan apa sahaja yang dia teringin miliki dari dulu. Saya selalu berikan dia hadiah, kerana dia banyak berjasa kepada saya. Paling saya nak beri kepada dia adalah seutas gelang emas yang saya tahu dia sangat mengidamkannya.
Tidak lupa juga saya berikan seutas gelang emas yang sama kepada wanita yang hebat juga dalam hidup saya iaitu ibu saya.
Saya bawa mereka pergi bercuti bersama anak-anak. Saya peluk mereka dengan erat kerana merekalah pendamping terhebat dalam hidup saya. Saya sayang si comel saya.
Kepada para suami di luar sana, hargailah isteri dan anak yang banyak berkorban dalam hidup anda. Besar pengorbanan mereka, hormatilah ibu dan isteri kerana isteri juga seorang ibu. Jangan lupa juga pada ibu yang melahirkan kita
Anda Mungkin juga sukakan ini 


Kumpul Duit Hantaran Kahwin Bukan Tanggungjawab Lelaki Sahaja


Terima kasih IIUM kerana sudi menyiarkan dan terima kasih para pembaca. Confession ini adalah untuk berkongsi pendapat aku melihat jejaka-jejaka yang berusaha menghalalkan hubungan. Sebelum meneruskan, aku bagi pengenalan dulu.
Aku bekerja dengan sebuah syarikat di mana rata-rata kakitangannya adalah lelaki. Aku masih ingat lagi di hari pertama aku masuk kerja, aku pernah bermonolog sendiri.
“Takkan aku seorang saja perempuan dalam ni?”
OPEN BOOKING PHOTOGRAPHER FOR SLOT 2017!!
Booking Now Setia Picture Photography Whatsapp 013-4906122
Ada perempuan pun, mereka buat kerja pejabat manakala aku lebih kepada makmal dan production yang membuatkan hidup aku dikelilingi oleh pakcik-pakcik, abang-abang dan jejaka seusia. Rasa seronok sangat bila bekerja dengan majoriti lelaki dari pelbagai lapisan umur ini. Dalam masa yang sama, banyak pengalaman dan sudut pandangan mereka yang kita boleh pelajari. Tetapi yang lain, biarlah dulu. Aku nak fokus cerita dengan kisah rakan-rakan sekerja yang sedang berusaha mendirikan masjid ini.
Mereka kadang-kadang makan nasi putih, kicap jalan dan isi ayam sahaja. Punyalah mereka nak berjimat, padahal kerja paling minimum pun setahun lebih. Gaji untuk company ini pun rasanya tak ada bawah RM2,000. Bila ditanya, mereka berjimat untuk menyunting anak dara, katanya.
Ada seorang rakan sekerja yang pernah terkongsi ceritanya di mana teman wanitanya mahu hantaran di antara RM10,000 – RM15,000. Itu baru wang hantaran, belum lagi barang hantaran, kenduri, beli/sewa rumah lagi. Mujur dia ada kereta dan motosikal, ringanlah sikit.
Dan aku ini agak penyibuk juga. Aku siap kira komitmen dia, komitmen PTPTN, keluarga, kereta, ASB, rumah sewa dan macam-macam. Setiap kalu keluar, memang dia yang belanja teman wanita dia sebab perempuan itu masih student. Tambah tolak semua memang ada lagi untuk dia menyimpan. Tetapi RM10,000 tambah kenduri yang tak tahu lagi harganya, sampai bila nak kumpul?
Aku sangat memahami perasaan dia sebab aku anak harapan keluarga, jadi isu duit agak berat bagi aku. Aku pernah menasihatkan dia untuk berbincang dengan teman wanita dia jika dia terasa terbeban. Tetapi dia tak mahu. Lelaki memang sedaya upaya berusaha walaupun tertekan bab duit, dalam hati masih bahagia. Itulah tanda cinta dan sayang mereka pada bakal isteri mereka.
Banyak lagi cerita mereka, aku rasa perempuan perlu berkawan dengan lelaki yang berusaha mendirikan rumah tangga ini, barulah akan nampak realiti yang sebenar. Kalau nak tengok realiti melalui teman lelaki/tunang sendiri memang tak akan nampaklah. Teman lelaki/tunang sendiri seboleh-bolehnya mahu merahsiakan kepayahan yang mereka lalui dengan senyuman dan kasih untuk membuatkan kau rasa bahagia. Kita saja yang tak nampak sangat.
Jadi perempuan tanyalah pada diri sendiri, mampu tak kau memahami dan meringankan beban bakal suami? Jangan sebab kau perempuan, maka kau nak sangat bermanja dan ikut ada yang menyusahkan. RM5,000 pun sendiri tercungap-cungap nak simpan. Apatah lagi orang lain (melainkan bakal suami kau bergaji besar dan tak banyak komitmen).
Nak menyenangkan, buatlah satu majlis sederhana. Tak payahlah nak turutkan sangat.
“Itu tanggungjawab lelaki”
Padahal cuci pinggan, kemas rumah pun kau nak berperang komen dengan lelaki. Hah, adat elok begini tak nak ikut pula.
Nanti ada yang komen,
“Keluarga nak buat besar pula,”
Aduhai perempuan, kalau nak buat besar tetapi bakal suami kau tak mampu, then kongsilah duit. Tak pun, pujuklah keluarga untuk buat kecil-kecilan. Ada yang boleh pujuk, ada yang tidak. Tetapi pokok pangkalnya berusaha.
Hey! Mualaf pun lagi payah tau. Nak masuk Islam itu kebanyakkannya ditentang keluarga tetapi masih juga sebahagian besar mereka mampu menyejukkan hati keluarga. Mualaf itu lagi kasihan, kehidupan dia berubah habis tetapi kau yang takat kenduri ini sila jangan jadikan alasan susah nak pujuk ya. Hati ikhlas, berdoalah yang terbaik. Allah ada.
Tahniah kepada lelaki yang ikhlas mencari duit perkahwinan. Dalam masa yang sama, aku pun tak nak kasihan sangat dengan korang. Siapa suruh cari teman wanita yang demand hantaran tinggi? Dah jodoh kan? Pandai-pandailah didik dia. Itulah, jangan manjakan sangat teman wanita korang di awal perkenalan. Biar menangis tak dapat makan, biar kira duit syiling bersama-sama. Dalam masa yang sama, perempuan sama-samalah meringankan beban lelaki.
Sumber : iiumc.com

Tetap Percayalah Cinta Itu Memiliki Kekuatan Untuk Memperbaiki Seseorang Menjadi Yang Terbaik...

Tidak siapa yang tahu sejauh mana dan

seberapa besar kekuatan dari cinta. Tak ada yang tau dimana cinta meletakkan kekuatannya, namun semua orang bisa melihat bagaimana cinta bahkan mampu mengubah pribadi seseorang.
Untukmu yang takut mencintai orang yang katanya tidak baik, yang buruk prilakunya, yang buruk sifatnya. Jangan terlalu buru-buru untuk melepasakannya begitu saja kaarena sesungguhnya jika kau pandai memainkan peranmu maka kau akan mampu mengubahnya menjadi sseperti maumu.

Kau merasa orang yang kamu pacari berbeda dengan sebelum dia menjadi pacarmu? Lalu kau merasa salah memilih orang dan ingin memutuskannya saja. Sungguh kau termasuk orang yang pengecut jika melakukan hal itu semua. Cobalah untuk tidak terhgesah-gesah meninggalkannya, karena sesungguhnya kamu memiliki kesempatan untuk mengubahnya seperti maumu.

OPEN BOOKING PHOTOGRAPHER FOR SLOT 2017!!
Booking Now Setia Picture Photography Whatsapp 013-4906122

Tak perlu takut tak bisa mengubah pribadinya, karena di dunia ini ada orang yang kepribadiannya bisa diubaah (menjadi lebih baik) dan memang ada yang tidak bisa dirubah dan orang tipe nomor dua inilah yang sejatinya merupakan orang yang tidak baik.
Jika kau belum mencoba untuk mengajaknya berubah menjadi lebih baik jangan kau tinggalkan dia, karena bisa saja kau menyesalinya.

Kau harus tau bahwa di dunia ini ketika seseorang benar-benar mencintai maka dia akan bersedia berubah, bersedia menjadi seperti maunyaa orang yang dicintainya.
Jika kamu memintanya untuk menjadi lebih baik maka dia pasti akan bersedia begitu juga sebaliknya, jika kau memintanya untuk menjadi hancur pasti dia akan bersedia. Kalau dia tidak bersedia dia pasti akan memilih merelakan.

Selanjutnya semua ada ditanganmu, maka mandai-pandailah memainkan peranmu sebagai orang yang mencintainya, ubahlah dan didiklah dia yang kamu pacari menjadi sebai-baiknya orang seperti yang kamu inginkan. Seperti maumu, jika dia bisa melakukan itu semua maka nikahinya, jika dia tidak bersedia maka tinggalkanlah karena kau berhan untuk mendapatkan pasangan yang baik.

Orang bilang kau tak perlu berubah menjadi oraang lain ketika jatuh cinta, masak iya dia tidak mau berubah menjadi lebih baik. Tidak ada orang yang tidak mau berubah untuk menjadi pribadi yang lebih baik.
Maka mintalah dia berubah menjadi lebih baik, selama kau tak memintanya berubah menjadi seperti orang lain maka tidak salah kau memintanya berubah.

Kalau cinta bisa mengubah orang yang mencintaimu menjadi lebih baik atau menjadi lebih butruk seperti maumu lalu kaarena alasan apa lagi kau ingin meninggalkan dia? Kecuali kau memang penjahat hati, tidak akan merasa bahagia jika tidak menyakiti orang yang mencintaimu. Jahat banget dirimu .

Orang yang Serius Mahu Berkahwin, Dia Pasti Sudah Ada Rancangan yang Teliti


Orang yang serius bercinta, akan serius juga dalam hal kahwin. 

Dan bukti si dia serius itu bukan terletak pada ayat-ayat cinta yang manis, rajin beri hadiah, bersikap romantis dan sebagainya. Serius nak berkahwin bermaksud serius akan berkahwin.

OPEN BOOKING PHOTOGRAPHER FOR SLOT 2017!!
Booking Now Setia Picture Photography Whatsapp 013-4906122


1. Dia ada rancangan tentang bila nak bernikah dan dia akan kongsikan rancangannya itu.

2. Dia berusaha untuk buat persediaan. Dia kenalkan pasangan kepada keluarganya, dia kumpul wang, dia bina hubungan dengan keluarga bakal mertua dan adakan perbincangan antara kedua-dua keluarga untuk melangkah ke arah perkahwinan.

3. Dia takkan berhubung lama-lama dengan sia-sia, walaupun dengan “cinta islamik”.

Seorang lelaki yang faham tujuan sebenar berumahtangga, dia takkan mudah nak meluahkan perasaan atau melamar selagi rancangan untuk rumahtangga masih tak jelas. Jangan hanya cepat nak “ikat” si dia tapi hakikatnya anda hanya seronok nak ada pasangan supaya ada teman untuk bermain cinta.
Kawal perasaan, dan gunakan akal fikiran.

Kalau benar cinta kerana Allah, usahalah untuk bina rumahtangga itu demi memenuhi arahan Allah SWT. Orang yang serius mencintai pasangannya akan dapat kawal perasaannya dan berusaha untuk buktikan cintanya. 

Kalau hanya nak bercinta tanpa pikul tanggungjawab, memang anda akan bercinta lama sebelum bernikah. Kalau bernasib baik, mungkin akhirnya akan nikah. Tapi ramai juga pasangan yang dah bercinta 7, 8 bahkan 10 tahun tapi akhirnya sepi. Akhirnya semua masa itu sia-sia. 

Orang yang serius dengan cintanya akan serius juga buat persediaan untuk memikul tanggungjawab sebuah cinta yang diredhaiNya.

Adakah Anda Masih Belum Bertemu JODOH?